Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ritual Puja Laut Di Palu Tetap Diteruskan, Walau Dibantah Agamawan

Oleh: Myra Rozi|11-10-2018 06:50 PM |Dilihat:4758| Komen: 96
Ritual pemujaan yang berlaku di Palu mendapat perhatian pelbagai pihak.

Walaupun dikritik oleh para agamawan, ia diteruskan bagi memuja 'penjaga laut' dengan cara membunuh haiwan dengan kejam/

CNN Indonesia melaporkan, ia dijalankan semasa Festival Palu Nomini yang berlangsung sejak 3 tahun lalu, diketuai oleh dukun yang menjampi bersama acara tarian daripada penari wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

Foto: CNN Indonesia
Darah kambing dan ayam diambil darahnya dan kemudian dioles pada tubuh mereka yang sakit.

Beberapa hidangan akan dilepaskan ke sungai sekaligus memandikan orang yang sakit.

Ritual ini dilakukan bagi membuang penyakit dan ia dikatakan akan hilang mengikut aliran sungai dan tidak akan kembali lagi.


Foto: CNN Indonesia
Salah seorang penduduk berkata, Dalam hidangan itu terdapat pinang, gambir, tembakau, syiling, kuih tradisional dan beberapa yang lain.  Semua itu akan diharung ke laut.  Dahulu nenek moyang kami kalau ada pesta keraian, pasti semua hidangan ini disediakan."

Seorang ustaz di Palu menganggap upacara ini sama sekali menyalahi adat dan bercanggah dengan hukum Islam.

Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam ini. Ratusan bangkai ayam ditemui sepanjang pantai Talise dari Jambatan Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman.


Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda.

Ketika upacara yang sama dilakukan pada tahun 2016 dan 2017, Palu didatangi dengan hujan lebat dan angin kencang.  Selain itu, pengunjung dihanyutkan ombak serta memusnahkan tapak khemah. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 95
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote L211 13-10-2018 04:47 PM
kenapa masih amalkan perkara syirik ni... indog tol laaa

Lain-lain Komen

Quote zulka 11-10-2018 09:33 AM
hmmm..nak minta pupus terus ke apa
Quote sna_mh 11-10-2018 09:37 AM
Tak ambil iktibar dari bencana yang berlaku
Quote buapakperut 11-10-2018 09:38 AM
dewa laut marah sebab juadah tak sedap,penari juga terlalu tua. ccccashhhh
Quote namirulmukminin 11-10-2018 09:41 AM
Elok Allah lenyapkan terus je depa tu mcm bangsa sodom... Bodoh takleh nak ajor..
Quote jalfa 11-10-2018 09:41 AM
Hari ni bali kena gempa lagi...yindon memang x paham erti serik ekk...
Quote haryatie 11-10-2018 09:45 AM
Ya Allah..
tp dia org ni bukan Islam kut
kalau Islam x tau la nak kata apa
sengaja mengundang bencana dan kemurkaan Allah
Nauzubillahiminazalik
Quote paz 11-10-2018 09:46 AM
Yang meraikan ritual ni agama islam ke? Kalau islam memang tak patut lah.
Quote haryatie 11-10-2018 09:47 AM
buapakperut replied at 11-10-2018 09:38 AM
dewa laut marah sebab juadah tak sedap,penari juga terlalu tua. ccccashhhh

hahaha..lawakkk
Quote SWORKS27 11-10-2018 09:56 AM
paz replied at 11-10-2018 01:46 AM
Yang meraikan ritual ni agama islam ke? Kalau islam memang tak patut lah.

iyaa..mereka hanya Islam pada nama jaa..amalan depa campur aduk.ikut suka hati depa jaaaa
Quote buapakperut 11-10-2018 10:05 AM
haryatie replied at 11-10-2018 01:45 AM
Ya Allah..
tp dia org ni bukan Islam kut
kalau Islam x tau la nak kata apa


indon islam memang banyak syirik. iols ternampak fb macam dorang wat ritual time gerhana dengan keris2 bergetar segala. ya confirm itu Islam. Minta dijauhkan.
Quote myakayina 11-10-2018 10:29 AM
tak serik2 la dorg ni..
Quote ninja9 11-10-2018 10:34 AM
buapakperut replied at 11-10-2018 09:38 AM
dewa laut marah sebab juadah tak sedap,penari juga terlalu tua. ccccashhhh

hahaha..

Quote whadda 11-10-2018 10:35 AM
terlampau ikut adat keturunan sangat
Quote haryatie 11-10-2018 10:38 AM
buapakperut replied at 11-10-2018 10:05 AM
indon islam memang banyak syirik. iols ternampak fb macam dorang wat ritual time gerhana dengan  ...

isshhhh..da sebati dgn dia org tu yg susah nk buang

Quote mrsT 11-10-2018 10:46 AM
dia org dah kenapa?? adakah mereka tu islam..
Quote helicornia 11-10-2018 10:57 AM
indon..makcik2 kat sana selamba je jual beer dlm tin tepi jalan tapi pakai tudung
Quote saviour_09 11-10-2018 11:07 AM
sebelum @ selepas gempa ni?

tak reti bahasa betul indon2 ni
Quote niena90 11-10-2018 11:08 AM
Laaa ingatkan org Hindu yg buat ritual ni. Hadoiii rupanya Islam, ntah ape2 nak memuja bagai
Quote kucingitam 11-10-2018 11:10 AM
tak serik2...

Lihat semua komen(96)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048629s Gzip On
To Top