Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tragedi Lombong: Pakar Jin Dakwa Dah Soal, 'Belasah', Tangkap Ketua Jin Dan Geng

Oleh: Myra Rozi|11-10-2018 10:57 AM |Dilihat:3195| Komen: 73
Berita enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terkorban pada minggu lepas benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Selain ucapan takziah, ada juga pihak yang mempertikaikan keupayaan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dalam insiden berkenaan.

Terbaru, sebuah kenyataan di Facebook berjaya menarik perhatian, mendakwa apa yang berlaku adalah berpunca daripada gangguan jin di lombong tersebut.

mStar Online melaporkan, pengendali akaun Facebook Rawatan ILahana, Sa'ad Jaafar, 45, menyatakan dia berasa pelik selepas membaca berita kematian tersebut.

Saad (kiri) dan rakannya Azim,Foto: mStar Online
"Setelah terbaca berita dalam talian mengenai insiden itu, saya berasa pelik sebab enam orang anggota mati lemas sekali gus.

"Apa yang saya tahu mereka memang mempunyai kepakaran berenang dan menyelam, saya rasa macam ada yang tak kena dengan mereka.

"Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu," terangnya.

Sa'ad juga mendakwa pihaknya sudah menangkap ketua jin dan ahli-ahlinya sebelum disimpan dalam satu penjara khas yang berada dalam alam ghaib.

"Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari.

"Kami 'belasah' cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terkorban.

"Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas."


Tambah Sa'ad lagi, setiap manusia ada jin mereka tersendiri.

"Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak.

"Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah.

"Bagi yang dah tak ada jin ganggu, untuk elakkan diganggu yang lain pula, kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama."


Saad dan rakannya, Mohd Azim Adam, 47, melakukan tangkapan jin tersebut dengan seikhlas hati dan tidak mengharapkan  balasan apa-apa.

Namun bagi rawatan persendirian, pihaknya akan mengenakan bayaran bermula RM200. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 73
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 13-10-2018 03:13 AM
Jangan suka merayau ..
nanti ketua jin suka


adoi la ..boleh rambang mata kot ketua jin ni nak milih mana satu ..kalo g tengah2 bandar memalam buta .. ramai kutu rayau masa tu


Lain-lain Komen

Quote saviour_09 11-10-2018 11:02 AM
eerrmmm....
start dah
dia mai daahhh dia mai daahhh
Quote kucingitam 11-10-2018 11:02 AM
sudah2 lah menunggan agama tu..
Quote mieymiey 11-10-2018 11:07 AM
kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama


I setuju part yang ni jer.
Quote amisery 11-10-2018 11:10 AM



Quote justchu 11-10-2018 11:11 AM


ades dah mcm indon. jin ke hulu jin ke hilir

Quote buapakperut 11-10-2018 11:32 AM
lahana kevlahanat
Quote fox. 11-10-2018 11:45 AM

havana kot
Quote jofizo 11-10-2018 11:47 AM
dna indon tetap ada.......yg best sempat lg promote

"Namun bagi rawatan persendirian, pihaknya akan mengenakan bayaran bermula RM200"
Quote Andyscenes 11-10-2018 12:02 PM
Next raja bomoh haishh..
Quote moonbug 11-10-2018 12:17 PM
Baca boleh..........
Quote zulka 11-10-2018 12:17 PM
siap ada umur jin lagi..
Quote xy_daen 11-10-2018 12:18 PM
Owg...jin rupanya...ingatkan tak ikut SOP...
Quote EncikRhoma 11-10-2018 12:30 PM
14 juta ekor jin dia lawan macam tu je? hebat
Quote helicornia 11-10-2018 12:38 PM
semua nak menangguk di air keruh
Quote buapakperut 11-10-2018 12:40 PM
EncikRhoma replied at 11-10-2018 04:30 AM
14 juta ekor jin dia lawan macam tu je? hebat

kalah avenger
Quote Victorioussss 11-10-2018 02:00 PM
Adakah jin y ditangkap itu cakap mcm ni?

"Im a genie in the botol u gotta rub me the right way"
Quote FOTHER-MUCKER 11-10-2018 02:03 PM
Tak potong kepala lembu ka? Buat nasi pulut? Hantar pisang dan buahan seperti di Indonesia tu?
Quote myakayina 11-10-2018 02:04 PM
hujung2 promote rawatan persendirian bermula dari rm200...
baideway mana hilangnya mahaguru mat zin tu ek? bersara dah dari dunia perbomohan?
Quote Centurion 11-10-2018 02:05 PM
Victorioussss replied at 11-10-2018 02:00 PM
Adakah jin y ditangkap itu cakap mcm ni?

"Im a genie in the botol u gotta rub me the right way"

But there's a price to payyy bebi

Lihat semua komen(73)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096647s Gzip On
To Top