Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Anak Durjana Penggal Kepala, Kerat Badan Bapa Ditahan Reman 7 Hari

10-10-2018 04:01 PM |Dilihat:377| Komen: 3
Semalam berlaku satu kes pembunuhan kejam membabitkan seorang lelaki yang disyaki membunuh bapanya dengan mengerat badan kepada enam bahagian dan memenggal kepala di Kampung Kanthan Baru di Chemor.

Kredit foto: www.utusan.com.my

Susulan itu, FMT melaporkan suspek dibawa ke mahkamah pada pukul 11.05 pagi tadi dengan diiringi anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan kini dilaporkan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman di bawah Seksyen117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Salwa Jaafar di Mahkamah Majistret di Ipoh.

Lelaki yang diberkas semalam itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kanthan Baru dekat Chemor semalam, mayat, You Su Kim, 74, ditemukan di dua lokasi berasingan dengan kepala, kedua belah kaki dan tangan ditanam manakala bahagian badan pula dibuang dalam lubang pembentungan.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan anak lelakinya sekitar tengah malam semalam sebelum suspek cuba melupuskan mayat bapanya itu dengan cara menanam dan membuang di belakang rumah.

Pemeriksaan polis di lokasi kejadian juga menjumpai kesan darah di dalam salah sebuah bilik selain menemukan sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 10-10-2018 04:55 PM
kesian apaknya.. nyawa melayang di tangan anaknya..

Lain-lain Komen

Quote 234126 10-10-2018 04:15 PM
Dah tua2 nak habis usia dah ujung2 kena habiskan dalam penjara kalau tak habis nyawa dlm tu pun still merempat bila keluar. Best sangat ke high dadah tu uncle? {:smile
Quote Parit.Hilton 10-10-2018 04:26 PM
laaa ingatkan si anak umur 20an. dah dekat 60 dah

kesian si ayah tuuuu
Quote EvieWanKenobi 10-10-2018 04:55 PM
kesian apaknya.. nyawa melayang di tangan anaknya..

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.393578s Gzip On
To Top