Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Sudah-Sudahlah Canang Neelofa Bijak Sebab 10A SPM, Buat Orang Keliru Erti Bijak Itu Sendiri"

25-10-2018 02:56 PM|Oleh: Azza| Komen: 90



Neelofa, artis yang sangat hangat diperkatakan era ini, sama ada menerusi kerjayanya, fesyen, kontroversi atau apa sahaja yang dilakukan oleh bekas Dewi Remaja ini selalu menjadi perhatian. Terbaharu, beritanya yang bercuti di vila mega mewah The Muraka, Conrad Maldives yang berharga RM200,000 semalam sangat menakjubkan netizen Malaysia. Apatah lagi Neelofa adalah individu ketiga yang menikmati pemandangan vila bawah laut pertama di dunia ini.

Namun, timbul persoalan dalam kalangan segelintir netizen mengenai kebijakan Neelofa. Kenapa dia sentiasa disebut-sebut sebagai artis bijak, sedangkan dia hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja? Biarpun mendapat keputusan cemerlang 10A, tetapi disebabkan dia tidak menyambung mana-mana kolej, adakah dia wajar digelar bijak? Sepatutnya perkataan ini digugurkan kerana jelas menunjukkan salah faham mengenai istilah bijak tersebut.


Kredit foto: Twitter

Bagi netizen ini, ramai yang menyanjung Neelofa atas kebijaksanaan mengendalikan perniagaan tudung hingga menjadikannya jutawan, itu tidak mengapa. Tetapi untuk mengatakan Neelofa bijak sejak dari awal pembabitan seni hingga sekarang dengan mengusung gelaran 10A SPM sudah tidak lagi relevan sekarang.

Hanya mengambil kursus pendek lakonan di New York bukanlah tiket untuk melabelkan Neelofa bijak, sedangkan ramai lagi artis lain yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tidak dilabelkan sedemikian rupa. Antara artis yang perlu digelar bijak ialah Redza Minhat dan Soo Winci.

Namun begitu, ia mengundang kemarahan netizen lain yang meminta penjelasan mengenai istilah bijak itu sendiri.

Kredit foto: IG

Jika dirujuk maksud bijak daripada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah selalu menggunakan akalnya, pintar, pandai : Orang -tidak akan melakukan sesuatu dengan terburu-buru (Kamus Pelajar Edisi Kedua).



Kredit foto: IG

"Sebab dia kaya, ramai followers, so dia bijak."
Bagi peminat Neelofa, kebijaksaan bukan sahaja terletak pada segulung ijazah semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Kehebatannya menarik perhatian orang ramai dengan fesyen-fesyennya hingga tular menjadikan dia subjek yang sentiasa diperkatakan. Jadi, bijak di sini juga bererti pandai meraih peluang yang ada di depan mata.


Jadi, apa pula pendapat anda? Bijak dinilai hanya dari segi akademik atau nilai hidup itu sendiri? Atau mungkin netizen perlu berhenti mencanang keputusan SPM Neelofa 12 tahun dahulu sebaliknya memfokuskan kebijaksanaanya sekarang?- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 90
Komen

Previous : Netizen 'Speku' Neelofa Bercuti Di Maldives Bersama Hans Isaac. Betul Ke?

Next       : "Tolong Sedekahkan Al-Fatihah Buat Baba Saya" - Wak Doyok

Komen Terbaru

Quote batrishia 27-10-2018 10:11 PM
dia mmg bijak pun ... terutama dalam hal2 sebagai penunggang agama

Lain-lain Komen

Quote JerryJemima 25-10-2018 03:14 PM
Edited by JerryJemima at 25-10-2018 05:05 PM

@Cari-Azza

Tolong la bukak thread yg ada nilai gosip sikit. Bukan main kaut komen2 ntah dari siapa2 dlm media sosial utk jadi modal thread baru.

Mengarut la korang wartawan2 cari ni
Quote Orgkgdukobesi 25-10-2018 03:20 PM
Seniwati Lopa mana ada kekurangan..
Quote Minami2013 25-10-2018 03:20 PM
Ooooo Emmmm Geeeee.... ni je level wartawan cari. Isu basi okayyyyy...  Enough la thread lofa ni. Too much!!!!
Quote armin 25-10-2018 03:22 PM
Bijak la tu dpt 10A. Ingat semua org blh dpt 10A ke? Dia tak sambung study pilihan dia sendiri nak jadi artis. Kalau tak jadi artis mungkin sambung la study.
Quote URUHA 25-10-2018 03:33 PM
Meols stuju dgn maksud kamus dewan tu. Yang penting pandai kawal tindakan & x buat perkara terburu2. Akademik bijak pun tapi slalu buat benda2 yg mengundang hencapan x guna gak
Quote senahsanasini 25-10-2018 03:34 PM
bijakkkknye lahaiii wartawan cari skangg....    kopi pasta je mampuuu???
Quote fliphair8 25-10-2018 03:42 PM
Cite ni lagik....bosannya.....siler usulkan pada kerajaan untuk peralihan pada sustainable environment friendly energy untuk mengurangkan kebergantungan pada minyak memandangkan malaysia 12 jam matahari...tapak pelupusan sampah sistematik seperti jepun/brazil untuk mengurangkan carbon foot print....mandatori bagi bangunan2 pejabat untuk menyediakan daycare/nursery dgn memberi some tax relieve/deduction pada operator/building owner....etc etc etc

Ps- tudung/pelajaran neelofa takde kesan ekonomi sejagat kat rakyat mesia....

Hehhehehhehhehhehehehheh....jangan mare
Quote laksmanabentan 25-10-2018 03:43 PM
alahai... ini pun nak jadikan issue...
next please...
Quote ahnjaehyun 25-10-2018 03:43 PM
   bijak macam acik2 kepam ada degree/ master bagai tapi dok mengepam kat bodgos . gitewwww  bijak  atas kertas . kahkahkah
Quote dinopower2 25-10-2018 03:44 PM
JerryJemima replied at 25-10-2018 03:14 PM
@Cari-Azza

Tolong la bukak thread yg ada nilai gosip sikit. Bukan main kaut komen2 ntah dari siap ...

kan.. brp kali org tegur dah haha
Quote sharlenetexas 25-10-2018 03:45 PM
Lagi 20 tahun masih mahu canang 10A ke?
Quote mixed 25-10-2018 03:45 PM
YA TOHAN

gila gigih wartwan cari nk menang duit rm600
abis semua komen2 kt ig/twitter/fb di copy bt berita
Quote ahnjaehyun 25-10-2018 03:46 PM
ooii , business on9 la ni nak lakukan produk pun terpaksa tumpang populariti  hajjah .    . nak naikkan follower pun kena ada isu berkaitan hajjah .  kahkahkah
Quote ahnjaehyun 25-10-2018 03:47 PM
bodgos kalau tak buka thread hajjah murung 7 keturunan . giteww
Quote friedfishsoup 25-10-2018 03:51 PM
JerryJemima replied at 25-10-2018 03:14 PM
@Cari-Azza

Tolong la bukak thread yg ada nilai gosip sikit. Bukan main kaut komen2 ntah dari siap ...

Cari Azza tu wartawan cari, bukan mod.
Quote zaziot 25-10-2018 03:51 PM
dia ni ada sambung belajar ke memane ke lps spm yg 10A tu?
Quote Nenasketum 25-10-2018 03:53 PM
Lopak ni pads aku sorang pompuan yang sangat boring.
Quote ahnjaehyun 25-10-2018 03:57 PM

Tepek  

43915216_1232236773597923_4330822248720322784_n(1).jpg

43296035_1924629690950642_820158116343261364_n.jpg

43129926_206611836960068_7460217531076656333_n.jpg

44474210_249678425724947_5560478597394758451_n.jpg

43178017_299676537303583_20164179124955484_n.jpg
Quote ayumitan 25-10-2018 04:02 PM
JerryJemima replied at 25-10-2018 03:14 PM
@Cari-Azza

Tolong la bukak thread yg ada nilai gosip sikit. Bukan main kaut komen2 ntah dari siap ...

sila kunjungi bandar capsa , boleh main game seru

Lihat semua komen(90)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046960s Gzip On
To Top