Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kisah Hasnah, Niat Dan Perkahwinan..

22-11-2018 11:47 AM|Oleh: Moxla Othman| Komen: 31

"Kak Nah nak ke mana tu? Laju jalan nya.." Tegur Sabariah sebaik sahaja melihat jiran sebelah rumahnya tergesa-gesa melangkah.

"Nak pergi ke kedai Mak Som tu je..nak cari ikan selayang. Teringin nak makan laksa. Ikan selayang sedap la buat kuah laksa. Haa,dah siap masak nanti Kak Nah suruhkan Mira hantar untuk Sab. Boleh lah rasa laksa air tangan Kak Nah," Ujar Hasnah menjawab pertanyaan Sabariah.

"Oyeke..Baiklah,terima kasih Kak Nah.Hati-hati jalan tu,"pesan Sabariah lagi.

Petang itu Sabariah menyapu sampah di halaman rumah. Daun rambutan banyak luruh. Disapunya semua daun ke semak,terus dicucuh api. Langsung semuanya jadi abu.

Foto: Iluminasi
"Sab,rajin menyapu daun. Pagi menyapu, petang menyapu," laung Hasnah dari pintu dapur rumahnya.

"Daun kering banyak Kak Nah. Semak mata pulak tengok," jawab Sabariah sambil mencakar daun di celah-celah akar pokok rambutan. Dah habis cakar di akar digoyang pula batang pokok rambutan supaya daun kering cepat luruh.

"Sab, Kak Nah nak beritahu, minta maaf la yaa..Kak Nah tak jadi buat laksa. Abang Budin tu la,katanya nak makan gulai kuning ikan campur daun kaduk. Ikan pun tak banyak Kak Nah beli tadi, lewat ke kedai, ikan dah tinggal tak banyak. Lain kali ye Kak Nah masak laksa..Nanti kita makan ramai-ramai atas pangkin bawah pokok jambu. Mesti seronok," panjang Hasnah memberi penjelasan berharap agar Sabariah tidak terasa dengan tindakannya itu.

"Eh,tak apa Kak Nah! Tak ada apa pun..Sab pun bukanlah mengharap sangat. Sab pun boleh masakkan laksa kalau Kak Nah nak.Tapi laksa kuah putih,orang Kelantan panggil laksa lemak," Sabariah menawarkan diri pula untuk jirannya itu merasa air tangannya nanti. Bimbang juga kalau jirannya itu fikir dia ambil hati dengan kejadian itu.

"Wah,tak cakap awal-awal.Kak Nah memang dah lama nak merasa laksa kuah putih tu..Tambah pulak kalau ulam banyak,sekali makan bertambah lagi,"seloroh Kak Nah lega dengan respon yang diberikan Sabariah.

"Betul tu Kak Nah, ni belakang rumah kita pokok serai kayu rimbun elok je,boleh la tu buat ulam. Sab selalu kutip pucuknya,cicah dengan budu.Tak ada ulam selera susah nak datang," bersungguh-sungguh Sabariah bercerita.

Hasnah sedar yang jirannya Sabariah itu merupakan anak jati Kelantan begitu gemarkan budu dan ulam-ulaman. Mereka sekeluarga menjadi jirannya sudah melebihi tiga tahun, mengikut suaminya yang bertugas sebagai anggota polis di negeri sebelah utara ini.


Apa kaitan niat dengan cerita di atas? Ianya bukan berkisar soal laksa mahu pun ulam-ulaman, tetapi ia menggambarkan bagaimana sesebuah niat itu memainkan peranan dalam hidup kita. Kisah Hasnah dan Sabariah tadi memberitahu kita tentang niat sebenar dan apa yang terjadi jika niat yang baik itu tak mampu kita tunaikan.

Dalam konteks kehidupan, untuk melakukan apa-apa yang di ingini kita perlukan niat bagi menentukan hala tuju hidup kita tidak terpesong. Bertambah pahala pula jika niat itu adalah sebuah niat yang baik.Jika kita kaji petikan cerita di atas,Hasnah pada awalnya ke kedai membeli ikan untuk di buat laksa.Di pelawanya jiran yang bernama Sabariah itu untuk merasa laksa yang bakal di masak.Niat yang sangat baik,ikan belum dibeli,laksa belum menjadi,tetapi sudah di pelawa jiran untuk makan bersama.
  
Tetapi usai pulang dari kedai membeli ikan, suami Hasnah pula teringin di jamu isterinya menu lain selain laksa. Hasnah isteri yang solehah, dimasak apa saja yang diminta suami, untuk memenuhi hajat selera si suami. Hasnah juga seorang jiran yang baik, disebabkan perubahan menu masakan yang tidak disengajakan, dimaklumkan kembali kepada Sabariah sambil meminta maaf atas perkara itu.Tidak sangka bahawa Sabariah tidak ambil hati,malah menawarkan diri sendiri pula untuk menyediakan hidangan enak tersebut.

Melalui sketsa kehidupan di atas,kita boleh lihat bagaimana sesebuah niat yang baik itu berfungsi. Niat yang baik sentiasa dibalas dengan kebaikan biar pun tiada dalam senarai harapan kita. Pentingnya kita untuk mempunyai niat dalam setiap pergerakan hidup kita,bertambah penting di sertakan bersama niat-niat yang baik.Niat utama yang paling besar paling afdal dan sewajarnya kita umat Islam amalkan adalah LILLAHITAALA. Kerana Allah. Segalanya kerana Allah.        

            
                                   
Begitu juga dengan perkahwinan. Sebelum berkahwin, cerita pada diri sendiri, bermonolog sesama diri, soal dalam-dalam hati itu tanyakan niat utama apa sebab sebenar untuk melangkah ke alam rumahtangga. Adakah kerana kita melihat ramai kawan sudah ramai hidup berpasangan maka kita juga mengikut jejak langkah mereka walaupun tidak bersedia dari segala segi? Mungkin juga kita sudah bosan dengan pertanyaan daripada saudara mara jiran tetangga mengenai perkahwinan, tentang pasangan hidup. Fahamilah bahawa mulut manusia itu tidak seperti periuk. Jika kita membeli periuk sudah tentu ada penutupnya, tapi mulut manusia hanya tertutup pabila tidur dan setelah nyawa nya di cabut.
                                                                                         
Tugas kita sebagai manusia biasa hanyalah menyediakan sekeping hati yang lapang untuk menangani setiap persoalan.Belajarlah daripada alam.Hati yang lapang ibarat seperti lautan biru yang luas, walau dilempar apa jua yang mendatang, seberat apa pun yang terdampar di permukaan, laut masih lagi laut. Semua yang mendatang serasi di dalamnya, muat terisi malahan tenggelam terus ke dasarnya tanpa di kesan. Begitulah gambaran sekeping hati yang lapang dan tenang.

Demikianlah juga kita sebagai insan biasa. Niat itu wajib ada bagi menjamin kelurusan hala tuju dan mencorakkan kehidupan kita agar berjalan lebih sempurna. Setelah tertanamnya niat, maka bertindaklah mengikut jalan yang diredhaiNya. Niatlah kerana Allah, jiwa tidak lelah, iman payah goyah, dipijak tidak rebah, kerana Dia kita gagah melangkah. Sememangnya kita hidup hanya kerana DIA.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 31
Komen

Previous : Kau Kenal Tak Kau Siapa?

Next       : Tiada Beg, Guna Ketuhar Pun Boleh! Ini Cara Pelajar Protes Peraturan Sekolah

Komen Terbaru

Quote terma2nkondisi2 23-11-2018 11:22 PM
LolaOhLala replied at 23-11-2018 10:48 PM
Alalalaaaa..its okayyy

baguih naw artikel ni tt

next article pelliiisssss

Lain-lain Komen

Quote rospinki 22-11-2018 11:56 AM
niat memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup kita..maupun perkahwinan

niat apa yg tersirat pada awal perkenalan menginjak ke gerbang perkahwinan..tatkala pertama kali bersua dan menyuarakan hasrat

hasrat yg terucap dari lubuk hati aku dulu adalah utk bersama-sama memperbaiki diri dan diberi zuriat utk meneruskan kehidupan lebih bermakna..sama susah senang..bila dia bodo aku tolong dia jadi pandai..sapot dia aku akan lakukan sebaiknya utk dia jadi bijak dan sama2 menjaga aku.

tapi niat itu terhenti disitu..aku kian penat.

sebaliknya org yg kita sapot dan didik jadi bijak semakin bijak menganiyai hidupku
diketepikan harapan ku..jerih lelah ku

aku pun tak salah kan sesiapa..niat aku baik kerana saat itu aku pikirkan setelah kecundang dgn org yg kaya adan bijak apasalahnya aku cari yg miskin dan tak punya apa..aku perlu bersama utk berkorban

aku tak pentingkan diri..aku tak cari yg kaya dan bergaji besar..Allah makbulkan..tapi ujian utk semua..dia tak bersyukur dan aku sudah terima ujian itu..sesungguhnya manusia tidak pernah bersyukur sehinggadia sedar segalanya sudah terlambat.

nak cari lain..nk pasang niat apa pula?
Quote Sang_Pencinta 22-11-2018 11:57 AM
Best. Perbanyakkan lagi artikel macam ni tt
Quote CiliPadiSedap 22-11-2018 12:13 PM
teringat sohai laksa
Quote onexox97 22-11-2018 01:52 PM
niat sahaja tanpa disertai usaha tidak ke mana2
Quote idakamaruddin 22-11-2018 05:05 PM
good job TT..
Quote LolaOhLala 22-11-2018 07:54 PM
rospinki replied at 22-11-2018 11:56 AM
niat memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup kita..maupun perkahwinan

niat apa yg tersir ...

hehe..niat lah seperti last perenggan artikel saya ni.moga anda lebih tabah lebih kuat menempuhi cabaran hidup yang tak lain tak bukan hanyalah ingin menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba.Ingat ,kita sebagai hamba selayaknya di uji
Quote LolaOhLala 22-11-2018 07:56 PM
Sang_Pencinta replied at 22-11-2018 11:57 AM
Best. Perbanyakkan lagi artikel macam ni tt

thank you sisss
Quote LolaOhLala 22-11-2018 07:58 PM


Quote LolaOhLala 22-11-2018 07:59 PM
onexox97 replied at 22-11-2018 01:52 PM
niat sahaja tanpa disertai usaha tidak ke mana2

betul tu
Quote LolaOhLala 22-11-2018 08:02 PM

thank you soi soi much sis moddddd..
Quote MeghanK 22-11-2018 08:07 PM
pandai nya tt menulis..jarang ada artikel ilmiah kat bod ni

good job tt
Quote adila39 22-11-2018 08:15 PM
Suka baca. Terima kasih TT

Niat kita cermin diri kita.
Quote LolaOhLala 22-11-2018 08:35 PM
MeghanK replied at 22-11-2018 08:07 PM
pandai nya tt menulis..jarang ada artikel ilmiah kat bod ni

good job tt

thank you soi muchhh sis ..Allah jua yang memberi ilham
Quote salmon-suki 22-11-2018 08:37 PM
Ku berniat tp tak kesampaian..mungkin lah tiada keikhlasan dan keredhaan di situ?
Quote LolaOhLala 22-11-2018 08:38 PM
adila39 replied at 22-11-2018 08:15 PM
Suka baca. Terima kasih TT

Niat kita cermin diri kita.

same-same sis dila ..betul tu,sebenarnya apa yang di tulis tu lebih kepada diri sendiri
Quote LolaOhLala 22-11-2018 08:48 PM
salmon-suki replied at 22-11-2018 08:37 PM
Ku berniat tp tak kesampaian..mungkin lah tiada keikhlasan dan keredhaan di situ?

hehe..maknanya belum lagi sampai masa yang sesuai.setiap benda dan kehidupan atas muka bumi ni ada garis masa tersendiri,selipar yang kita pakai ada masa dia putus bila dah sampai masa,pokok cili kita tanam sampai masa daun kuning,kemudian tiba-tiba layu,alih-alih berbuah pula dia..percaya dengan setiap apa yang berlaku ade hikmah dan berjuanglah dengan takdir..sampai masa indah akan datang dengan caranya yang tersendiri,seadanya..
Quote noraidil_06 22-11-2018 09:03 PM
Wah ingatkan artikel by cari warrior.
Rupenye fellow forumer.
Nice
Quote LolaOhLala 22-11-2018 09:17 PM
noraidil_06 replied at 22-11-2018 09:03 PM
Wah ingatkan artikel by cari warrior.
Rupenye fellow forumer.
Nice

thank youuu soi much sis moddd..i'm humbled wrote this just for my own,thanks for the compliment
Quote noraidil_06 22-11-2018 10:11 PM
LolaOhLala replied at 22-11-2018 09:17 PM
thank youuu soi much sis moddd..i'm humbled wrote this just for my own,thanks for the  ...

Keep on writting yach.
U r very good at it.

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.056535s Gzip On
    To Top