Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Oct
31

K Glam, E-Kedai Untuk Peminat Produk Kecantikan Dari Korea

31-10-2018 10:18 AM| Komen: 1

Kino Biotech Malaysia telah mengumumkan pelancaran K Glam, sebuah e-kedai baru yang menjual produk kecantikan Korea yang eksklusif. K-Glam memberikan kemudahan dan keyakinan kepada para pembeli kerana ia hanya menjual produk kecantikan yang asli dan tulen dari Korea. 

Majlis pelancaran K Glam dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Kino Biotech Malaysia, En Marcus Chong, Ketua Pegawai Operasi, Puan Jennifer Chin dan Penolong Pengurus Besar Jualan & Pemasaran, Cik Winnie Pok.  Juga turut serta adalah 2 pengarah dari KOTRA Kuala Lumpur, En Steve Yeon dan En Jusang Lee.


Sebanyak 20 jenama kecantikan dari Korea boleh didapati di K Glam dan kebanyakannya adalah jenama baru di pasaran Malaysia.  Antara jenama-jenama ini ialah Cosmetea, Rivecowe, Simplistic, Fascy, RenardBlanc dan Homelec.  Kino Biotech Malaysia menggalakkan pengenalan jenama baru dari Korea di Malaysia kerana terdapat banyak produk Korea berkonsep baru yang belum diterokai oleh pasaran tempatan.
 
K Glam boleh didapati di platform jualan online seperti 11Street, Lazada, Qoo10, Shopee dan Superdeals.com.my, begitu juga di laman web rasmi Kinohimitsu.  Di masa akan datang, beberapa jenama Korea ini juga akan dijual melalui saluran membeli belah di TV seperti Astro Go Shop.


Kempen promosi K Glam akan berlangsung dari 22 Oktober ke 30 November untuk memperkenalkan jenama-jenama baru ini kepada pelanggan dan menggalakkan mereka untuk mencubanya. Pelbagai tawaran menarik boleh didapati di saluran yang dinyatakan di atas. 

Kino Biotech Malaysia telah bekerjasama dengan KOTRA Kuala Lumpur (sebuah agensi kerajaan Korea Selatan untuk promosi perdagangan dan pelaburan) dengan tujuan untuk mencari produk kecantikan yang asli dan mempromosikan jenama-jenama Korea di Malaysia. 


Kino Biotech Malaysia berazam untuk menjadikan K Glam sebuah e-kedai yang utama untuk produk kecantikan Korea. Apabila pembeli ingin membeli produk kecantikan dari Korea, mereka seharusnya memilih K Glam. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote seramado 1-11-2018 03:20 PM
wahh menarik ni

Lain-lain Komen

Quote seramado 1-11-2018 03:20 PM
wahh menarik ni

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044678s Gzip On
To Top