Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Nov
02

Acer Malaysia Lancar Monitor 4K 27-Inci Yang Baharu

2-11-2018 11:35 AM | Dilihat: 307| Komen: 5

Bagi anda yang mencari gaming monitor terkini, berita baik kerana Acer Malaysia telah melancarkan produk terbaharunya!

Acer Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua model monitor 4K iaitu Nitro XV273K dan juga Predator XB273K bagi pasaran tempatan. 

Ia sekaligus memperluaskan lagi portfolio siri Predator dan juga Nitro keluarannya. 


Yang menariknya kedua-dua model ini memaparkan skrin IPS LCD sebesar 27 inci bersolusi 4K UHD (3840 x 2160 piksel). Ia juga mempunyai refresh rate 144Hz agar gamer dapat bermain dengan lancar. 

Selain itu, ia mendapat suntikan teknologi Quantum Dot serta pensijilan VESA DisplayHDR 400 untuk kedua-dua monitor ini supaya warna paparan dihasilkan terbaik dan jitu. 


Acer Predator XB273K 

Monitor ini memfokuskan aspek permainan dilengkapi dengan NVDIA G-Sync untuk kelancaran paparan. 

Dijual pada harga RM4,599 pada pertengahan Disember nanti.


Acer Nitro XV273K

Manakala monitor ini didatangkan dengan teknologi AMD Radeon FreeSync yang turut dapat mengurangkan lengah masa. 

Bakal dijual pada harga RM2,999 bermula pertengahan November ini. 


Bagi anda yang berminat boleh mendapatkan kedua-dua monitor ini di semua kedai atas talian Acer dan juga penjual sah Acer seluruh negara. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melawat Acer Malaysia Facebook atau laman web rasmi mereka.


Di samping itu, Acer Malaysia turut bekerjasama dengan baju indie Malaysia iaitu Pestle & Mortar. Mereka telah menghasilkan dua reka bentuk kemeja T yang sangat menarik dan unik. 

Ia diinspirasikan dari Acer Swift (RM99) dan Predator Conquer New Worlds (RM109). Anda boleh dapatinya di kedai rasmi Acer Malaysia.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shamsadis 8-11-2018 09:13 PM
perghhhhhhhhhhhhh aku nak lah

Lain-lain Komen

Quote seramado 2-11-2018 02:53 PM
perghh terbaik la
Quote giyomi 8-11-2018 07:44 PM
haiyooo...harga monitor mengalahkan harga sebuah komputer
Quote ultra78 8-11-2018 07:58 PM
  • 4K
  • 144 Hz

Nice.

Quote insulin 8-11-2018 08:01 PM
Boleh tahan harganya...
Quote shamsadis 8-11-2018 09:13 PM
perghhhhhhhhhhhhh aku nak lah

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040734s Gzip On
To Top