Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Ketika Hujan, Janganlah Order Pizza Atau McDonald. Kesian Rider Kena Hujan Dan Jalan Gelap"

Oleh: Whitney|5-11-2018 11:15 AM Komen: 58
Seronokkan, jika teringin hendak makan apa-apa, terus ada orang hantar makanan sampai depan pintu. Jika dahulu, hanya restoran makanan segera yang menyediakan khidmat menghantar makanan ke rumah atau di tempat kerja tetapi sekarang, ramai pengusaha makanan membuat perkhidmatan yang sama.  

Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Perkhidmatan menghantar makanan ke rumah dan di tempat kerja ini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Penjual dapat meningkatkan lagi jualan mereka manakala pembeli atau pelanggan dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk pergi membeli makanan itu sendiri di kedai. Tetapi, walaupun ia memudahkan, tetapi kadang kala ada pelanggan yang seakan pentingkan diri sendiri. Kenapa?

Seorang pengguna facebook yang cukup dikenali ini telah memuat naik satu status tentang perkhidmatan memesan dan menghantar makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera atau pengusaha makanan. Bukan apa, jika sudah menyediakan perkhidmatan sebegitu, sudah pasti ia memerlukan tenaga pekerja yang bertanggung jawab untuk menghantar makanan yang dipesan oleh para pelanggan. 
Mr. Kuan cukup terkesan dan kasihan apabila melihat pekerja yang menghantar makanan yang menggunakan motorsikal terpaksa meredah kegelapan malam dan dalam keaadan hujan lebat demi tugas mereka. Jadi, dia berharap netizen tidak memesan makanan jika keadaan cuaca tidak elok dan boleh membahayakan orang lain demi mengenyangkan perut sendiri. Jika netizen sendiri malas hendak keluar pada waktu malam dengan keadaan hujan lebat, begitu jugalah bagi pekerja yang ditugaskan menghantar makanan tetapi mereka wajib melakukan dan memenuhi kehendak pelanggan. 

Netizen sanggup tak order makanan bila hari hujan

Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki ini. Orang ramai tidak patut mementingkan diri sendiri tetapi perlu juga memikirkan risiko yang perlu ditanggung oleh pekerja yang ditugaskan untuk menghantar makanan tersebut. 

Bagilah tips pada rider yang hantar makanan

Tetapi, ada netizen yang terpaksa memesan makanan tidak kira masa kerana kesuntukan masa untuk keluar sendiri membeli makanan. Dia tidak kisah walaupun makanan yang dipesan lambat dihantar. Malah ada netizen yang mencadangkan agar pelanggan memberi tips kepada penghantar makanan atas kesungguhannya meredah hujan dan risiko dalam perjalanan. 

Rider kena marah sebab lambat hantar makanan
Menyedihkan, ada kisah netizen yang pernah kena marah apabila makanan mereka lambat dihantar akibat faktor cuaca. Sebenarnya tidak patutlah pelanggan berkelakuan begitu kerana dia tidak berada dalam situasi pekerja tersebut. Pelanggan perlulah sabar dan bertimbang rasa walaupun mereka dijanjikan dengan servis yang terbaik oleh pengusaha makanan itu.   

Demi mencari rezeki
Malah, memang ada netizen yang bekerja sebagai penghantar makanan yang sanggup menghantar pesanan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan demi mendapatkan wang. Mereka sanggup menanggung apa jua risiko yang akan berlaku. 
Apa-apa pun, kita kenalah mempunyai sifar sabar dan bertimbang rasa dengan orang lain. Jika jika memilih untuk menggunakan khidmat penghantaran, ambil kira pelbagai faktor dan risiko yang perlu ditanggung oleh mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan. Jika asyik mencari salah orang lain, baik kalian pergi membelinya sendiri di kedai walau dalam hujan pada waktu malam. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
13
Marah
13
Terkejut
8
Sedih
21
Lawak
8
Bosan
9
0
0
Komen: 58
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jue10 9-11-2018 08:26 AM
aku bg tips sikit kt bdk tu. klu dorg lmbt sikit pn aku xkisah sbb tau hujan. n klu waktu magrib pn sma jgn mrh dorg klu lmbt sikit. bg dorg sgah solat dlu.

Lain-lain Komen

Quote kechikchomel 5-11-2018 11:25 AM
ehhhh???bukan ke kalau McD & KFC, kalau hujan memang tak boleh buat delivery? iolss pernah gak, masa tu hujan renyai la, pastu try order online KFC/McD, pastu kuar noti not available(?) masa tu sebab weather.
Quote zulka 5-11-2018 11:36 AM
dah kerja dia kan, kita bayar apa..lain la kalau kita minta free
Quote dubuk 5-11-2018 11:37 AM
hujan lah lapar
Quote Nana_Man 5-11-2018 11:37 AM
kechikchomel replied at 5-11-2018 11:25 AM
ehhhh???bukan ke kalau McD & KFC, kalau hujan memang tak boleh buat delivery? iolss pernah gak, masa ...

Aah.. mcd/kfc/pizza hut kalau time hujan lebat/jerebu teruk dorang suspend delivery. Tapi aku tak rase food panda/uber etc mcm tu... perna pagi hari raya haji aku nmpk kakak ni antar makanan dlm hujan lebat.
Quote kechikchomel 5-11-2018 11:54 AM
Nana_Man replied at 5-11-2018 11:37 AM
Aah.. mcd/kfc/pizza hut kalau time hujan lebat/jerebu teruk dorang suspend delivery. Tapi aku tak  ...

alaaa....kesiannya. kalau macamni memang tak patut la. tapi kfc/mcd tu pun kadang2 cuaca ok je. tapi tetiba suspend delivery. rider takde kot
Quote Zaien 5-11-2018 12:07 PM
aku pnah order.. mse tu blom hujan.. dh trima order.. domino's x silap..
skali hujan selebat2nya dengan petirnya..
org tu call balik minta tngguh waktu utk penghantaran..
aku ckp okay jela.. bila ujan dh reda tnggal renyai je.. dia dtg hantar..  malam mase tu..
yg antar budak ppuan plak tu..
Quote CiliPadiSedap 5-11-2018 12:09 PM
kechikchomel replied at 5-11-2018 11:25 AM
ehhhh???bukan ke kalau McD & KFC, kalau hujan memang tak boleh buat delivery? iolss pernah gak, masa ...

sis order mcd kfc guna piring astro ke?
Quote Intanmahsuri 5-11-2018 12:11 PM
McD hujan renyai dah suspend delivery.. Dominos relax je hantar! Delivery paling best dominos ni..
Quote kechikchomel 5-11-2018 12:13 PM
CiliPadiSedap replied at 5-11-2018 12:09 PM
sis order mcd kfc guna piring astro ke?

taklah...iolss guna post biasa tu, yg berstamp. pastu abam posmen pas ke kfc mcd

Quote Nana_Man 5-11-2018 12:38 PM
kechikchomel replied at 5-11-2018 11:54 AM
alaaa....kesiannya. kalau macamni memang tak patut la. tapi kfc/mcd tu pun kadang2 cuaca ok je. ta ...

Aah.. dah lah hujan lebat pagi raya tu, kakak Foodpanda tgh stop kat traffic light. Pakai raincoat. Tu lah betul2 nyer raya korban untk kakak tu.  Kadang2 suspend memang pasal rider tak ckp. Lagi2 kalau ari tu org2 tgh nk celebrate ke ape..
Quote Nana_Man 5-11-2018 12:39 PM
Zaien replied at 5-11-2018 12:07 PM
aku pnah order.. mse tu blom hujan.. dh trima order.. domino's x silap..
skali hujan selebat2nya de ...

Biler rider selamat, makanan pun kita dpt...
Quote saviour_09 5-11-2018 01:25 PM
kalo dah kebuluq sangat order je la
kerja dia kan, dia pun tau risiko nya
tapi jangan la kedekut tips
hulur la barang sehinggit dua or lebih
tak miskin pun sedekah
kheennn
Quote makbedah 5-11-2018 01:31 PM
CiliPadiSedap: sis order mcd kfc guna piring astro ke?

{:yameteh
Quote Cyempaka 5-11-2018 02:09 PM
susah la kalo nak manja sampai begini. nanti indon bangla buat keje delivery, kita jugak meroyan.
cukup la pesan pada customer jgn marah2 budak delivery kalo makanan lambat sampai
Quote slipar_jepon 5-11-2018 02:28 PM
tapi time tula yg kitorang ni lapar. hakikatnya mmg tak lepas pun nk order, sbb awal2 mcd/piza notified no delivery due to weather.
Quote aleesyasofia 5-11-2018 02:34 PM
Intanmahsuri replied at 5-11-2018 12:11 PM
McD hujan renyai dah suspend delivery.. Dominos relax je hantar! Delivery paling best dominos ni..

ptutlah iolss ada nmpk domino htr gak pizza wlaupun hujan..  tp kesian tgk heolss sbb than sjuk.. budak yg bt order bkn main lg lembab turun nk ambik order tue..
Quote LostStar 5-11-2018 02:52 PM
kesian ohhh yang buat delivery time hujan2 nih.. daku xsampai hati tengok sampai2 lencun..
Quote Zaien 5-11-2018 03:03 PM
Nana_Man replied at 5-11-2018 12:39 PM
Biler rider selamat, makanan pun kita dpt...

dia punya manager cal smpai 2x.. minta maaf.. xkot aku marah ke ape kan lambt..
aku paham la dh ujan lebat takkan nk redah plak.. hehehe
last bg tips sket kt budak yg antr tu.. kesian berembun sejuk lpas ujan antr piza tu..

Quote Nana_Man 5-11-2018 03:14 PM
Zaien replied at 5-11-2018 03:03 PM
dia punya manager cal smpai 2x.. minta maaf.. xkot aku marah ke ape kan lambt..
aku paham la dh u ...

Ok jgk ko bagi tips kat budak tu.. laki aku memang suke bagi tips kat budak2 delivery. Tak bnyk tapi adakala dorang yg terperanjat dpt tips. Mgkn org jarang kasi kot.
So far kalau cuaca tak baik, memang tak order. Makan jer ape yg ade kat ruma.

Lihat semua komen(58)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top