Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Nov
01

Enak Dan Menyihatkan! Ini Resipi Puding Roti Coklat Bersama Prune

1-11-2018 10:21 AM|Kandungan Tajaan | Dilihat: 5364| Komen: 2

Selain buah-buahan enak seperti limau, strawberi mahupun kismis, buah prune merupakan salah satu pilihan terbaik untuk dijadikan bahan utama dalam masakan pencuci mulut seperti puding roti dan juga kek. Dengan adanya buah prune dalam pencuci mulut ini dapat menambah nutrien sihat. 

Antaranya, ia membantu menguatkan tulang kerana empat biji prune (satu hidangan) mengandungi 3 gram serat, 293 mg potassium dan 16 mg magnesium. Selain susu, buah prune juga didapati dapat menghalang malah dikatakan dapat membalikkan osteroporosis. (menurut kajian terbaru dalam British Journal of Nutrition).

Selain itu, terdapat beberapa lagi kelebihan atau manfaat buah prune yang mengejutkan. Ini termasuklah;

1. Mengawal berat badan. Prune merupakan snek sihat yang berkalori rendah iaitu sebanyak 100 kalori bagi setiap hidangan (40 gm atau 4 biji prune). Kajian turut menunjukkan prune merupakan snek sihat yang dapat mengurangkan rasa lapar dan menurunkan paras gula dalam darah.

2. Membantu kesihatan jantung. Setiap hidangan prune mengandungi serat yang tinggi sekaligus membantu menurunkan risiko sakit jantung dan juga membantu menurunkan kolestrol LDL. 

3. Sumber serat yang baik untuk kesihatan penghadaman. Prune turut berfungsi sebagai laksatif semulajadi yang menjadi solusi kepada masalah sembelit.



Resipi puding roti prune

Jika anda bosan mengambil buah atau jus prune begitu sahaja, tambahkan ia ke dalam puding roti. Idea yang bernas, bukan?

Resipi ini adalah untuk 8 hidangan puding roti yang pasti lazat dan menyihatkan.                                                           

Bahan-bahan:

420 ml susu
200 g cip coklat
145 g roti
200 g buah prune Sunsweet
4 biji telur
50 g gula
1/4 sudu serbuk kayu manis
1/4  sudu garam
2 sudu vanilla
1 sudu jus oren


Cara-caranya:
1. Masukkan susu ke dalam mangkuk kecil dan panaskan dengan kepanasan sederhana. 

2. Masukkan separuh cip coklat  ke dalam mangkuk yang lain. Kemudian curahkan susu ke atas coklat dan biarkan selama 5 minit. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia sejuk dalam suhu bilik. 

3. Panaskan ketuhar kepada 350F atau 176 darjah celcius. Sapukan mentega ke atas permukaan dulang pembakar.

4. Kemudian, dalam mangkuk yang besar, campurkan lebihan cip coklat bersama roti dan juga buah prune. Selepas itu, masukkan adunan yang sebati ke dalam dulang pembakar. 

5. Kacau telur, gula, serbuk kayu manis, garam, vanilla dan jus oren. Kacau dalam mangkuk yang mengandungi susu dan dan coklat tadi. 

6. Curahkan bancuhan tersebut ke atas roti dan biarkan ia rehat selamat 15 minit supaya dapat menyerap ke dalam roti tersebut. 

7. Bakar sehingga 35 minit. Kemudian sejukkan selama 15 minit sebelum dihidangkan. Enak dimakan ketika suam atau pun pada suhu bilik.


Berita baik bagi penggemar buah prune Sunsweet, bermula 22 Oktober sehingga 21 Disember ini anda berpeluang memenangi Macbook Air, iPhone Xs Max dan pelbagai lagi hadiah menarik!

Dengan hanya sertai peraduan Eat Good Feel Good, anda mungkin pemenang bertuah yang Sunsweet cari. Layari  http://sunsweet.com.my/ untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan tersebut. 

Layari juga laman sosial Sunsweet di https://www.facebook.com/sunsweetmalaysia/ untuk kemaskini pelbagai info terkini dan peraduan Sunsweet. 


Sumber resipi/ foto: http://www.sunsweetingredients.com/recipes/chocolate-prune-bread-pudding/

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote seramado 1-11-2018 03:19 PM
terpaling sedap

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 1-11-2018 12:14 PM
Emmm sedapnya..
Quote seramado 1-11-2018 03:19 PM
terpaling sedap

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.346459s Gzip On
To Top