Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Zoey Batalkan Percutian Dengan Siti Nordiana, Gaduh Ke?

7-11-2018 05:00 PM|Oleh: Amirah | Dilihat: 7249| Komen: 46

Pada hujung November ini, Zoey Rahman bersama rakan lain telah merancang untuk bercuti di Jepun. Antara rakannya tersebut termasuklah Siti Nordiana atau Nana.

Semua tahu hubungan rapat Zoey dan Nana sehingga mereka dituduh bercinta oleh peminat. Namun kedua-duanya menafikan hubungan tersebut dan menegaskan mereka memang rapat sejak dahulu lagi.

Foto: IG Zoey
Percutian itu telah lama dirancang namun apakan daya disebabkan komitmen kerja Zoey terpaksa batalkan hasratnya itu kerana jadual kerja yang begitu padat.

"Namun, saya tetap akan bercuti ke Jepun tetapi dijangka sekitar Disember nanti. Cuma, terlewat beberapa minggu saja," katanya.

Dia turut menepis dakwaan bahawa dirinya mahu mengelak daripda terlalu rapat dengan Nana. Perkara itu sama sekali tidak benar kerana sehingga kini dia masih baik dengan Nana tetapi kesibukkan kerja menyebabkan mereka jarang bersama kebelakangan ini.


"Saya terikat dengan aktiviti lakonan dan pengacaraan, begitu juga Nana sibuk dengan jadual kerjanya sendiri," katanya pada MyMetro.

Zoey juga berkongsi perkembangan kerjayanya yang mendapat pelbagai tawaran sehingga terpaksa menolak tawaran berlakon sinetron di Indonesia.

"Ini kerana, rezeki saya nampaknya agak murah di negara sendiri pada hujung tahun ini dengan jadual padat membabitkan aktiviti seni dan perniagaan.


"Apatah lagi, saya berasa keputusan tepat sudah dibuat kerana enggan nanti yang dikejar tidak dapat dan dikendong berciciran," tambahnya lagi.

Dia hanya mahu menumpukan karier seni dan perniagaannya di dalam negara buat masa ini.

Syukur rezeki Zoey melimpah ruah dan moga sentiasa sukses dengan kerjayanya. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 46
Komen

Previous : Kilauan Bintang Air Mata Tanah Air, Noor Kumalasari

Next       : Neelofa Sedih Mastika Berhenti Diterbitkan, Netizen Mahu Ia Dijenamakan Semula Menjadi Maslofa

Komen Terbaru

Quote miemiecha 15-11-2018 08:57 AM
miracle_forever replied at 14-11-2018 06:16 PM
heshe sejenis attention seeker yg suka mengendeng nana. radar berdenting ah ah aah sgt tgk si ja ...

hahahahaha... mek xleh muka zoey..pondesen sgt...
kang kawen nana..
gduh rebut pondesen plak
cam najimah vs bela dely


Lain-lain Komen

Quote munchkin 7-11-2018 05:07 PM
Wahh nana dapat pakwe . Tahniah
Quote CiliPadiSedap 7-11-2018 05:36 PM
Zoey nk yang famous dalam cariforum ye order design sampai ada artist photoshop minta bayaran? Thread mana ye? Ingat2 lupa
Quote meisapoya 7-11-2018 06:17 PM
Oh sepadan. Muka ada iras dah. Tahniah.
Quote kiah_mai_pulak 7-11-2018 06:28 PM
Body x lawa pun sibuk nk menayang. Kosserrr
Quote apikwaeh 7-11-2018 06:57 PM
Setiap kali nak nak masuk paper pasal aktiviti, heols sibuk jugak nak up nama nana sekali..
Sudah-sudahlah mat jambu!
Geli dowh! Sibuk tayang badan dgn alasan duta fitness. Duta kena buat mulut muncung2 dan tayang pusat setiap kali up kat insta ke?
Quote cicicumel 7-11-2018 07:23 PM
Dia ni selalu komen ig nazim hatikama.
Quote RatuDunia94 7-11-2018 08:00 PM
Nana bukan tgh sibuk dgn mentor ke? Sempat lg nk bercuti? Konsert pertama aritu pon sheols xde.  
Quote chicozinn 7-11-2018 08:02 PM
Bagus la kalu berjodohan..zoey pn 30++ gak kn
Quote miszaimi 7-11-2018 08:04 PM
Mcm mane dorg bolh rapat ek..rasenye takde berlakon skali
Quote inspektoremos21 7-11-2018 08:26 PM
Mcm kakak dgn adik je iols tengok Ke zoey tu lagi tua drpd Nana??
Quote 5Things 7-11-2018 08:29 PM
kiah_mai_pulak replied at 7-11-2018 06:28 PM
Body x lawa pun sibuk nk menayang. Kosserrr

hahaha... win komen kamu
Quote hotmak 7-11-2018 09:01 PM
amboi gambar last tu, motif tangan kena pose gitu

patut nampak nana pergi dgn anak dia je
Quote cikdilla 7-11-2018 09:02 PM
Apesal muka zoey ni lain gila skrg
Quote samasam90 7-11-2018 09:59 PM
dia ne ke yg kematian kucing dan ada kes hutang tu tapi sudah dibayar setelh bebenang di buka tu? kesahnya apa yg terjadi sampai cancel pelancongan tu? hakak boleh tabungkan kalau tak cukup..
Quote katibism 7-11-2018 10:58 PM
samasam90 replied at 7-11-2018 09:59 PM
dia ne ke yg kematian kucing dan ada kes hutang tu tapi sudah dibayar setelh bebenang di buka tu? ke ...

Nick name hesheols Zoey kematian kucen hutang 200 ri-nget x mampoo bayor
Quote bedahmenjuyah 7-11-2018 11:04 PM
katibism replied at 7-11-2018 10:58 PM
Nick name hesheols Zoey kematian kucen hutang 200 ri-nget x mampoo bayor

Haiyohhhh tragisnya
Quote samasam90 7-11-2018 11:30 PM
katibism replied at 7-11-2018 02:58 PM
Nick name hesheols Zoey kematian kucen hutang 200 ri-nget x mampoo bayor

khuenssss sekarang siap mampoooo pergi jepun.. dulu, terpaksa buka bebenang baru boleh bayo.. eh dah macam part time editor cari gittuh, byk view bykla komisen, dapat juga bayar 200 hasil bebenang haritu.. semoga dgn bebenang baru ini daptlh heshe sambung balik percutiannya ittew..cenggituhhhh mengata..
Quote amyza 8-11-2018 08:20 AM
Nana dengan orang lain lah. Rancang nak kahwin tapi postpone lepas menang gv. Tak sabar tunggu nana kahwin.
Quote ALDRIN 8-11-2018 08:24 AM
Ye laa Zoey...propah lebih...bukan ko menggedik dgn Joy Repah tu ker?? Repah sponsor tix vvip kan?? Ni kat konsert dekade afgan baru2 ni kt kl convect

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044547s Gzip On
To Top