Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Bawa Tupai, Penumpang Wanita Dihalang Naik Pesawat

11-10-2018 01:28 PM |Dilihat:219| Komen: 0
Biasanya penggemar haiwan peliharaan akan membawa bersama haiwan kesayangan mereka itu ketika berhasrat ke luar negara. 

Namun adalah wajar meneliti dahulu peraturan setiap penerbangan ketika membeli tiket, ini kerana bukan semua jenis haiwan peliharaan dibenarkan bawa masuk ke dalam kapal terbang. 

Kredit foto: carian internet

Terbaru, WA.Today melaporkan seorang wanita bertindak bawa bersama seekor tupai ketika menaiki pesawat Frontier Airlines dilaporkan terpaksa dikeluarkan daripada pesawat Frontier Airlines Selasa lalu.

Namun wanita tersebut dikatakan enggan keluar dari kapal terbang selepas diberitahu bahawa tindakannya membawa haiwan itu tidak mendapat kebenaran.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Frontier Airlines memaklumkan,  wanita berkenaan sebenarnya tidak memberitahu bahawa haiwan yang dibawanya itu adalah sejenis tupai bermata besar dan ekor berbulu, sebaliknya hanya memaklumkan dia membawa haiwan sokongan emosi sahaja.

"Tikus termasuk tupai, tidak dibenarkan menaiki pesawat Frontier."

"Penumpang itu dinasihatkan oleh polisi syarikat untuk tidak naik pesawat."

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando itu dilaporkan telah mengakibatkan penumpang lain kurang berpuas hati kerana jadual penerbangan tergendala.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049153s Gzip On
To Top