Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tak Perlu Hafal Skrip Berjela, Jadi Mayat Pun Boleh Dapat RM6k Sehari! Siapa Nak?

25-10-2018 01:04 PM|Oleh: The Queen| Komen: 15

Bila kita sebut tentang hobi, pasti kita bayangkan perkara-perkara biasa yang diminati orang lain dan dilakukan pada waktu lapang bukan? 

Hobi yang biasa kita dengar seperti melukis, mengumpul barang antik, kumpul setem dan banyak lagi.

Tapi, tidak bagi lelaki yang berasal dari Ohio ini. Hobinya pelik, unik dan agak menakutkan. Dia gemar berlakon sebagai orang mati dengan merakamkan pelbagai adegan kematian dirinya melalui gambar dan video! Pelik kan?



Menurut Chuck Lamb, 60, pada mulanya hobinya itu sekadar suka-suka dan ingin berjenaka dengan memuat naik gambar-gambar ke laman sosial. Adegan-adegan seram kematian itu nampak betul-betul terjadi dan mula mendapat perhatian ramai.


Kredit foto: Mirror.co.uk


Kredit foto: IMDb

Segala gambar dan video yang dirakamkan dimuat naik ke laman webnya sendiri www.deadbodyguy.com yang mengumpul lebih 50 juta pelawat sejak ditubuhkan pada tahun 2005. 

Chuck meneruskan hobinya itu selepas yakin bahawa dia bakal mendapat peluang menjadi pelakon cerita seram seperti yang dia impikan selama ini. 


Kredit foto: Mirror.co.uk

Dan akhirnya, Chuck berjaya bergelar pelakon dan muncul dalam beberapa siri dan filem dengan melakonkan watak sebagai mangsa pembunuhan atau kemalangan.

Dia telah muncul dalam beberapa rancangan televisyen terkemuka seperti The Late Show with David Letterman dan menjadi popular hanya kerana hobinya yang pelik itu. 

Malah, dia dibayar sebanyak ASD1,500 (RM6131) sehari untuk menjadi mayat dalam rancangan atau filem! Wah, pelik tapi menguntungkan betul hobi Chuck, bukan?


Kredit foto: Mirror.co.uk


Kredit foto: Mirror.co.uk

Isterinya, Tonya memainkan peranan yang penting dalam setiap lakonannya. Dia dan isterinya akan berfikir berjam-jam lamanya tentang adegan yang akan dibuat supaya kelihatan benar-benar realistik! 

Tonya bertindak sebagai jurusolek dan juga jurugambar yang merakamkan adegan 'kematian' suaminya itu. 

Dan kini, setelah lebih 10 tahun aktif menjadi mayat, Chuck mengumumkan persaraannya sebagai 'dead body guy' di laman webnya itu. Dia membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin membeli laman webnya itu atau ingin menyambung legasi 'mayat'nya.


Kredit foto:Deadbodyguy.com

Bolehlah buat sesiapa yang berminat nak berlakon jadi mayat untuk sambung legasi Chuck. Tidak perlu menghafal skrip pun boleh menjana pendapatan pelakon! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
8
Terkejut
8
Sedih
12
Lawak
4
Bosan
7
Komen: 15
Komen

Previous : Kenali Bintang Beladiri Khabib Nurmagomedov, Juara UFC Beragama Islam Yang Pertama

Next       : Dihukum Dengan Renjatan Elektrik Walaupun Hanya Berumur 14 Tahun, Di Mana Keadilan?

Komen Terbaru

Quote kucing02 27-11-2018 05:19 PM
Mimik muka tu yg penting..

Lain-lain Komen

Quote meklalala 25-10-2018 01:10 PM
inilah baru  betul senang buat duit
Quote Mary_jane 25-10-2018 01:44 PM
Macam dalam kelas forensic evidence plak.
Quote zulka 25-10-2018 02:06 PM
mcm best je...
Quote buapakperut 25-10-2018 02:07 PM
watak2 macam ni seswai untuk pelakon kayu kayan mereput
Quote chicozinn 25-10-2018 02:26 PM
cm penah nampak dia berlakon kat csi jadi mangsa bunuh..
Quote pai.kacang 25-10-2018 03:43 PM
menarik dan kreatif
Quote goss79 25-10-2018 03:44 PM
mcm2 ragam manusia nih, janji x kacau org xpelah
Quote insulin 25-10-2018 03:45 PM
Memang agak interesting pekerjaan atuk ni.
Quote Foxey 25-10-2018 05:44 PM
pandai dia beraksi
Quote arm_band 26-10-2018 06:13 PM
wow.... peluang pekerjaan yang paling sesuai untuk biawak2 malaya
Quote dani-rox 27-10-2018 12:41 AM
tingat kartun shinchan selalu bermain sorang2 jd mayat
Quote najib888 27-10-2018 09:51 AM
RM6,000 sehari tu.. Bukan RM1,500 untuk satu drama..
Quote najib888 27-10-2018 09:57 AM
Jadi mayat pun dapat RM6,000 sehari... Ada ka patut jadi watak utama RM1,500?

-Pakcik Jalil Hamid
Quote Supersirap 29-10-2018 12:16 PM
Rezeki hobi dia, doakan yang terbaik sahaja
Quote kucing02 27-11-2018 05:19 PM
Mimik muka tu yg penting..

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045186s Gzip On
    To Top