Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Terlajak ' Belanja, Wanita Beli -Belah Sehingga RM87.66 Juta Di Harrods Ditahan

Oleh: Myra Rozi|8-11-2018 10:55 AM |Dilihat:3529| Komen: 42
Seorang wanita menjadi orang pertama ditangkap dan berdepan dengan ekstradisidi bawah Perintah Kekayaan Yang Tidak DiJelaskan (UWO) di Uni-ted Kingdom.

Zamira Hajiyeva, 55, adalah isteri seorang bekas pengurus bank di Azerbaijan didapati berbelanja sehingga 16 juta pound (RM 87.66 juta) di Harrods.

Laporan BBC menyatakan, Zamira tinggal di sebuah rumah yang berharga 15 juta pound (RM82.18 juta pound) berhampiran London dan menjadi orang pertama didakwa oleh Badan Jenayah Kebangsaan.

Foto: Complex
Bagaimanapun peguam Zamira menyatakan yang dia bukanlah seorang penipu tapi dia perlu menjelaskan sumber kekayaannya di bawah UWO.

Penahanan wanita itu didedahkan oleh Mahkamah Majistret Westminster di London selepas Zamira ditangkap minggu lalu oleh pegawai polis Metropolitan yang bertindak atas permintaan ekstradisi dari pihak berkuasa di Baku, ibu kota Azerbaijan.

Zamira berdepan tuduhan melakukan penyelewengan dan ditahan sejak menyerah secara sukarela.

Semasa sesi pendegaran berlangsung, pendakwa berhujah dia tidak boleh dibebaskan kerana berisiko melarikan diri ke luar Britain.

Barisan peguam wanita itu berhujah Zamira adalah seorang yang gemar berbelanja dan bukan penipu atau mungkin melarikan diri dari negara ini.

Hakim Daerah Kanan, Emma Arbuthnot bersetuju bahawa Zamira boleh dibebaskan sekiranya membayar jaminan 500,000 pound (RM27.3 juta), terus tinggal di rumahnya di Knightsbridge dan tidak me-lakukan perjalanan ke luar selain melaporkan diri kepada polis setiap hari. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 42
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pai.kacang 9-11-2018 11:06 AM
ni shopping jenis apa ni?

Lain-lain Komen

Quote Zaien 8-11-2018 09:18 AM
terlampau tamak nk shopping.. skali kena siasat la..
Quote auntyaya 8-11-2018 09:21 AM
donia donia
Quote umbut 8-11-2018 09:22 AM
Bodoh... kirimler org lain belikan sikit2.. kan dah kantoi
Quote saviour_09 8-11-2018 09:35 AM
huiyooo jota2 abis kat harrods je
Quote kucingitam 8-11-2018 09:51 AM
tahnya..beli la sikit2 tapi hari2
Quote nisako 8-11-2018 09:51 AM
adoi beli ape la yg byk sgt tu..
Quote Tukul.Besi 8-11-2018 09:54 AM
Pprtnya sister. Cashlah boros.
Quote myakayina 8-11-2018 10:02 AM
ni mesti kaki shopping ni..dah tu rambang mata..tamak..
Quote surwanis 8-11-2018 10:06 AM
jadah ape yg die beli weyh
Quote insulin 8-11-2018 10:07 AM
Rakyat asing dan pemboros. Memang menaikkan red flag di mata kerajaan.
Quote goss79 8-11-2018 10:09 AM
kalau dah soping cenggitu satu tempat je, baik ko beli terus harrods tuh.
Quote nusaraya 8-11-2018 10:10 AM
Zaien replied at 8-11-2018 09:18 AM
terlampau tamak nk shopping.. skali kena siasat la..

Apa bezanya dengan Rosmah?
Quote Bangku 8-11-2018 10:20 AM
Dah puas hidup mewah...now rehat time  dlm lokap..
Quote Zaien 8-11-2018 10:23 AM
tingat kes lme dlu.. wanita berbelanja & beli kereta mewah cashhhhhhh..
skali kne siasat.. laki ey perompak... duit2 yg tersembunyi kt blakang umah je tanam..
Quote cikgujun 8-11-2018 10:27 AM
Agak2 lah nk bershopping pun, tp kan duit tak berkat abis laju kat benda bukan2, peringatan kat diri sendiri juga
Quote orgsepang 8-11-2018 10:27 AM
Nampaknya ramai sungguh orang kaya yang bodoh pada pandangan forumer cari
Quote zaziot 8-11-2018 10:33 AM
dah sememangnye kaya pun masih xpuas gunakan duit ke...dok masih rs xmencukupi  kekdahnye
Quote moonbug 8-11-2018 10:35 AM
Berpinar-pinar mata tgk figure tu. Tak dapat bayang puluh juta sekali shopping tu macam mana, dapat shopping kat Padini penuh bag kiri kanan pun dah syok. Marhain sangat rasa
Quote auntyaya 8-11-2018 11:07 AM
kat Harrrot tu memang boleh ja belanja rage mcm tu ... hentam ja nak beli apa ... duit dah melimpah2

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050436s Gzip On
To Top