Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Mati Dalam Kereta

11-10-2018 10:05 AM |Dilihat:3228| Komen: 56
Dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi, pagi semalam.



Memetik Astro AWANI, dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun ditemui sudah meninggal dunia di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya Kampung Jaya Baru, Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai sebuah kereta berwarna putih diletakkan di tepi jalan.

"Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).

"Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak," katanya.


Kredit foto: Astro AWANI

Menurutnya, anggota bomba dipanggil untuk membantu selepas usaha membuka pintu gagal.

Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan luaran dan disahkan meninggal dunia di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang berada di lokasi kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 56
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote whadda 11-10-2018 03:28 PM
bahayanye la hai

Lain-lain Komen

Quote sashasam 11-10-2018 02:22 AM
Mungkin bunuh diri berdua-duaan ? Wallahualam.
Quote tumpanglalu74 11-10-2018 02:46 AM
sashasam replied at 11-10-2018 02:22 AM
Mungkin bunuh diri berdua-duaan ? Wallahualam.

Cinte terhalang kah?  Homai..
Quote merrissa 11-10-2018 04:04 AM
kenapa tayang gaambar mayat ni?....xleh ke blur kan hormat sikit org dah mati
Quote insulin 11-10-2018 04:46 AM
Takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Quote slyfynx 11-10-2018 06:05 AM
X baik le aibkan org dah xde camni
Jgn le upload gmbr jelas2 tunjuk muka mangsa dalam keadaan camtu
Quote zennaya 11-10-2018 06:50 AM
Clearnya pic. X bole kabur tutup muka
Quote awaynepian 11-10-2018 06:52 AM
kesiannya...
Quote faraway1 11-10-2018 07:10 AM
kesian betul, tapi paling tak lupa,
kisah tukang kasut yang bini tengah gandung
dan anak anak meninggal cara camni juga...

sementara tunggu bapak habis menukang kasut,
dorang tunggu, aircond buka, bila bapak sampai,
semua dah meninggal...
sampai sekarang tak lupa kisah tu.. itu sebab kalau keta benti,
buka aircond, memang buka tingkap sikit, sebab phobia
Quote myakayina 11-10-2018 08:25 AM
tengok pic tu nampak mcm sedang tidur lagi padahal sudah tak bernyawa..  takziah buat keluarga arwah..
Quote EvieWanKenobi 11-10-2018 08:45 AM
tumpanglalu74 replied at 11-10-2018 02:46 AM
Cinte terhalang kah?  Homai..

tiba2 aku tergelak kat thread sedih..
Quote buapakperut 11-10-2018 08:45 AM
harap orang2 lain ambil iktibar dari kejadian ni. kalau yang ada anak kecil lagi mudah keracunan.  
Quote nuralisa 11-10-2018 08:51 AM
Alllah .. kesiannya ...
mmg nampak dorg nie nak berehat tidor ...
tpi tidor selama2nya...
salam takziah...
Quote paz 11-10-2018 08:54 AM
Kasihannya, kena ambil tahu benda macam ni. Ramai yang tak pedulik.
Quote mizruncing 11-10-2018 09:10 AM
kesiannyaa. takziah utk arwah. mcm tgh tidur je gayanya
Quote moonbug 11-10-2018 09:17 AM
Sekali tgk mmg nampak normal je ingat tgh tidur. Tak terfikir sebenarnya dah tak ada. Takziah untuk keluarga kedua-dua mangsa.

Kalau kereta tak bergerak dalam jangka masa agak lama, please remember to turn off the aircond atau buka tingkap sikit
Quote pearl.silver 11-10-2018 09:18 AM
Allahu..pergi dalam tido..
I klu travel ngantuk, benti kat rnr bawah pokok, buka sikit tingkap, off enjin semua n tido..
Biasanya pagi la..tengahari rentung kepanasan..
Quote pearl.silver 11-10-2018 09:20 AM
Btw tt
Mereka xsedut karbon dioksida
Itu pokok sedut karbon dioksida
Quote nolya 11-10-2018 09:22 AM
Innalillah..... terkejut mula2 baca tajuk.  Ingatakan Bung tadi, baca balik pelan2  ada perkataan 'edisi', so something had happened at Kinabatangan.  Bukan, bukan Bung.  Panjang umur Bung......
Quote mieymiey 11-10-2018 09:29 AM
Takziah

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093143s Gzip On
To Top