Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Dia Melutut Depan Saya Dan Melamar,"-Raja Ilya Dah Bertunang!

1-11-2018 05:32 PM|Oleh: Amirah | Dilihat: 7666| Komen: 116

Ucapan tahniah menghujani ruang komen di Instagram Raja Ilya sebaik sahaja dia mendedahkan status hidupnya kini yang sudah menjadi tunangan orang.

Dia mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, pihak media dan peminat yang mendoakan dirinya selama ini.


Terserlah kebahagiaan Raja Ilya yang bersyukur dengan pertunangan bersama kekasihnya yang dikenali sebagai TWG.

Peminat juga seperti tidak sabar untuk melihat artis kesayangan mereka ini melangkah ke gerbang perkahwinan.

Apa yang menggembirakan pertunangan ini adalah sebuah kejutan untuknya kerana TWG telah merancang bersama keluarga semasa berada di Pulau Langkawi.

Foto: IG Raja Ilya
"Di pulau itu, teman baik saya mengajak makan malam di sebuah restoran. Saya hanya mengikut. Tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik yang dimainkan band di restoran terbabit.

"Terasa bagai menjalani penggambaran drama pula... Sungguh tak disangka tetapi saya amat gembira," katanya kepada BH Online.

Menurutnya lagi, dia telah lama mengenali TWG dan ketika itu masih bertugas sebagai pramugari Air Asia. TWG merupakan penumpang dalam penerbangannya.


"Tak sangka, jodoh kami berpanjangan. Kami dilahirkan dalam bulan sama iaitu Julai. Dia berusia 37 tahun dan terbabit dalam dunia perniagaan," katanya.

Buat masa ini Raja Ilya masih menyembunyikan tarikh kahwin. Apa pun majlis perkahwinan akan berlangsung pada tahun depan.

Romantik sungguh TWG! Apa pun tahniah dan sama-sama kita nantikan hari perkahwinan mereka. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 116
Komen

Previous : Kilauan Bintang Air Mata Tanah Air, Noor Kumalasari

Next       : "Gigi Fazura Putih Tapi Gigi Tiz Zaqyah Kuning! Buat Malu Je"

Komen Terbaru

Quote SR4tahun 6-11-2018 04:14 PM
armin replied at 6-11-2018 03:06 PM
Hkl layan buat plastic surgery kalau bkn sakit? Setau iols rawatan kt gomen ni kalau sakit je dila ...

Tu la iols pun igt camtu, tp aritu iols pergi khusus surgical kt sana, borak dgn sorg pegawai ni saja tanya ada x artis yg dtg, dia terlepas nama raja ilya. Tp satu nama tu je dia terlepas, dia ckp ramai je artis dtg.

Lain-lain Komen

Quote besarkecik 1-11-2018 05:39 PM
Memang rajin reporter menggeladah ig retis kan? Terus jadi satu news
Quote prettyuglybabe 1-11-2018 05:41 PM
body kemahen tapi kulit tangan hodoh..
sila rendam tangan dalam losen..
kalau malas rendam guna je la filter..
Quote MsKathryn 1-11-2018 05:42 PM
Ingatkn TWG Tea tu
Anyway, congrats..
Quote multinicky 1-11-2018 05:46 PM
TWG?? Tengku....???
Quote cmf_premierleag 1-11-2018 05:58 PM
melutut? pakai knee pad tak?
Quote sharlenetexas 1-11-2018 06:01 PM
Ni pun promote la senza jugak ke?
Quote armin 1-11-2018 06:07 PM
Tu tgn tunang dia ke? Tak mcm tgn mat saleh pun.
Quote bottombikini 1-11-2018 06:18 PM
bertunang di sri lanka
sambil menziarahi saudara mara kah
Quote September14 1-11-2018 06:23 PM
Jelitawati malaysia
Quote borrow 1-11-2018 06:23 PM
Edited by borrow at 1-11-2018 06:50 PM

39038049_1383931708376464_475262951918403584_n.jpg



Quote nuryakmal 1-11-2018 06:32 PM
kena kecam la jap lagi

Quote nipskacang 1-11-2018 06:34 PM
Tahniaaah! Finally a legit congratulations for a legit reason lollll
Quote buapakperut 1-11-2018 06:44 PM
keringnye tangan beliau. matilanak ...aritu poremer soh losyen ketiak{:laugh
Quote mawar_pink 1-11-2018 06:55 PM
oo..btl la ni ye..bkn imaginasi
Quote capiloton 1-11-2018 07:01 PM
Edited by capiloton at 1-11-2018 07:06 PM

wow melutut
untong la dapat mat saleh, boleh rasa kena pinang macam pwincesss.
Quote sukacactus 1-11-2018 07:20 PM
Tahniah!
Ok la, sepadan
Quote helicornia 1-11-2018 07:31 PM
borrow replied at 1-11-2018 06:23 PM

wow ensemnya
Quote Piramida 1-11-2018 08:04 PM
'Doa anda termakbul'
Doa utk nikah ke? Ke jinjang pelamin? Tunang je kan... congratulations btw
Quote bedahmenjuyah 1-11-2018 08:08 PM
Tahniah kacak tunangnya

Lihat semua komen(116)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065918s Gzip On
To Top