Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

FAM Lancar Roadmap F:30, Ke World Cup Kah Kita?

30-11-2018 11:03 AM|Oleh: MN_jarilaju| Komen: 0

Sejarah baru sukan negara tercipta apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30. Apa yang menarik dalam majlis pelancaran F:30 ini adalah kehadiran Presiden FIFA Gianni Infantino dan juga Presidein AFC Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa.

Foto: mStar

Apa itu F:30? Untuk pengetahuan semua F:30 adalah pelan strategik FAM untuk tempoh 12 tahun akan datang bermula dari tahun 2019 hingga 2030 yang fokus kepada 3 komponen utama iaitu Kepimpinan, Pertandingan dan Pembangunan yang sejajar dengan Program FIFA Forward yang telah dikemaskini dan terbahagi kepada 3 fasa perlaksanaan. 

Foto: FB FAM

Fasa 1 (2019 hingga 2022)

Kepimpinan

Kakitangan

Pengurusan, Pentadbiran dan Budaya.

Polisi

Pemindaan Statut, Jenama FAM dan Perubahan Selaku Pemimpin Industri.

Pembangunan

Bolasepak

Pelan Bolasepak Malaysia, Pelan Strategik Pasukan Malaysia, Piagam Kejurulatihan FAM, Piagam Akar Umbi FAM dan Tanggungjawab Sosial, Liga Pro Futsal, Bolasepak Wanita dan Pengadil Pro.

Rakan Kerjasama

Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Majlis Tempatan dan Pembandaran, Agensi Kerajaan dan Kementerian, Agensi Komersil/Pengiklanan dan Institusi Pengajian.

Insfrastruktur

Ibu Pejabat baru FAM, Pusat Kecemerlangan Bolasepak Kebangsaan, Ahli Gabungan, FAM Ace Project dan Pembangunan Bolasepak Profesional.

Pertandingan

Bolasepak Lelaki

Memperkenalkan semula Pesta Bola Merdeka, Kejohanan Bawah 12, Bawah 14 dan Bawah 17 tahun.

Bolasepak Wanita

Liga Tun Sharifah Rodziah , Liga Inter Varsiti, Kejuaraan Bawah 14 dan Bawah 16 tahun, Kebangsaan Bawah 15 tahun AFC ????? UEFA.

Futsal

Liga Futsal Pro dan Piala, Karnival Bawah 20 tahun Malaysia, Kejohanan Futsal Bawah 15 dan Bawah 17 tahun, Amatur LFK dan Liga IPT.

Fasa 2 (2023 hingga 2026)

Akan dilancarkan kemudian.

Fasa 3 (2027 hingga 2030)

Akan dilancarkan kemudian.

"Peta Hala Tuju ini adalah agenda negara, agenda untuk semua, untuk saya, untuk FAM, untuk semua pemegang taruh dan penyokong, dan jika kita mahu merealisasikan visi ini, kita perlukan semua pihak untuk turut serta dalam mencapai objektif yang sama," - Dato Haji Hamidin.




Memang ramai yang berharap dapat tengok pasukan Malaysia bermain di peringkat yang lebih tinggi seperti World Cup. Moga pelan yang dirancang ni membuahkan hasil suatu hari nanti. Boleh rujuk sini untuk Roadmap F:30 FAM sepenuhnya.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Previous : Kenali Bintang Beladiri Khabib Nurmagomedov, Juara UFC Beragama Islam Yang Pertama

Next       : Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018 Jatuh Kepada...Idris Elba

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.039150s Gzip On
    To Top