Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lady Gaga Kejutkan Majlis Anugerah Dengan Pengumuman Pertunangan

22-10-2018 11:14 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 29

Majlis makan malam anjuran majalah fesyen Elle, sempena sambutan tahunan Women In Hollywood ke 25 di Los Angeles pada minggu lalu menjadi heboh apabila Lady Gaga yang berucap selepas menerima salah satu anugerah mengumumkan pertunangannya dengan agen bakat Hollywood, Christian Carion, 47. Penyanyi tersebut dan kekasihnya Christian dikatakan telah lama menjalin hubungan tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan umum.


Kredit Foto: Hollywood Life


 

Dalam ucapannya Lady Gaga, 32 mengesahkan gosip yang telah bertiup kencang sejak awal tahun ini. Penyanyi itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sehingga berjaya.' Terima kasih kepada pengurus saya, Bobby Campbell dan semua yang duduk di meja nombor 5, termasuk tunang tersayang Christian' katanya. Lady Gaga juga berterima kasih kepada pengarah Ryan Murphy yang menjadi orang pertama menawarkan watak utama dalam filem kepadanya.


Kredit Foto: Cosmopolitan



Tahun lalu Lady Gaga meluahkan perasaan gembiranya ketika mengadakan sebuah persembahan di New York kerana katanya kehadiran Carino di belakang pentas adalah satu bentuk sokongan kepadanya. Susulan itu gossip mula bertebaran kencang apabila Lady Gaga mula memakai sebantuk cincin permata berwarna pink. Pakar barang kemas menganggar harganya sekitar USD 1 juta (RM4.16 juta). Ketika itu pasangan tersebut mengunci mulut dan tidak membuat sebarang pengesahan.


Kredit Foto: New York Daily News


Selain membuat kejutan pengesahan pertunangannya, Lady Gaga juga mengambil peluang bercakap mengenai beberapa isu yang dianggapnya penting dalam industri hiburan Hollywood seperti sexism di mana layanan buruk sering diterima pelakon wanita.


Merujuk keputusannya memakai suit pada malam itu Lady Gaga berkata ianya adalah simbolik kepada semua mangsa pelecehan sek.sual dalam industri hiburan. 'Sebagai wanita muda, kami sering dipaksa untuk menerima sahaja layanan buruk lelaki terutamanya yang berkuasa, hari ini saya memakai seluar panjang sebagai simbolik kuasa wanita untuk mengatakan tidak' katanya lagi.


Kredit Foto: US Weekly


Sebelum ini Lady Gaga pernah bertunangan dengan model dan pelakon Taylor Kinney, 37, tetapi putus pada tahun 2016 kerana dikatakan tidak sehaluan. Semoga pertunangan Gaga kali ini sampai ke jinjang pelamin. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 29
Komen

Previous : Johnny Depp Terkesan Tuduhan Mendera Bekas Isteri

Next       : Kylie Jenner Disaman Kerana Menciplak Mekap Dan Jenama Orang Lain?

Komen Terbaru

Quote JDT 25-10-2018 02:51 PM
Sang_Pencinta replied at 25-10-2018 12:50 PM
Correct. Tapi ikut wikipedia, Bollywood pun ada remake movie ini.

Manade hits movie yang Bollywood tak buat remake..

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 22-10-2018 11:21 AM
Macam tak sepadan sahaja
Quote akr 22-10-2018 01:12 PM
Majlis makan malam anjuran majalah fesyen Elle, sempena sambutan tahunan Women In Hollywood ke 25 di Los Angeles pada minggu lalu menjadi heboh apabila Lady Gaga yang berucap selepas menerima salah satu anugerah mengumumkan pertunangannya dengan agen bakat Hollywood, Christian Carion, 47. Penyanyi tersebut dan kekasihnya Christian dikatakan telah lama menjalin hubungan tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan umum.


motif tersalah Cristian Carino jadi Christian Carion??
Quote minguk 22-10-2018 03:27 PM
ok la tuuuu
Quote chicozinn 22-10-2018 03:42 PM
da semenggah rupa si gaga..kalu dulu cam bertanduk bagai seriau tengok
Quote mmiki 22-10-2018 04:27 PM
laaa baru 32 ke? baruku tahu
Quote Sang_Pencinta 22-10-2018 05:03 PM
mmiki replied at 22-10-2018 04:27 PM
laaa baru 32 ke? baruku tahu

Nampak tua dari usia kan?

Mungkin sebab imej dia yang macam gothik sikit
Quote orgsepang 22-10-2018 05:13 PM
Baju besar tu kalau lofa yang pakai mesti kena kutuk kan
Quote mmiki 22-10-2018 05:15 PM
Sang_Pencinta replied at 22-10-2018 05:03 PM
Nampak tua dari usia kan?

Mungkin sebab imej dia yang macam gothik sikit

tu laaa.
mat saleh mmg mcm tu kan.
kdg2 mcm x logik plak tgk muka dh berusia, tp umur muda lg.
Quote Sang_Pencinta 22-10-2018 05:16 PM
orgsepang replied at 22-10-2018 05:13 PM
Baju besar tu kalau lofa yang pakai mesti kena kutuk kan

Lofa pakai apa pun mesti tidak kena
Quote Qshah 22-10-2018 05:21 PM
Walaupun muka nampak tua dari usianya...tetapi mukanya sentiasa cantik
Quote borrow 22-10-2018 06:54 PM
Eh deyols nmpk seiras kan? kata org jodoh kuat
Quote borrow 22-10-2018 06:57 PM
ni ha rupa normal kakgaga , dari film baru A star is born.


gaga.jpg

gaga2.jpg

Quote Sang_Pencinta 22-10-2018 07:24 PM
borrow replied at 22-10-2018 06:57 PM
ni ha rupa normal kakgaga , dari film baru A star is born.

Nampak macam girl next door tanpa mekap


Ex fiancee dia dulu terlalu hensem untuk muka Gaga yg biasa2 saja.
Quote borrow 22-10-2018 07:34 PM
Edited by borrow at 22-10-2018 07:36 PM
Sang_Pencinta replied at 22-10-2018 07:24 PM
Nampak macam girl next door tanpa mekap

Memula ai tak percaya gossip Gaga n Taylor kinney . Hawt sgt kowt , takkan lah
Quote marvelez 23-10-2018 05:10 AM
Lady Gaga ni mmg cantik. Sy perasan dia cantik masa MV Bad Romance ada closed up muka dia
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 04:03 PM
marvelez replied at 23-10-2018 05:10 AM
Lady Gaga ni mmg cantik. Sy perasan dia cantik masa MV Bad Romance ada closed up muka dia

Kecantikan beliau ditutup oleh mekap dan imej yang melampau
Quote dauswq 24-10-2018 05:30 PM
harap2 tercalon oscar best actress tahun ni
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 05:49 PM
dauswq replied at 24-10-2018 05:30 PM
harap2 tercalon oscar best actress tahun ni

Best ke A Star Is Born?
Quote dauswq 24-10-2018 05:53 PM

tak tengok lagi. tp rmi pengkritik dan pundits meletakkannya sbg contender utama utk top 5

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048026s Gzip On
To Top