Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tape Sukan, Hanya Lebih Gaya Tanpa Fungsi?

15-11-2018 10:07 AM|Oleh: Kawe Ni Bro| Komen: 19

Kredit foto: www.google.com

Selalu nampak pita (tape) berwarna-warni bertampal-tampal pada tubuh atlet ketika mereka bersukan, cuma ramai masih tak tahu apakah kegunaannya. Bahkan, masih ramai mendakwa ia hanya sekadar gaya tanpa sebarang fungsi. 

Secara jujurnya, pemain atau jurulatih yang tidak begitu mengikuti perkembangan sains sukan agak kurang setuju apabila ada yang mengatakan ia mampu meningkatkan prestasi atlet dan menyangkal bahawa ia adalah perkembangan teknologi sains dalam bidang sukan. 

Antara nada sinis yang sering dilontarkan apabila tape ini dipakaikan kepada seorang atlit, "Eleh, ni gaya je lebih, bukan ada apa pun.

"Dulu-dulu takde pun benda ni, pasukan bola sepak kita sampai juga ke Olimpik.

"Lagenda bola sepak kita, Allahyarham Mokhtar Dahari mana pernah pakai benda ni tapi mat saleh gerun dengan dia," antara respon sinis orang ramai.



Tidak kurang juga dengan nada yang lebih sopan bertanya, "Benda ni berangin ke bila pakai.

"Kenapa pakai sekejap je dah tanggal, macam barang tak elok je," dan banyak lagi pandangan lain tentang tape ini.

Mari kita bercerita serba sedikit tentang tape ini yang merupakan salah satu daripada inovasi hasil perkembangan ilmu sains sukan. 

Dr Kenzo Kase, seorang pakar otot dan saraf dari Jepun merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta tape ini yang dikenali sebagai kinesiology tape.

Namun, nama kinesiology tape ini mula dikenali selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China apabila seorang atlet bola tampar Amerika Syarikat (AS) menggunakannya di bahagian bahu. Walau apa jua yang diperkatakan mengenai tape ini, ia tetap membawa kesan positif kepada atlet itu sendiri terutamanya apabila ia melibatkan bahagian otot. 


Tape ini mampu:

i-    Memperbetul dan menjajarkan kedudukan otot yang sakit
ii-   Mengurangkan kesakitan otot dengan memperbaiki aliran dan peredaran darah
iii-  Meningkatkan tahap keyakinan atlet


Bagaimana kinesiolgy tape ini berfungsi?


Kredit foto: www.bostonbodyworker.com

Kinesiology tape tidak mempunyai rasa dingin, sejuk atau berangin apabila dipakai sepertimana 'koyok', namun yang menjadikan tape ini istimewa adalah corak yang terdapat di belakangnya di mana ia direka bentuk berdasarkan corak aliran darah dan otot dalam anatomi tubuh manusia. 

Tape ini sememangnya bukan sekadar gaya, bahkan ia kini merupakan antara keperluan bagi seseorang atlet sebelum masuk ke medan masing-masing. Tidak hairanlah sehingga kini, begitu ramai atlet menggunakannya dalam pelbagai acara sukan, antaranya Gareth Bale & Alexis Sanchez (Bola sepak), Novak Djokovic dan Li Na (Tennis), Dato Lee Chong Wei dan Jan O Jorgensen (Badminton), Pandalela Rinong (Terjun) serta James Harden (Bola keranjang).

Ada yang sudah pernah pakai tape ini? Kongsikan sedikit pengalaman anda di ruangan komen. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 19
Komen

Previous : Pencemar Nombor Satu Bumi. 8 Fakta Kenapa Anda Perlu Sokong Kempen Anti Plastik

Next       : Minimalism, Gaya Hidup Baru Alaf Kini - Bagaimana Ingin Memulakannya?

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Sebak, Tunku Tun Aminah Menangis Ketika Ziarah Zaibo
"Dulu Rosmah Bangga Wartawan Ambil Gambar Dia, Sekarang..." - Netizen
Suami Isteri Parah Ditetak 'Ninja' Berseluar Dalam
Dah 'Gila-gila' Diet Tapi Berat Tak Turun? Ini 7 Sebab Mengapa Ia Berlaku
Suami 'Kaki Pukul' Melutut Merayu Batalkan Penceraian Di Pejabat Agama
SPRM Dedah Guru Minta Seks, Pelajar Cuba Bagi 'Suapan'
Guru Disiplin Cabul Murid Dihukum Penjara 10 Tahun, 18 Sebatan
Pemain Bola Sepak Berbogel Cuba Sihir Pasukan Lawan
"Jumpa Kondom, Katil Pula Hilang" - Pemilik Homestay Dikecam Kacau Privasi Penyewa
Munafik 2 Tonjolkan Abuja Si Penunggang Agama, Kenapa Tak Kena Boikot Macam Polis Evo 2?
Masalah Duit Dan Cemburu, Lelaki Cekik Kekasih Sejenis Sampai Mati
Lelaki Tiga Isteri Denda Sebulan Tanpa Seks Kalau Buat Kesalahan
AirAsia Hentikan Penerbangan! Ini Respon Penduduk New Zealand
Bayi Dilarikan Monyet, Maut Berlumuran Darah Atas Bumbung Rumah
Penuntut IPTA Dipenjara, Disebat Rogol Kekasih Bawah Umur
Pelajar Sekolah Bunuh Diri Kerana Malu Dipaksa Botak
"Tak Malunya Dah Berhutang PTPTN Minta Free, Miskin Sangat Ke Tak Boleh Bayar RM50?"
Tengah Seronok Keluar Dengan Kawan, Ular Sawa Pula Sesat Dalam Enjin Kereta Aiman Tino
Anak Pengasuh Liwat Budak Lelaki 5 Tahun
Pelik! Bunga Matahari Tumbuh Keluar Dari Dubur Remaja?
Lelaki Jumpa Gambar Dengan Tulisan Aneh Di Tanah Perkuburan Disyaki Sihir Siam
Penipu! Pasangan Kekasih, 'Pengemis' Bakal Didakwa Kaut RM1.7 Juta Derma GoFundMe
Nazrin Terima Ugutan Bunuh Daripada Saudara Dekat, 3 Bulan Sebelum Maut
SKMM Bagi Amaran Kepada Astro Isu Persenda Warna Kulit
"Dia Dah Berani Naik Kepala, Jangan Sampai Peristiwa 13 Mei Berulang..."
"Budak Baru Jangan Poyo Dengan Budak Lama" - Waris Tak Sindir Ben Ladin
"Housemate" Musibat, Sejauh Mana Lagi Tahap Pengotor Mereka Agak-Agaknya?
Bila Manusia Dah Tak Takut Dengan Dosa. Ini 5 Pembunuh Bersiri Yang Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia
Throwback! Perkara Viral Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2018. Mana Paling Best?
Tonton Filem Bambi Dan Dengar Muzik Klasik Sebagai Hukuman, Boleh Berubah Ke?
Himpunan Vending Machine Unik Di Luar Negara! Mesin Pengeluar Seluar Dalam Pun Ada
Anda Hilang Pekerjaan? Ini Cara Mudah Jana Pendapatan Tanpa Perlu Modal Besar

Komen Terbaru

Quote coolie83 16-11-2018 02:49 PM
benda alah ni sangat berkesan untuk mereka yang sakit otot tatkala bersukan - wa guna untuk main bola n selesa pakai bila tampal benda ni kat tmpt sakit...nk tampal pun bukan tampal macam tu je ye..ada pattern/ design yang sesuai ngn tahap kecederaan otot..macam biasa sila rujuk terlebih dahulu doktor yang berkenaan dahulu sebelum guna benda alah ni..

sekian

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 15-11-2018 10:27 AM
Sy ingatka Tape tu sejenis sukan. Tt maksudkan tape otot tu rupanya lol
Quote matchstick 15-11-2018 10:32 AM
Ntah nyer.. Agaknya direct translate sport tape jadi sukan tape... Ingt kan sukan main tarik2 tape td
Quote gerbera.memopad 15-11-2018 11:02 AM
Tak payah la nak translate sekerat2 macam ni. Ingat ada sukan baru nama ta-pe td

Tulis je dalam kurungan mcm ni "Sport Tape"
Quote Artemesiaa 15-11-2018 11:12 AM
Pasti ada fungsinya sebab tu ramai ahli sukan pakai, kalau saja2 nak tepek sana sini buat apa bukan cantik pun kadang
Quote CiliPadiSedap 15-11-2018 11:22 AM
biasa buat balut buku spbt
Quote Orgkgdukobesi 15-11-2018 11:28 AM
Adakah fungsi nya sama seperti Koyok  (heat strip) atau yoko yoko?
Quote LostStar 15-11-2018 11:30 AM
Orgkgdukobesi replied at 15-11-2018 11:28 AM
Adakah fungsi nya sama seperti Koyok  (heat strip) atau yoko yoko?

Saya pernah pakai... tak de rasa berangin apa pon.. dia tahan 3 hari.. dia melegakan otot..
Quote meklalala 15-11-2018 11:35 AM
tak pernah pakai tapi masa jaga atlet gimnas sea games last year memang dorang pakai tape ni..tapi takde yang kaler kaler lah..pakai kaler kulit je..and kawan hiking pun ada jugak yang pakai, boleh try nanti kot..
Quote Nonones 15-11-2018 11:36 AM
I pernah pakai, mmg otot rasa lega sikit.
Quote Orgkgdukobesi 15-11-2018 11:37 AM
LostStar replied at 15-11-2018 11:30 AM
Saya pernah pakai... tak de rasa berangin apa pon.. dia tahan 3 hari.. dia melegakan otot..

Ooo begitu. Thanks utk pencerahan
Quote rosasen 15-11-2018 11:38 AM
ada jual kat farmasi x?
Quote kikuri 15-11-2018 12:28 PM
Nonones replied at 15-11-2018 11:36 AM
I pernah pakai, mmg otot rasa lega sikit.

i ada benda ni tapi tak tau pakai cemana... aci tempek je ke cemana?
Quote Nonones 15-11-2018 12:32 PM
kikuri replied at 15-11-2018 12:28 PM
i ada benda ni tapi tak tau pakai cemana... aci tempek je ke cemana?

Tempek dia ada cara, tak main tempek je. u boleh tgk kat utube, i dulu masa buat physio dorg yang pakaikan. lps tu i pakai sendiri, tgk utube.
Quote cik_sssara 15-11-2018 02:50 PM
Ingat kalau takde fungsi atlet nak sukahati pakai ke?

Dia untuk ototlah. Kami panggil 'K tape' je. Antara kelebihan kenapa ramai atlet lagi suka pakai benda ni berbanding straps & braces adalah kerana ia lagi 'melekat', selesa, dan elastik mengikut pergerakan otot/sendi (full range of motion). Dan dia boleh melekat selama beberapa hari walaupun kena peluh lencun, showers, hujan. Kesannya berbeza mengikut tempat yang ditampal, sebab tu untuk kesan yang terbaik mengikut kondisi masing-masing, boleh rujuk physio untuk tampal kat mana.   

Tapi to me I lagi suka pakai braces. Meskipun oldskool tapi senang, murah, selesa, support.
Quote mieymiey 15-11-2018 03:29 PM
Ta-pe sukan
Quote palmolive 15-11-2018 04:14 PM
tulis la pita sukan..
sama cam yamaha sukan tu
Quote orgsepang 15-11-2018 08:12 PM
Kalau berkebun pun boleh pakai ke? Selalu betis rasa kejang bila pusing keliling tanah sekakang kera di kampung
Quote besarkecik 16-11-2018 10:33 AM
Ada yang pakai utk kelihatan seksi.  
Quote coolie83 16-11-2018 02:49 PM
benda alah ni sangat berkesan untuk mereka yang sakit otot tatkala bersukan - wa guna untuk main bola n selesa pakai bila tampal benda ni kat tmpt sakit...nk tampal pun bukan tampal macam tu je ye..ada pattern/ design yang sesuai ngn tahap kecederaan otot..macam biasa sila rujuk terlebih dahulu doktor yang berkenaan dahulu sebelum guna benda alah ni..

sekian

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.064854s Gzip On
    To Top