Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Nak Kahwin Pun Minta Restu Netizen Ke? Apalah BBNU Ni Istikharah Di Socmed"

Oleh: Azza|18-10-2018 01:34 PM Komen: 20

Rezeki, jodoh dan ajal semuanya dalam rahsia yang Maha Esa. Namun apabila remaja sekarang (Budak Baru Nak Up-BBNU) menjadikan soal jodoh hanya dengan meminta pendapat netizen, ia seolah-olah mempermainkan soal jodoh itu sendiri.

Apatah lagi menyatakan jika ianya mendapat restu netizen dan ulang kicau (retweet-RT) dari warga Twitter lebih 5,000 RT, dia akan berkahwin dengan kawan baiknya itu. Status pelajar wanita tersebut telah tular di Twitter dan setakat artikel ini ditulis, jumlah RT telah meningkat pada 8,685.


Kredit foto: Twitter

Hal ini membuatkan ramai netizen berasa marah kerana mempermainkan persoalan jodoh, seolah-olah bab nikah kahwin bergantung kepada penerimaan warga Twitter itu sendiri. Ada juga yang tidak percaya dengan status ini lalu menganggap ia sekadar mahu menarik perhatian ramai netizen dan menjadi popular semata-mata, namun dinafikan oleh empunya diri.


Kredit foto: Carian Internet

Ramai yang menyarankan agar remaja ini membuat sesuatu perkara yang lebih berfaedah seperti solat istikharah, bertanyakan ibu bapa, mengenali hati budi dan tidak menghabiskan masa dengan membuat 'gempar' di laman media sosial sahaja.

Malahan dek kerana status ini juga, segelintir netizen berandaian bahawa perkahwinan itu tidak akan berakhir dengan penceraian, ketika itulah, empunya diri akan menyalahkan warga netizen pula.


Kredit foto: Carian Internet

"Tiada yang mustahil bagi Allah dalam dunia ini, istikharah bolah dijawab dengan pelbagai cara, siapa kita nak mempertikaikannya?"
Itu jawapan Bajilah setelah diasak oleh ramai warga Twitter yang menganggap statusnya sekadar bergurau. Malahan dia yakin bahawa niatnya baik dan jika mendapat doa daripada netizen, kemungkinan itu juga yang ditentukan oleh qadak dan qadar.
Biarpun permintaaanya agak pelik namun ada juga netizen yang menganggap perkara ini dari segi positif malahan menyeru rakan-rakan lain supaya mendoakan yang baik-baik.

Kredit foto: Carian Internet
Seperti biasa, warga Twitter juga tidak gagal apabila menjadikan hal ini sebagai bahan jenaka.

Tidak dapat dipastikan sama ada status ini sekadar bergurau lalu meraih populariti di kalangan netizen atau akan berkahwin berkat doa rakan Twitter. Bagaimanapun, seakan menjadi satu trend BBNU untuk berdoa di laman media sosial dan terbaharu membuat keputusan berdasarkan restu rakan di alam maya. Nampak mudah tapi sebenarnya semuanya ada pro dan kontra. Sama-sama kita nantikan kesudahan kisah kahwin atau tidak pasangan ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
6
Terkejut
7
Sedih
6
Lawak
8
Bosan
7
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 22-10-2018 11:55 AM
stendet la tuh sis...

semua hadap kan RT..
cukup RT, bukak benang..
cukup RT, couple...
cukup RT, kawen..
esok2 plak, cukup RT, cerai..

Lain-lain Komen

Quote meklalala 18-10-2018 01:56 PM
kat twitter ni  merepek betul dengan RT yang entah apa apa..
Quote prettyuglybabe 18-10-2018 01:57 PM
biasa la.. kel
Quote fushimi 18-10-2018 01:58 PM
ni stok stok bbnu miskin bila kawin hadap duit ngan mak bapak

kalau bbnu neh kawin sape sape yang pergi majlis kawin budak ni mohon ko kasi angpau 1 hengget je
Quote Mary_jane 18-10-2018 01:59 PM
Batak rt biasalah sis.
Quote chicozinn 18-10-2018 02:17 PM
batak rt..bbnu sgt
Quote haryatie 18-10-2018 02:38 PM
saja jerk nak tarik perhatian
dr tnya org luar baik tanya parents sendiri
kawin je la dgn sape yg disuka
bukan melibatkan diri kita org pun
bahagia @ x bahagia sendiri tanggung laa..
Quote buapakperut 18-10-2018 02:50 PM
batak rt sangatt.. hentah layak tidak nak kawen
Quote matkpop 18-10-2018 02:57 PM
Memang budak Twitter peel gini eh?
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 03:53 PM
tak masuk akal betul..
Quote L211 18-10-2018 05:09 PM
bodoh xboleh bla... hahahaah BBNU sgt
Quote nishikido 18-10-2018 09:52 PM
Bodoh nyer..buat keputusan hidup berdasarkan retweet.. bodoh yg tak terucap dengan kata2 lah.. memang takde kata2 yg menggambarkan betapa bodohnya beliau.mak bapak dah takde ke chuolls..org2 dewasa sekeliling uolls dah pupus ke..kenapa hadap retweet netizen ni.bodoh ya amat ..lupa cara solat ke nak mintak petunjuk.. bodohnyaaaa..haaa,amek ko.kenyang kena maki bodoh dari i berbakul..
Quote Jorja 18-10-2018 10:01 PM
Kalau ada anak ke adik ke jgn over mengata ya coz fast forward puluh tahun akan dtg entah entah perangai anak u sendiri mcm ni
Quote kawankau 18-10-2018 11:56 PM
batak.jpg

....
Quote puanbintang 19-10-2018 08:00 AM
gile perhatian...merepek la hoiii
Quote nipskacang 19-10-2018 08:19 AM
Bodo2 jugak teenagers skrg eh..  
Quote Foxey 19-10-2018 10:12 AM
waaa... kahwin because of RT? bukan banyak ke considerations perlu dibuat sebelum kahwin?
Quote mieymiey 19-10-2018 10:30 AM
Minah ni sebenarnya memang nak kahwin khennnn?
Saja menggedik cari perhatian kat twitter. Bingai.
Kang tak sampai 5k rt, mula la buat fake account nak rt sendiri sampai cukup 5k.
Quote kyleril 19-10-2018 11:25 AM
makin bangang generasi skrg
Quote renko 19-10-2018 11:48 AM
orang2 xde akal batak perhatian ni xlayak la kahwin
nanti membiak bertambah g spesis2 batak celaka ni sume
elok mandul je kalian

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063668s Gzip On
To Top