Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Tolak Imunisasi, Bayi Maut Akibat Difteria

Oleh: Myra Rozi|18-10-2018 01:43 PM Komen: 161
Gara-gara keluarganya menolak sebarang imunisasi, seorang kanak-kanak perempuan 14 bulan di Johor Bahru disahkan meninggal dunia akibat jangkitan difteria.

Kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut, 

Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Oktober dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober.

Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan."

Gambar Hiasan
Berita Harian melaporkan, kanak-kanak itu meninggal dunia pada 15 Oktober akibat difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal."

Buat pengetahuan, penyakit difteria merupakan jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak (farinks/kerongkong), dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

Susulan itu, KKM menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.

Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
14
Marah
12
Terkejut
14
Sedih
14
Lawak
7
Bosan
4
Komen: 161
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 21-10-2018 01:23 PM
kisahkeaku replied at 21-10-2018 12:37 PM
mmglah.skrg pun ckp bila perlu je.tp plg ketara anak2 dia semua kecik2 mcm x cukup zat.bila ada ev ...

Ingat anak2 dia tak vaksin tak perna jatuh sakit.. sakit jgk rupe nyer.. actually kan, kalau anak2 dia jer yg tak amek vaksin, uolls bole jer suggest kat ofis HR jgn kasi anak2 dia join family event. Memang zalim lah, tapi kiter pun kene jage kebajikan anak2 kiter jgk..

Lain-lain Komen

Quote missysissy 18-10-2018 02:05 AM
Anti vaksin..kimesiannya baby
Quote shernazz 18-10-2018 06:20 AM
Kerana mak pak selfish..anak jadi mangsa...
Quote awaynepian 18-10-2018 06:54 AM
adoila...kalau vaksin itu membawa kebaikan lebih dr keburukan..hukum dah jatuh harus...
mak bapak kena pi kelas agama balik..
Quote akusukaq 18-10-2018 07:03 AM
jangan plk takdir yg disalahkan
Quote monsterwife 18-10-2018 07:12 AM
Ramai je I buat bapak perangai mcm babies hutan yg bengap. Geng-geng anti vaksin ni mostly yg educated sbb terlampau pandai Dan ada group mereka yg tersendiri. Rasanya anak yg sekarang dah urban nurul tu kwin kokesen tu x dpt jab rasanya.
Quote aHoi83 18-10-2018 07:14 AM
Kesian pada naseb anak. Makpak bangang gini tknak bg vaksin, ujung2 anak sakit bawak g hospital gak. Kene ade hukuman utk makpak antivaksin ni
Quote dinopower2 18-10-2018 07:27 AM
bengap mcm sohai kepamz haha
Quote meteorspeed 18-10-2018 07:28 AM
nie yg anti vaksin agung agungkan...jenis bodoh yg tak boleh diajar
Quote Oroi8887 18-10-2018 07:31 AM
Bodoh makpaknya
Quote kawahapi 18-10-2018 07:33 AM
Duduk dalam gua la jangan bercampur dengan orang lain!
Quote MissVixen 18-10-2018 07:39 AM
Sama bodoh, degil, kejam macam vegan yang paksa anjing dan kucing jadi vegan jugak.
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 08:06 AM
sudah puaskah hati ibu bapanya?
Quote clarizsa 18-10-2018 08:21 AM
Kesiannya baby
Malang nasib dapat makpak bijak camni
Quote akakdendeng 18-10-2018 08:25 AM
aduhaii...kenapa lah mak bapak nya mcm ni....
Quote minguk 18-10-2018 08:29 AM
inilah akibat kebodohan dan kesombongan ibu bapa!
Quote faraway1 18-10-2018 08:52 AM
smeoga ibubapa ambil pengajaran so next baby vaccin
Quote meklalala 18-10-2018 08:54 AM
parents selfish tahap tak boleh bawak berbincang ni..menyesal seumur hdup!

takpe baby syurga tempatmu anak..live happily there
Quote chazey 18-10-2018 08:56 AM
Selayaknya mati.

Tapi mak pak anti vax harus tak insof kan. Harus korang tetap kata 'ale berape je bebudak tak vaksin yang mati berbanding bebudak vaksin yang mati', kan? Akak tau di porum ni pun ada abang2 akak2 anti vax tegar. Syukur la jika anak korang tak mati macam adik ni. If mati nanti karna tak vaksin takyah tersedu sedan menangis melolong merempan yah? Korang kan hebat antibodi kuat takyah vaksin pon takpe amalkan pemakanan sunnah je.
Quote leylapple 18-10-2018 09:02 AM
membunuh tanpa niat?

Lihat semua komen(161)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096524s Gzip On
To Top