Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Wow! Inilah Kostum Halloween Paling Win Untuk 2018

1-11-2018 03:49 PM|Oleh: Suzy| Komen: 7



Comel, tapi mengerikan! Seorang kanak-kanak memenangi kostum Halloween terbaik tahun ini dengan memperagakan kostum menggerunkan. 

Maya Hwang, 2, memakai kostum epik direka ibunya, Krystel yang menghabiskan masa selama dua hari di rumah untuk membuat kostum yang kelihatan seperti kanak-kanak itu membawa kepalanya yang dipenggal.


Foto: Metro UK

Kostum dengan gaun bermotifkan bunga itu mempunyai bukaan di bahagian dada yang membolehkan 'kepala' Maya dikeluarkan. Penyambungan di bahagian belakang pula mencipta rupa bentuk mengerikan seolah-olah kepalanya telah dipancung. 

Manakala, kakak Maya, Charlie, 6, dilihat berjalan bersamanya sambil memegang sebilah pisau serta bakul kosong berbentuk labu untuk mengumpulkan hadiah trick-or-treats mereka.


Foto: Metro UK

Dengan pakaian mengerikan itu, Maya memenangi kostum terbaik dalam pertandingan di sebuah sekolah di Paraaaque City, Filipina. 

Video mereka memperagakan kostum dan aksi seram di kampung halaman mereka, South Bay Village menjadi tular dan dilihat lebih 20 juta kali. Krystel yang suka mereka bentuk kostum itu amat bangga dengan rekaannya.

"Anak perempuan saya kelihatan sangat manis. Semua orang sukakan kostumnya. Rekaan tempat meletak gula-gula di bahagian atas turut menjadi perhatian. Saya menggunakan banyak pita pelekat dan kertas untuk membuat pakaian ini di mana kedua-dua anak perempuan saya juga terlibat dalam penciptaannya.


Foto: Metro UK

"Mereka menonton YouTube, dan banyak video Halloween dimuat naik sepanjang hari, jadi mereka tahu mengenainya. Saya sebenarnya mendapat idea ini daripada mereka. Anda akan terkejut kerana saya tidak mempunyai kesukaran untuk menyarungkan kostum ini kepada Maya. Dia dan kakaknya melihat saya membuatnya dan mereka tidak takut mengenainya kerana mereka tahu ia hanyalah solekan.

"Anda tahu, Halloween benar-benar menyeronokkan. Saya tidak menggalakkan anak-anak saya kepada dunia mistik, sebaliknya ini hanyalah untuk suka-suka," ujar Krystel teruja. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

Next       : Permainan Retro Klasik, Menggamit Nostalgia Zaman Kanak-kanak Era 90-An

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Budak 7 Tahun Dirogol Di Tempat Perlindungan Bencana Gempa Di Palu
Ingat Lagi Hero Rosalinda Ini? Wajah Fernando Jose Kini Dimamah Usia
Pelajar Saman Guru Tak Masuk Kelas 7 Bulan
Penuntut Maut Tercekik Penkek Dalam Pertandingan, Ibu Saman Universiti
Selebriti Buat Kecoh Mengamuk Di Sekolah Anak, Siapakah Itu?
Peguam Berdegil Mahu Jadi Model Di Usia Senja, Apa Puncanya?
Netizen Tak Sampai Hati Tengok Joe Aziz Diusir Nabil, Neelofa Dalam Program MeleTop
"Itu Bukan Seragam Komunis, Mat Sabu Pun Pakai..." - Timbalan Menteri
'Teka Siapa Kena Simbah Air Sebab Rampas Laki Orang' Hanyalah Gimik?
Bapa Durjana Cabul Tiga Anak Berusia 1 Hingga 5 Tahun
Ibu Rela Mati Kecewa Anak Penagih Dadah
"Akak Saja Basuh Kain Alas Kucing Di Dobi, Tak Nak Najis Bercampur Dengan Baju Anak"
Pencinta Haiwan Tawar Khidmat Seks Dengan Anjing
Pendapatan Lim Guan Eng Berjumlah RM86,464.92, Lebih Kaya Dari Perdana Menteri
"Dia Melutut Depan Saya Dan Melamar,"-Raja Ilya Dah Bertunang!
"Kesian Anak Ramai Pedo Di Luar" - Netizen Minta Che Ta Padam Gambar Aaisyah
Senarai Kosmetik Yang Masih Diuji Ke Atas Haiwan Pada 2018, Anda Masih Guna?
Neelofa Jadian 'Kekwat' Dan Peserta Lari Dari Rumah, Mentor 7 Penuh Drama!
"Terangsang Ke Suami Kalau Kena Rogol?" - Lelaki Mengadu Jadi Mangsa Seksual Isteri
"Boleh Percaya Ke Dengan Belanjawan 2019?" - Zahid Hamidi
Pasangan Kaki Selfie Instagram Popular Maut Jatuh Gaung
Rupa-Rupanya Dari Awal Lagi Putera William Meragui Keputusan Harry Kahwini Meghan
Hanya Main Dengan Kertas, Tapi Si Kecil Seronok Tidak Terkata!
3 Peraturan Queen E Ketika Buka Hadiah Krismas, Lebih Murah Lebih Bagus!
Bahagianya! 3 Beradik Ini Hamil Serentak
Gelinya! Cacing Hidup Dalam Hidung Budak Perempuan Lebih Sebulan

Komen Terbaru

Quote puanbintang 7-11-2018 03:31 PM
kreatif dan rajin betul maknya

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 1-11-2018 04:19 PM
Comel.. tp jgn esok lusa kakaknya terpengaruh pastu duk penggal kepala adikny betul2 dah la..
Quote matchstick 1-11-2018 05:04 PM
Menarik.. Aku sangka maknya terinspirasi drpd beberapa kes penggal kepala org di India baru2 ni
Quote myakayina 1-11-2018 05:09 PM
klu terjumpa malam2 ternampak pulak dari arah blkg..mmg seram dan ngeri jgk ler..
Quote Artemesiaa 1-11-2018 05:12 PM
Menarik ideanya mana tak menang bertanding
Quote meklalala 2-11-2018 11:45 AM
mula mula tengok gambar agak loading sikit mana kepala si adik tu..rupanya kat tangan dia
Quote Kumalak5298 3-11-2018 04:18 PM
Menarik Sya sangka kes penggal kepala
Quote puanbintang 7-11-2018 03:31 PM
kreatif dan rajin betul maknya

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042858s Gzip On
    To Top