Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Banyak Terima Tawaran PhD, Sufian Suhaimi Mahu Berhenti Menyanyi?

30-10-2018 12:55 PM|Oleh: Amirah| Komen: 46

Selepas lagu Di Matamu mara ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik, ada ura-ura mengatakan Sufian Suhaimi akan mengundurkan diri dalam bidang nyanyian.

Ini adalah disebabkan selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana, Sufian telah menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.

Foto: IG Sufian
Pasti ini merupakan berita gembira namun benarkah dia akan bersara terus daripada menyanyi?

Menurut laporan berita Kosmo, jika rezekinya dalam bidang pendidikan maka dia tidak akan menolak untuk mengambil peluang ini mengikuti pengajian sepenuh masa dan membina kerjaya sebagai pensyarah.

Namun niat Sufian itu tidak bermaksud dia akan menyambung pengajian dalam masa terdekat. Dia akan beri keutamaan pada apa yang terbaik untuk dirinya dahulu buat masa ini. Lagipun perancangan menyambung pengajian boleh dilakukan bila-bila masa ketika dirinya sudah bersedia.


Dia juga mahu menjadi seorang penghibur yang sentiasa menjunjung ilmu sepanjang perjalanan karier seninya.

Keluarga juga turut menyokong Sufian dan tidak pula meminta dirinya berhenti daripada menyanyi. Apa sahaja keputusan Sufian harap tidaklah mengecewakan peminatnya nanti. Tambahan pula nama dia juga sedang meningkat naik bersama-sama artis baru yang lain.

Hebat Sufian merancang masa depannya. Moga makin ramai artis yang mempunyai pendidikan tinggi. Boleh bantu mendidik pemikiran netizen. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
16
Marah
2
Terkejut
6
Sedih
9
Lawak
5
Bosan
3
Komen: 46
Komen

Previous : Kilauan Bintang Air Mata Tanah Air, Noor Kumalasari

Next       : 7 Artis Alami Perkara Mistik, Kukuhkan Dakwaan Pentas Gegar Vaganza Berpuaka

Komen Terbaru

Quote lifeline 7-11-2018 08:50 AM
ko jadi pensyarah je la pian oii.... ko nyanyii tak sedap ngn suara kepit ko tu

aku x kenan btul dah nama sufian tu sufian la...nak ean ean ean apaa hahahha

tgk cam ismail izzani..rilek je mail mail..

Lain-lain Komen

Quote fushimi 30-10-2018 12:59 PM
ko tak yah nyanyilah pian

baik ko jadi lecture ke sesuai ngan ko


Quote botol_tritan 30-10-2018 01:12 PM
ada phd pun belum tentu jadi lecturer. tapi statement banyak terima tawaran phd tu agak over. dah tentu ler ko kena apply dulu, baru dpt offer letter. cara ckp mcm offer letter tu sembah ratu pulak kat dia. menyampah sgt.

tapi kalau maksud dia lecturer sendiri yg offer buat phd bawah lecturer tu, xleh consider as tawaran lg yek. ko sendiri yg kena apply Uni, baru dpt offer letter. statement xleh blah.
Quote kibodwatriuh 30-10-2018 01:17 PM
botol_tritan replied at 30-10-2018 01:12 PM
ada phd pun belum tentu jadi lecturer. tapi statement banyak terima tawaran phd tu agak over. dah te ...

Exactly, aku pun rasa cam dehel sangat tawaran melimpah mende.
Quote salmon-suki 30-10-2018 02:14 PM
Amek ler phd tu..pstu cari career y btul2 bleh menjamin masa dpn..
Quote pumpkinpatch 30-10-2018 02:18 PM
maklum, antara BBNU dia yg fresh grad kan... selain WANY H. So kena kerek sikit cakap banyak tawaran. Buat PHD ni  kena apply sendiri kan kan kan
Quote raihaneem 30-10-2018 02:21 PM
Better jadi pensyarah...nyanyi tu teruskan utk isi masa trluang..atau masa trluang...mcm cikgu shaari
Quote palmolive 30-10-2018 02:24 PM
raihaneem replied at 30-10-2018 02:21 PM
Better jadi pensyarah...nyanyi tu teruskan utk isi masa trluang..atau masa trluang...mcm cikgu shaar ...

nanti pergi kelas asik ngantuk jek
Quote MeMeimei 30-10-2018 02:26 PM
sambung study je lah pian.
Quote senduhazab 30-10-2018 02:27 PM
eyyy apsal buruk bebenor dia dalam pic ni.... kaylah, kaylah... tak yah la jadi penyanyi. suara ko so so je, rupa pun krik krik

elok ko bersara dik. akak ni nak tengok retis yang kacak & rupawan je
Quote zafira 30-10-2018 02:27 PM
Edited by zafira at 30-10-2018 02:28 PM
botol_tritan replied at 30-10-2018 01:12 PM
ada phd pun belum tentu jadi lecturer. tapi statement banyak terima tawaran phd tu agak over. dah te ...

itulah... statement tak mau kalah mcm offer phd tu dah dalam genggaman dia. cuma pilih mana satu dia nak.. puiii...
Quote ayjay 30-10-2018 02:57 PM
botol_tritan replied at 30-10-2018 01:12 PM
ada phd pun belum tentu jadi lecturer. tapi statement banyak terima tawaran phd tu agak over. dah te ...

Hahahaha kaaaaan?! Takpun reporter bangang yang tak tau, main tulis je.
Quote jelitayu 30-10-2018 03:13 PM
Edited by jelitayu at 30-10-2018 03:53 PM

elok la further study, carik kerja yg menjamin sikt dan cari jodoh yg semenggah dan tak tergedik2. semoga berjaya.
Quote lonso 30-10-2018 03:13 PM
amik phd mmg kene apply.. mgkn ada lecturer yg offer buat bawah dia... tp meols sokng sgt dia sambung..t akyah nyanyi2 dah dik pian...
Quote cmf_blingblings 30-10-2018 03:36 PM
Pian lebih berbakat jd composer
Quote mbhcsf 30-10-2018 03:47 PM
jadi  role model dr fitri haris tu kan ok.
Quote Nenasketum 30-10-2018 03:49 PM
Sora ko pon macam pengkid belum akil baligh, seeloknyerlah.
Tapi, TAPI ko buat lagu sempoi.. Tangkap leleh punyer.. Part tu buleh buat part time.. Lupakanlah bergelumang ngan toilet2 awam macam elfira tu, sangat bazir masa ok dik.
Quote Kambeng_Gurun 30-10-2018 03:52 PM
eloklah tu. ko nyanyi live pun tak sedap.
Quote hudalarva 30-10-2018 03:55 PM
Pian kata beberapa tawaran je kot, mungkin dua tiga orang professor yang approach dia... bukan banyak tawaran... wartawan tanya, dia jawab on the spot... dah kenapa pulak nak triggered
Quote doubleA 30-10-2018 03:55 PM
Sebut phd macam senang, tapi bukan semua org mampu mengharunginya. Dengan azam yg kuat tak mustahil kejayaan boleh dicapai. Good luck pian nak buat apa pun

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057369s Gzip On
To Top