Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Air Kencing Haiwan Peliharaan Mampu Membunuh, Ini 7 Langkah Pencegahannya

7-11-2018 11:42 AM|Oleh: MN_jarilaju | Dilihat: 353| Komen: 0

Penyakit Kencing Tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit daripada haiwan yang disebabkan oleh bakteria leptospira kepada manusia (penyakit zoonotik). 

Penyakit ini boleh berlaku di merata-rata tempat terutama di negara-negara beriklim tropika termasuklah Malaysia.


Foto: gunungkidul.sorot.co


Punca-Punca Jangkitan

Penyakit ini boleh terdapat di dalam air kecing haiwan mamalia yang berjangkit seperti tikus, kucing, anjing, khizir, lembu, kuda dan kambing.


Cara-Cara Jangkitan

Anda boleh dijangkiti sekiranya:-

1. Terdedah secara langsung dengan air tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.

2. Mengambil makanan atau minuman tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.


Tanda-Tanda Dijangkiti

- Demam
- Sakit Kepala
- Loya atau Muntah
- Sakit Otot
- Kemerahan Pada Mata
- Ruam Kulit
- Sakit Pada Perut
- Batuk
- Sakit Pada Betis
- Jaundis (Mata Kekuningan)
- Air Kencing Kehitaman (Warna Teh O Pekat)


Foto: klexpress.com.my


Langkah-Langkah Pencegahan

1. Elakkan daripada meminum air sungai atau air kolam yang tidak dimasak.
2. Memilih premis makanan yang bersih dan elakkan daripada mengunjungi premis makanan kurang bersih.
3. Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
4. Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
5. Membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
6. Menjaga kebersihan persekitaran rumah.
7. Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat pada tubuh dengan sempurna.






Jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut, cepat-cepatlah dapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Previous : Panduan Tangani Stres, Hidup Perlu Diteruskan. Cuba Kaedah 10B Ini..

Next       : Dah 'Gila-gila' Diet Tapi Berat Tak Turun? Ini 7 Sebab Mengapa Ia Berlaku

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Cara Melihat Hantu, Ada Berani? Jom Cuba!
Mata Si Manja Rosak Jika Kerap Menonton TV Secara Dekat? Itu Semua Mitos!
Permainan Retro Klasik, Menggamit Nostalgia Zaman Kanak-kanak Era 90-An
Berapakah Kedalaman Sebenar Lautan Biru? Sedalam-dalam cintamu...
Budak 4 Tahun Dirogol Lima Lelaki Dalam ICU
'Bila Geng LGBT Buat Baik, Melayu Komen Pasal Agama Macam Kat Dahi Tiada Cop Neraka'
Cikgu Pukul Pelajar Tak Solat, Ulang Kaji Berdepan Empat Pertuduhan
"Dulu Saya Malu Dengan Rupa Saya" - Jay Iswazir
"Bukan Lu Nak Pakai Dia Pun,"- Ozlyn Bidas Netizen Kritik Johan Selekeh
Selepas Pelbagai Dugaan, Diana Danielle Akui Tahun Keenam Perkahwinan Paling Istimewa
Fesyen 'Bertudung' Penyanyi Hip-Hop A$AP Rocky Dihina Seperti Nenek, Tapi Tidak GQ!
Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018 Jatuh Kepada...Idris Elba
Tuala Punya Fasal, Penuntut UMS Patah Kaki
Budak 10 Tahun Lahirkan Bayi Lelaki Lepas Dirogol Abang Durjana
Che Ta Bengang, Hetty Sarlene Ciplak Rekaan Baju?
Kasut Pengantin Termahal Di Dunia Ciptaan Anak Tempatan, Bertatahkan Berlian Dan Emas
Lelaki Rogol Anak Tiri Berusia 10 Tahun
Pemandu Grab Mengaku Tak Bersalah Rogol Remaja 11 Tahun
Apa Yang Macam Beruk Sangat Tu, Tak Reti Masuk Elok-elok Ke?
Netizen Minta Maaf Dengan Tomok Kerana 'Bekas Kekasih'
Nak Tikam Ibu, Ayah Kerana Telefon Bimbit Hilang
13 Petua Orang Dulu-dulu Untuk Mudah Bersalin
Anjing Liar Berleluasa Di Malaysia: Sudah Sampai Masanya Untuk Kita Bertindak!
Anda Tak Tahu Betapa Mujarabnya Bawang Putih Di Kala Sakit Gigi Menyerang!
Memang Tak Sangkalah Tip Kuruskan Badan Ni, Nombor 5 Tu Paling Pelik!
Koktel Najis Bayi Mampu Lawan Penyakit Dan Kuruskan Badan
Jom Detoks Tapi Tanpa Libatkan Makanan Dan Minuman, Bagaimana Tu?

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.040944s Gzip On
    To Top