Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Si Cantik Jo-Anna Rampas, Naib Juara Bintang RTM Dilantik Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah

26-11-2018 03:15 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 16

Walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu, bintang ahli politik muda, Jo-Anna Sue Henley Rampas, 29, terus menyinar apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan Negeri Sabah.


Kredit Foto: Facebook


Perlantikan Jo-Annna dan 18 orang Setiausaha Politik baru berlangsung semalam di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disaksikan oleh Ketua Menteri dan barisan menteri kabinet negeri yang lain.


Kredit Foto: Facebook

Sebelum berkecimpung dalam bidang politik, Jo-Anna lebih dikenali sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Kaamatan dan Naib Juara Bintang RTM. Beliau kemudiannya meninggalkan dunia seni dan menyambung pelajaran sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti terkemuka, University of London dan Sarjana Undang-Undang (Masters of Law) daripada University of West England.


Kredit Foto: Instagram


Kredit Foto: Instagram


Selepas bekerja sebagai pegawai undang-undang di Samsung Milk Music selama beberapa tahun, anak kacukan British-Sabah ini kembali ke negeri kelahirannya dan mula terlibat secara aktif dalam pelbagai kegiatan komuniti dan kemasyarakatan di Daerah Kiulu. Beliau kemudiannya dipelawa menjadi Ikon Belia bagi Parti Warisan, sebuah parti di bawah Pakatan Harapan sebelum menjadi calon parti itu pada PRU14 yang lepas.


Kredit Foto: Instagram


Kredit Foto: Instagram
Kredit Foto: Instagram


Dalam majlis perlantikan itu, YAB ketua menteri menggesa semua Setiausaha Politik yang baru untuk setia dan bekerja keras untuk kementerian masing-masing dan Kerajaan Negeri.


Kredit Foto: Facebook

Nampaknya dengan perlantikan ini, Jo-Anna akan terus melupakan dunia nyanyian dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada dunia politik. Semoga berjaya diucapkan! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Miss Mongolia Bakal Jadi Peserta Transgender Kedua Dalam Final Miss Universe?

Next       : Asal-usul Rambut Pendek Puteri Diana Yang Ikonik!

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 07:43 PM
ckenj replied at 27-11-2018 05:57 PM
rampas nama dia jugak..ingt dia rampas jawatan...haiyaa...

Unik kan nama dia? Kalau silap dengar dituruh merampas jawatan ni  

Lain-lain Komen

Quote judicata 26-11-2018 03:22 PM
tertarik dgn komen netizen kat IG dia dgn tun m... 'the person who did nothing for sabah during his 22 years term as 4th PM and you cant deny that'...
Quote umbut 26-11-2018 03:31 PM
X berkelip jate2 tgk dia.. cunnnnn
Quote myakayina 26-11-2018 04:01 PM
so cantik.. selamat menjalankan tugas bah..
Quote buapakperut 26-11-2018 04:31 PM
secretary memang biasanya cantik2 kan
Quote exclusive_vvip 26-11-2018 05:19 PM
dari segi CV iols kagum...tapi dr segi rupa,lawa biasa2 je bagi i...sbb zaman skolah i byk kengkawan yg mix omputih...lagi lawa2 dr jo anna ni...papepun, Congrats!!
Quote Redvelvet3 26-11-2018 08:09 PM
Lawa sungguh orgnya yea
Quote alesandra 26-11-2018 10:11 PM
sapie tu gatai. perlu diingatkan selalu yg  joanna tu bini org
Quote tupaiterbang 27-11-2018 06:49 AM
Pedulik apa dia bini org ka apa.. Janji pancut dalam
Quote unoryah 27-11-2018 08:50 AM
dia ni mix British-Dusun yang fasih berbahasa Dusun

lebih fasih dari org Dusun yang tak da mix langsung
Quote tikusmontok 27-11-2018 09:22 AM
alesandra replied at 26-11-2018 10:11 PM
sapie tu gatai. perlu diingatkan selalu yg  joanna tu bini org

byk skandal ekk dia ni
Quote kakaro940 27-11-2018 09:56 AM

serius joanna ni byk skandal?? klu btl mmg x sgka la..aku sgka bersih org nya
Quote stargazer20 27-11-2018 11:26 AM


Quote stargazer20 27-11-2018 11:26 AM


Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 05:51 PM
LOL itu cyber trooper UMNO punya gossip nak menjatuhkan Joanna masa pilihanraya lah

Tak betul pun semua tu
Quote ckenj 27-11-2018 05:57 PM
rampas nama dia jugak..ingt dia rampas jawatan...haiyaa...
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 07:43 PM
ckenj replied at 27-11-2018 05:57 PM
rampas nama dia jugak..ingt dia rampas jawatan...haiyaa...

Unik kan nama dia? Kalau silap dengar dituruh merampas jawatan ni  

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.050881s Gzip On
    To Top