Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ini Senarai Lagu Tema Rancangan Kanak-Kanak 90-an. Ada Yang Masih Ingat Ke Tu?

22-10-2018 01:06 PM|Oleh: nameera| Komen: 31

Jika suatu ketika anda masih mengingati rancangan kanak-kanak anda. Adakah anda masih mengingati lagu temanya? Pernah suatu ketika dulu anda sempat menyanyikannya bersama-sama adik-beradik dan rakan-rakan anda.Ayuh! Apa tunggu lagi , mari menggamit kenangan

Ini senarai lagu tema rancangan kanak-kanak 90-an untuk anda mengimbau kenangan. Ada yang masih ingat liriknya, ke tu? 


Kluangman

Bagi kanak-kanak yang pernah membesar pada tahun 90-an, sudah tentu kartun animasi tempatan  ini pernah menjadi kegemaran mereka. Kartun ini mengisahkan tentang dua orang jejaka dari hospital gila,  menyelinap keluar dari hospital pada waktu malam untuk menjadi superhero bagi  membanteras jenayah. Lagu  temanya menjadi salah satu kegemaran untuk kanak-kanak hingga  sekarang pun masih ada yang mengingatinya. Kalau lihat di laman Youtube, anda akan menjumpai segelintir yang cuba membawa lagu ini dengan cara yang tersendiri.

 


Doraemon

Haa! Tidak dapat dinafikan, dari zaman kanak-kanak anda ke anak-anak anda, pasti meminati kartun animasi ini . Ini jelas terbukti apabila kartun bersiri dari Jepun ini menjadi salah satu kartun yang masih ditayangkan di kaca TV Malaysia sehingga ke hari ini.  Tidak mustahil lah, jika anda begitu mengingati lagu temanya disamping mengingati barang ajaib dikeluarkan dari poket Doraemon untuk membantu Nobita yang dalam kesusahan.

 


Sailormoon

Jika kini kanak-kanak perempuan menggemari lagu dan watak Anna Elsa, tidak kurangnya kanak-kanak 90-an. Mereka gemar meniru karakter dalam kartun ini sehinggakan membawa mereka menyanyi bersama-sama sambil membuat gaya Sailormoon saat mendengar lagu temanya. Inilah salah satu kartun menjadikan 5 gadis dengan kekuatan super dari elemen-elemen alam dan tata suria melawan musuh dari kegelapan. 

 

 


Power Rangers

"Go! Go! Power Rangers..." masih terngiang-ngiang intro lagu dari cerita ini. Rancangan ini  merupakan rancangan bersiri kanak-kanak yang pernah ditayangkan di TV Malaysia dengan pelbagi versi. Kepada anda kaki Power Rangers, sudah pasti anda masih ingat  beberapa versi Power Rangers costum yang berbeza tetapi warnanya masih sama. Antaranya, Power Ranger Ninja Storm, Power Rangers: Lost Galaxy dan banyak lagi.  Malah yang paling terkini adalah, filem Power Rangers Shattered Grid.



Scooby Doo

Scooby Doo, kisah seekor anjing yang boleh berbicara bersama-sama dengan 4 remaja telah mengembara dengan sebuah van yang dinamakan "Mystery Machine". Bagi kanak-kanak yang menggemari cerita ini, tentu sahaja mereka mengingati lagu temanya di samping jalan cerita bergenre  misteri yang berkaitan dengan hantu dan kekuatan ghaib yang mana pada akhir setiap episod,  kekuatan ghaib itu ternyata mempunyai suatu penjelasan yang masuk akal.

 


ALONG

Seterusnya, lagu tema dalam cerita ini juga pernah menjadi hafalan kanak-kanak pada suatu ketika dulu. A.L.O.N.G adalah sebuah rancangan dalam bentuk hiburan yang memberi pengajaran dan pelajaran kepada kanak-kanak. Rancangan ini juga menggunakan maskot kucing sebagai daya tarikan. Comel betul bila melihat watak kucing adik-beradik iaitu Along, Angah dan Acik ni. Ada yang rindu dengan lagu A.L.O.N.G ?  Tahukah anda orang di sebalik maskot Along kini merupakan seorang pelakon terkenal? Orang itu adalah Beto Khushairi.



Crayon Shin Chan

Ingat lagi watak kanak-kanak yang nakal ini? Crayon Shin Chan mengisahkan tentang kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai gelagat lucu dalam penggunaan bahasanya yang kadang-kadang salah ,serta perangainya yang nakal. Oleh itu cerita ini pernah memberi kontroversi, kerana ibu bapa menganggap karakter Shin Chan boleh memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka. Apapun lagu temanya masih boleh mengingatkan kita kepada kartun comel ini.

 

Anda  masih ingat lagu tema kartun kegemaran anda, tetapi tidak disenaraikan? Jom share. Inilah masanyanya untuk anda menggamit kenangan... - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
5
Bosan
4
Komen: 31
Komen

Previous : Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

Next       : Diselamatkan Dari Gua, 12 Budak Thai Muncul Dalam Rancangan Temu Bual TV Paling Popular Di Dunia

Komen Terbaru

Quote ciksom 26-11-2018 08:40 PM
cik som suka tander cat. beg sekolah darjah satu ayah beli beg tander cat. ada ketip kat depan. kiri kanan. rasanya beg tu bentuk macam petak dan keras. antah tak tau nak explain. tapi rasa macam hebat ada beg tander cat.

Lain-lain Komen

Quote mieymiey 22-10-2018 01:44 PM
Lagu Frootees mana?

Frootees sahabat setia
Frootees bagai bersaudara
Frootees jadi tauladan semuaaaaaa
Quote hotmak 22-10-2018 02:03 PM
lagu pink panter, rasa semua tau kot
Quote mizruncing 22-10-2018 02:23 PM
bila ingt balik cm kelakar je aku suka giler ngn sailormoon dlu haha
Quote CardiGans85 22-10-2018 03:04 PM
Dengan kuasa bulan akan menghukum mu! Hihi

Lepas ni, kuiz2 yang popular tahun 90an pulak. Banyakkan game show dulu2..
Quote chinta89 22-10-2018 04:21 PM
ak dlu minat Usop Sontorian... dia ade lagu tema ke idok? iols dh x ingat
Quote meklalala 22-10-2018 05:41 PM
Semua layan! Ala skrg takde dah citer tu..dengan Kuasa bulan akan menghukum muuuuu..kampung boy, Tom and Jerry,  dragon Ball,  sailormoon,  power rangers, kluangman, along, doraemon..shin chan tu skrg pun mek layan lagi tapi dah takde tayangan dah kat tv9..huhu..skrg duk ulang upin ipin je tv9 tu..
Quote shernazz 22-10-2018 07:39 PM
Iols.paling igt lagu tema.tv oendidikan
Quote Mary_jane 22-10-2018 08:27 PM
Dimana joe jambul? Host tu acik norzizi zulkifli dah dapat phd sis. Tapi si joe tu sampai ke hari i tak tahu sapa.
Kalau along plak paling i tunggu siti sifir. Meriah dia dengan spek hitam.
Quote RatuDunia94 22-10-2018 10:16 PM
Iols rasa sape yg lahir 80an n awal 90an mmg akan merasa zaman2 cite kartun ni selagi rumah dorang ada tv.. sbb tu je pon hiburan zaman dulu...
Quote heedgags 23-10-2018 08:37 AM
Wajib tgk ceeite di atas..lgu kluang man best kot...npk nye aku pon da tue
Quote whadda 23-10-2018 09:55 AM
semua citer katun kat atas layan dulu2.. skarang anak pulak sambung tengok doraemon.. bergema lagi lagu doraemon dalam rumahku
Quote mawar_mustika 23-10-2018 10:01 AM
ang..ang..doraemon...sampai skrg aku ske dgn kucing robot montel ni
Quote NmeeraR 23-10-2018 10:48 AM
chinta89 replied at 22-10-2018 04:21 PM
ak dlu minat Usop Sontorian... dia ade lagu tema ke idok? iols dh x ingat

Minat jugak.. rasanya  takda
Quote Artemesiaa 23-10-2018 10:53 AM
Thunder cars ngan siti sifir tak da ke
Quote NmeeraR 23-10-2018 11:00 AM
mieymiey replied at 22-10-2018 01:44 PM
Lagu Frootees mana?

Frootees sahabat setia

Frootees
Quote NmeeraR 23-10-2018 11:02 AM
hotmak replied at 22-10-2018 02:03 PM
lagu pink panter, rasa semua tau kot

Pink Panther utk awk...
Quote NmeeraR 23-10-2018 11:13 AM
Artemesiaa replied at 23-10-2018 10:53 AM
Thunder cars ngan siti sifir tak da ke

thunder cars ke thundercats?
Quote DyBBora2 23-10-2018 11:14 AM
Inspector gadgets

She -Ra & boipren dia He-Man
Quote Cyempaka 23-10-2018 11:29 AM
Baca tajuk katun je terus keluar lagunya kat otak. Mmg sebati betul lah

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048237s Gzip On
    To Top