Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Padah Nak Mata Kelabu, Pandangan Akhirnya Kelabu Selamanya!

19-10-2018 11:02 AM|Oleh: The Queen| Komen: 33

Seperti mana cap jari, warna mata setiap manusia berbeza-beza dan unik. Banyak variasi warna mata manusia di seluruh dunia. Coklat, hitam, perang, kelabu, biru dan hijau. Indahnya ciptaan Tuhan!


Kredit foto: curiousmindmagazine.com

Kerana taksub dengan pelbagai jenis pembedahan plastik dan ingin tampil lebih cantik, selebriti Instagram yang memiliki lebih satu juta pengikut, Nadinne Bruna hampir BUTA selepas membuat pembedahan menukar warna mata.


Kredit foto: SWNS.com

Walaupun pembedahan menukar warna mata tidak dibenarkan di Amerika Syarikat kerana bahaya implikasinya pada mata, Nadinne nekad menukar warna matanya dari coklat kepada kelabu dan pembedahan memasukkan implan dilakukan di Bogota, Colombia.

Nadinne membelanjakan ASD3,000 (RM12243) untuk pembedahan tersebut. Harga itu merupakan harga diskaun untuknya asalkan dia mempromosikan dan menyebarkan kepada orang ramai mengenai pembedahan berkenaan.


Kredit foto: IG Nadinne

Selepas pembedahan itu, mata Nadinne mula meradang, pedih, kemerahan dan gatal-gatal kesan daripada tekanan silikon di dalam matanya. 

Pelbagai rawatan dilakukan termasuk membuang semula implan tersebut, namun semua usaha memulihkan matanya gagal.

Nadinne terpaksa menanggung kesakitan dan penglihatannya hilang 80 peratus di sebelah kanan dan 50 peratus di sebelah kiri. Kerosakan yang dialaminya kekal, malah dia terpaksa melepaskan banyak tawaran model kerana keadaan matanya itu.


Kredit foto: IG Nadinne

Bukan saja matanya bertukar kelabu, pandangan mata juga turut KELABU buat selama-lamanya. Bersyukurlah dengan pancaindera yang dikurniakan buat kita dan jagalah anugerah penglihatan ini sebaiknya. 

Jadikan kisah Nadinne sebagai pengajaran. Berpadalah dalam usaha untuk cantik. Jangan sampai mengubah ciptaan Tuhan.
MENYESAL KEMUDIAN TAKKAN ADA GUNANYA. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
7
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 33
Komen

Previous : Miss Mongolia Bakal Jadi Peserta Transgender Kedua Dalam Final Miss Universe?

Next       : "Badan Saya, Suka Hatilah Nak Buat Apa"-Gadis Lelong Dara, Nak Bayar Yuran Pengajian Dan Bantu Keluarga

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-10-2018 03:26 PM
mata dah cantik... nk ubah2. takde kesian buatmu.

elok la mata dia jd mangsa, dari dia promote kat org lain, x psl2 org lain bodoh g buat jgk then nasib x baik, jd buta. eloklah dia je kena. maklumlah dia instafamous kan, ape dia promote dan buat, nt ramai org ikut.

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 19-10-2018 11:06 AM
bersyukurla mata yg ada, dapat melihat dan berporom
Quote haryatie 19-10-2018 11:12 AM
da elok2 ada mata gi buat mcam2
knpa x guna contact lens jerk
Quote Catpaw 19-10-2018 11:40 AM
           
Quote kikuri 19-10-2018 11:44 AM
pakai contact lens je dah la...
Quote xtahumenahu 19-10-2018 11:59 AM
Ngilu aku tgk mata merah dia
Quote mieymiey 19-10-2018 12:00 PM
Nampak naw jenis yang tak pandai bersyukur.
Bibir pun dah kembang semangkuk.
Quote Artemesiaa 19-10-2018 12:02 PM
Tak pernah bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan maka bakal mendapatlah
Quote chicozinn 19-10-2018 12:27 PM
tengok bibir pun da tau jenis xreti bersyukur
Quote prettyuglybabe 19-10-2018 12:48 PM
selayaknya la.. nak cantik punya pasal..
Quote mizzmimi 19-10-2018 01:14 PM
Memang ada pon prosedur ni kan, apantah namanya, tapi buat ngan pakar mata lah. Kawan aku rabun teruk and beside lasik, this is the other option.

Ni ko buat kat klinik cikai, menempah le.. Pakai contact lens sudeh.. Ko nak kaler pelangi pon buleh
Quote MadameOnion 19-10-2018 03:51 PM
apa ke bangang sangat nak buat pembedahan bijik mata..aku ni nak pakai contact lens pun takut
Quote aHoi83 19-10-2018 03:59 PM
Bulu mata extention dh mcm lembu panjangnya
Quote zaziot 19-10-2018 04:01 PM
adoi takotnye
Quote meklalala 19-10-2018 04:54 PM
Harap harap mek sentiasa bersyukur dgn mata bulat hitam mek ni..phewwww
Quote cikqis88 19-10-2018 07:52 PM
meklalala replied at 19-10-2018 04:54 PM
Harap harap mek sentiasa bersyukur dgn mata bulat hitam mek ni..phewwww

Semoga kita semua bersyukur sentiasa
Quote famri7 19-10-2018 07:56 PM
Kenapa elohim cipta mata ummah kita paling xlawa dlm kaum2 lain.
Quote pokaibanktokyo 19-10-2018 08:22 PM
Warna kelabu rupanya. Aku dok sangka selama ini mata aku yang dua dua bijik serupa itu sebagai warna ungu muda. Wakakaka
Quote pokaibanktokyo 19-10-2018 08:24 PM
famri7 replied at 19-10-2018 11:56 AM
Kenapa elohim cipta mata ummah kita paling xlawa dlm kaum2 lain.

Ummah engko apa ? Sepet ka ?
Quote pokaibanktokyo 19-10-2018 08:27 PM
Usa pun tak berani buat. Lu pegi colombia.  Memang carik penyakit

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044235s Gzip On
    To Top