Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bom Molten Churros : Inti Coklat Cair Dalam Mulut, Bukan Yang Biasa-Biasa Punya

8-11-2018 03:47 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 504| Komen: 3

Kebiasaannya kita tengok bentuk churros panjang-panjang dan tidak berinti. Kali ini ia mempunyai isian coklat yang cair di dalam mulut. 

Foto:Tasty
Bahan-bahan: 
1 cawan air  (240 mL)
4 sudu besar mentega tanpa garam
½ cawan gula + 2 sudu besar, dibahagikan (100 g)
½ sudu kecil garam  
1 cawan tepung serbaguna  (125 g)
3 biji telur
1 sudu kecil ekstrak vanila 
18 biji coklat susu 
minyak untuk menggoreng

Sira gula kayu manis: 
½ cawan gula (100 g)
2 sudu besar serbuk kayu manis

Peralatan:
1 beg paip dengan hujung bintang kecil 

Cara-cara:
Foto:Tasty
Panaskan kuali bersaiz sederhana di atas api sederhana. Masukkan air, mentega, 2 sudu besar gula, garam dan didihkan. 

Sebaik sahaja ia mendidih, rendahkan api dan tambahkan tepung. Guna sudu kayu dan kacau doh sehingga membentuk bulat kira-kira 1 minit. 

Ketepikan kuali dan biarkan ia sejuk selama 5 minit (untuk elak telur masak)

Masukkan telur satu per satu kemudian masukkan vanila. 

Foto:Tasty
Letakkan kertas pembakar di atas dulang. 

Masukkan doh ke dalam beg paip. 



Buat bentuk spiral di atas dulang pembakar. Letakkan seketul coklat susu di atasnya kemudian paip lagi doh berbentuk spiral untuk tutup coklat tadi. Kemudian letakkan di dalam peti ais selama 1 jam sehingga keras. 

Panaskan minyak sehingga 180˚C

Goreng sehingga berwarna perang keemasan kemudian tapiskan ia dengan meletakkan di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. 

Taburkan dengan sira gula kayu manis tadi. Sedia untuk dinikmati!

Foto:Tasty
Resipi ini memang layan kalau dinikmati hujung minggu.  Selamat mencuba! -CARI

Kredit Resipi: Tasty

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Previous : Pedas Berapi, Ini Asal-Usul Samyang Ramen Yang Anda Tidak Tahu

Next       : Roti Goreng Salut Tepung Ini Memang Serius Rangup Dan Sedap Menjilat Jari, Patutlah Viral!

Komen Terbaru

Quote puanbintang 9-11-2018 04:19 PM
mesti best, cair je coklat tu kat mulut

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 8-11-2018 10:19 PM
Takde vid ke ni?baru nk try buat tpi tang tpung dia tu tkot xjadi je
Quote DaisyD 9-11-2018 08:50 AM
Macam buat creampuff je cuma inti coklat.
Quote puanbintang 9-11-2018 04:19 PM
mesti best, cair je coklat tu kat mulut

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042540s Gzip On
To Top