Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Demi Cinta, Puteri Ayako Lepaskan Status Diraja Untuk Berkahwin Dengan Rakyat Biasa

31-10-2018 11:13 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 15

Lebih 1000 rakyat jelata berkerumun di Tokong Meiji, Tokyo untuk mengucapkan tahniah kepada Puteri Ayako dan pasangannya, Kei Moriya.


Kredit Foto: People Magazine

Puteri Ayako, 28 adalah anak bongsu Puteri Hisako dan Putera Takamodo, sepupu kepada Maharaja Akihito. Menurut undang-undang imperial Jepun, kerabat diraja wanita perlu melepaskan status diraja mereka termasuk semua pingat kebesaran, status dan elaun yang serba lumayan sekiranya memilih untuk berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai darah diraja atau bukan dari keluarga aristokrat yang diiktiraf. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak berlaku untuk kerabat diraja lelaki.


Kredit Foto: Daily Express

Semasa pasangan itu diiringi masuk ke dalam tokong, rakyat mengucapkan tahniah dengan menjerit 'banzai', yang bermaksud semoga bahagia selamanya. Keluarga dan sahabat handai juga mengucapkan perkataan yang sama ketika mempelai masuk ke dalam dewan upacara. Puteri Ayako kelihatan memakai kimono yang hamper sama dengan gaya yang dipakai oleh kakanya ketika berkahwin dengan Kunimaro Senge pada tahun 2014. Pengantin lelaki pula memakai sut moden.


Kredit Foto: People Magazine

Dengan keputusannya berkahwin dengan Kei Moriya, 32 tahun, seorang kakitangan syarikat perkapalan Nuppon Yusen KK,  Puteri Ayako  hilang semua status dirajanya dan menerima pampasan USD950,000 (RM3.97 juta) daripada kerajaan Jepun.


Kredit Foto: Carian Internet

Keputusan Puteri Ayako adalah satu lagi ujian untuk keluarga diraja Jepun. Maharaja Akihito berkata Baginda akan menyerahkan takhta kepada Putera Mahkota Naruhito pada 30 April 2019 . Oleh kerana itu, anak kepada Putera Naruhito, Putera  Hisahito yang masih berumur 12 tahun dikira terlalu muda untuk ditabal Putera Mahkota, memandangkan perwarisan takhta hanya melalui anak lelaki.


Kredit Foto: The Star

Susulan itu, kini timbul perbahasan sama ada Monarki Jepun perlu membenarkan anak perempuan mewarisi tahkta atau tidak. Tidak seperti di United Kingdom, nampaknya Monarkhi Jepun masih tidak mengikut jejak Queen Elizabeth untuk membenarkan pewarisan harta kepada kerabat wanita.


Kredit Foto: Youtube

Apa pun, ramai netizen berpendapat Puteri Ayako membuat pilihan tepat apabila melepaskan status dirajanya untuk berkahwin dengan rakyat biasa. Anda pula bagaimana? -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Previous : Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

Next       : Wow! Inilah Kostum Halloween Paling Win Untuk 2018

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 02:36 PM
annehuda replied at 27-11-2018 10:32 AM
tp bagus jugak kerabat jepun buat mcm ni. kurang skit perbelanjaan kerajaan utk elaun diraja
keluar ...

Makin lama kos makin meningkat

Public dah terasa beban cukai

Apa lagi bila kisah hidup kerabat diraja sering dipaparkan di media massa ketika ini

Makin rengsalah perasaan masing2 nak kurangkan atau tamatkan institusi beraja ni

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 31-10-2018 12:12 PM
Zaman ni ada ke yg sanggup tinggalkan kemewahan untuk cinta?
Quote chinta89 31-10-2018 01:45 PM
Sang_Pencinta replied at 31-10-2018 12:12 PM
Zaman ni ada ke yg sanggup tinggalkan kemewahan untuk cinta?

utk duit berkepuk2 mcm kes ni, rasanya dia sanggup.

utk kita2 ni rasanya fikir berpuluh juta kali. huhu.
Quote Kenabertaubat 31-10-2018 02:47 PM
Laki dia pun bukan calang-calang kerjanya..
Quote Sang_Pencinta 31-10-2018 02:59 PM
Lepas dia keluar istana, Keluarga Diraja Jepun kini tinggal 18 orang lagi, 13 daripadanya wanita. Hanya 5 lelaki dan hampir kesemuanya warga emas kecuali Putera Hishahito.
Quote matkpop 31-10-2018 03:26 PM
tahniah
Quote armin 31-10-2018 04:48 PM
Kenabertaubat: Laki dia pun bukan calang-calang kerjanya..

Kerja apa? Kalau mcm ni tak dapat harta istana lah ye?
Quote jebatmaspunyer 31-10-2018 05:08 PM
lepas semua benefit pun dapat pampasan banyak jugak uolls.. kalau dia jenis tak tgk harta maknanya bukan jenis org suka belanja mewah2, x der lah duit pampasan tu cepat habis.. boleh dibuat modal duit tu beranak pinak... x buat business pun, buat low risk investment pun dah terjamin kewangan peribadi dia...
Quote idakamaruddin 31-10-2018 09:21 PM
tasty sgt laki nye padan la dia sggp kawen ngn mamat ni

money cant buy happiness

Quote dani-rox 31-10-2018 11:51 PM
brp ekor jah putera raja dlm Jepun yg available? brp org pulak yg bukan sedara terdekat? dahlah mcm tak ramai jah dlm royal family Jepun. kuasa dan daulat pon takda, cuma jd simbol negara jah.
baik kawen org kebanyakan drpd kawen kerabat sundirik. ewww.
Quote fushimi 1-11-2018 10:07 AM
Sang_Pencinta replied at 31-10-2018 12:12 PM
Zaman ni ada ke yg sanggup tinggalkan kemewahan untuk cinta?

iols sebagai marhen tak sanggup nak tinggal kemewahan demi cinta

cinta takleh beli beras


Quote Sang_Pencinta 1-11-2018 11:13 AM
dani-rox replied at 31-10-2018 11:51 PM
brp ekor jah putera raja dlm Jepun yg available? brp org pulak yg bukan sedara terdekat? dahlah mcm  ...

so far semua kerabat Jepun kawin orang biasa

Untungnya lelaki tak payah lepas status diraja

Next year sorang lagi kerabat wanita kawin orang biasa juga
Quote kucing02 26-11-2018 05:03 PM
hebat bebenor cinta dia
Quote niena90 27-11-2018 09:20 AM
Kerabat jepun ni takde yg kahwin mat saleh ke? Kalau kat msia ni kebanyakkan kerabat dah takde rupa melayu
Quote annehuda 27-11-2018 10:32 AM
tp bagus jugak kerabat jepun buat mcm ni. kurang skit perbelanjaan kerajaan utk elaun diraja
keluarga diraja jepun adalah kerajaan plg tua kot kt dunia
england pun skrang tgh curb jugak kan royal families?
mcm anak-anak harry n meghan markle terkeluar dah daripada pewaris takhta. tak dpt pun gelaran prince or princess
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 02:36 PM
annehuda replied at 27-11-2018 10:32 AM
tp bagus jugak kerabat jepun buat mcm ni. kurang skit perbelanjaan kerajaan utk elaun diraja
keluar ...

Makin lama kos makin meningkat

Public dah terasa beban cukai

Apa lagi bila kisah hidup kerabat diraja sering dipaparkan di media massa ketika ini

Makin rengsalah perasaan masing2 nak kurangkan atau tamatkan institusi beraja ni

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.052937s Gzip On
    To Top