Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Wanita Dikecam Kerana Galakkan Muslimah Cabut Hijab

Oleh: Myeonir|10-10-2018 03:44 PM |Dilihat:3636| Komen: 39
Kita selalunya akan menggalakkan orang melakukan perkara baik dan menjadi contoh, tapi lain pula dengan wanita ini apabila sebuah postingnya di Twitter mencetuskan kontroversi. 


Kredit foto: USA Today

Hal ini kerana dia menggalakkan wanita di luar sana untuk membuang hijab.


Kredit foto: Twitter

Dia juga menceritakan perubahannya daripada seorang yang bertudung kepada seorang yang free hair. Lebih memeranjatkan lagi kerana dia mengalu-alukan wanita lain berkongsi mengenai masalah mereka berkaitan isu ini. 

Ramai yang mengirimkan pesanan peribadi (direct message) kepada wanita ini dan menceritakan pengalaman mereka 'menanggalkan' tudung kerana tidak sesuai dengan jiwa.

Antaranya, ada yang menceritakan bahawa mereka dipaksa keluarga mertua untuk memakai tudung dan bukannya atas kehendak sendiri.


Kredit foto: Twitter

Lebih menyedihkan, seorang suami juga tidak terlepas berkongsi masalah membabitkan isterinya yang ingin membuka tudung, tapi takutkan keluarganya.


Kredit foto: Twitter

Ini pula kisah seorang wanita yang dipaksa ustazah di sekolahnya dan dikatakan dia mempunyai banyak dosa kerana tidak bertudung sehingga menyebabkannya trauma.


Kredit foto: Twitter

Ini pula kes wanita yang ingin free hair tapi takutkan tentangan keluarga. Namun, dia membuka tudung secara senyap-senyap apabila bekerja di luar negara.


Kredit foto: Twitter

Rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita yang memulakan thread ini kerana menganggap dia menggalakkan orang lain membuka tudung sama sepertinya. 

Ada juga yang cuba menasihatkan individu terbabit supaya berubah dan menekankan bahawa menutup aurat adalah kerana Allah dan bukannya kerana orang lain.

Apa pendapat anda tentang hal ini? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
4
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kyleril 21-11-2018 01:41 PM
masing masing punya hak untuk follow tuntutan agama. .tp jangan la ajak org lain utk ke arah yang tidak baik, apa salahnya untuk lihat dari segi positif apakah kelebihan pakai tudung.. tak rugi pon rasanya

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 10-10-2018 03:51 PM
ya.. keikhlasan tu penting..
Quote munchkin 10-10-2018 04:22 PM
Sokong je depa ni. Jangan moral policing orang lah.

I hate moral police.
Quote kucingitam 10-10-2018 04:28 PM
ustazah and ustaz should stop labelling people tak bertudung as jahat macam setan. just tell them nicely lah, tak yah lah sampai, eh kau kapir ke tak pakai tudung? eh kau banyak dosa ni..
Quote cmf_premierleag 10-10-2018 04:39 PM
kucingitam replied at 10-10-2018 04:28 PM
ustazah and ustaz should stop labelling people tak bertudung as jahat macam setan. just tell them ni ...

deswai i hates ustaz ustazah ni semua sbb diorg suka menghukum orang lain as if mcm dah komfem je diorg tu sume masuk nurraka jahanam
sbg org yg lg penuh ilmu agama, they should just guide and teach others..bukan menghukum
sbb tu kat tred CI sana ummah liberal suka bahankan lobai lobainita kopam
sbb perangai lobai tu yg suka menghukum
Quote eyansss 10-10-2018 05:16 PM
penunggang agama ni lupa dalam menegur ada adabnya... ni ikut sedap mulut je... aku penah kena masa induction week masa memula join company skang ni... ada one of the trainer dengan selamba je cakap : meh kita satu kelas doakan semoga azian bertudung : selepas baik je kondem orang tak bertudung... i was, wtf la kan...

end of the induction program, selamba aku bagi feedback kat evaluation form and she was nowhere to be seen in any program at our training centre lepas tu... katanya dia kena tegur but she refuse to accept that her action is offensive... lantas dia dah tak dipanggil lagi menjadi trainer...
Quote pokaibanktokyo 10-10-2018 05:17 PM
tudung = kristian = sesat = murtad = bidaah = kafir
Quote handbagpink 10-10-2018 05:31 PM
10years ago, when my ustazah dapat tau anak murid dia yang perempuan free hair luar sekolah dia akan pesan pada kawan-kawan student perempuan tu lebih kurang macam ni, bagitahu si polan tu jangan mengaku saya ni ustazah dia atau dia tu anak murid saya. Saya takde anak murid macam tu.

Fyi, sekolah i wajibkan semua student perempuan islam bertudung.
Quote Genkidesuka 10-10-2018 06:54 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Nk freehair, ikut suka kamulah.  Tp tk pyh la kot ajak org lain buat dosa tu. Tutup aurat kerana Allah, bukan kerana takut org lain.  Yg ustazah (dlm one of the stories) pun, salah sgt caranya... memalukan pelajar mcm tu.  Regretfully, ramai plak tenaga pengajar mcm ni, suka humiliate budak2 depan kwn2 mereka.  But then again, sbbkan dh dewasa, that lady should know better la about her religion n not blaming the ustazah.  

Parents pula kena didik anak n bgtahu kewajipan menutup aurat.  Menutup aurat bukan ayah ibu yg suruh, tp Allah swt yg menciptakan kita yg suruh.   Pastikan mereka faham, betul-betul faham.  Tunjukkan dalil2 dari Al Quran n hadis Rasulullah s.a.w.

My experience dulu, start pakai tudung umur 16 tahun sbb masuk asrama.  Lama2 selesa n suka pakai n later my mum pun mula pakai tudung.  Until today, it's just me n my mum je yg pakai.  My sisters n my SIL semua freehair.  I love them all nevertheless.  Semoga Allah bukakan hati mereka utk menutup aurat dgn sempurna.  When my girls went to primary school, I told them that selagi belum dtg haid tkpa tk bertudung sbb tk wajib.  Bdn masing2 pun masa tu kedingking, flat je depan belakang.  Alhamdulillah selepas baligh, dorang sendiri nk pakai tudung, stokings n hand socks semua.  Semoga Allah tetapkan hati kami di jlnNya hingga saat kami dipanggil pulang kpdNya.  
Quote makita 10-10-2018 07:22 PM
Edited by makita at 10-10-2018 07:25 PM

Sblom meols bertudung, takde reason kenapa masih free hair.  Tapi ada lah jugak berdoa moga dibuka pintu hati utk bertudung sbb tahu itu tuntutan agama.
Alhamdulillah..satu pagi tu....msa nak gi keje secara spontan terus capai tudung. Sejak tu konsisten pakai dan x tanggal dah.
Btw...acik2 tudung yg nak 'berdakwah' tu...kalu agak2 cara berdakwah tu mcm nk hukum yg free hair ni kompom msuk neraka jahanam. Sila cermin diri dulu.
Dan yg free hair pulak jgn lak pegi kempen suruh yg da bertudung tu free hair wpon ramai je org yg bertudung ni ade keinginan nak dandan rambut cantik2.
Quote Lagubestbest 10-10-2018 08:04 PM
hmm.. patutlah nabi pesan bila dajjal muncul, hal pertama ketua keluarga kena buat ialah balik rumah ikat isteri dan anak-anak. Terpulang lah korang, nasib korang korang tentukan sendiri lah, dah besar panjang.
Quote kroit92 10-10-2018 08:59 PM
Genkidesuka replied at 10-10-2018 06:54 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Nk freehair, ikut suka kamulah.  Tp tk pyh la kot ajak org ...

alhamdulillah
aku pun agak pelik dengan post tudung on/ off ni
Allah suruh tutup aurat, bukannya orang lain, Tuhan kita jugak

"This is not me." << so what? masa mula2 belajar solat, kita pun liat. Tapi tu kewajipan, paksa diri.
begitu jugak puasa, dan ibadat yang lain2. liat-liat pun, kena paksakan diri. bersabar.
ada hikmahnya. yang tersurat dan tersirat.

Allah, Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dah tunjukkan jalan. Al-Qur'an sebagai panduan, guidebook.
nak ikut, tak nak ikut, that's up to you kan.

but at the end of the day, when the time comes.
Kau tak boleh salahkan orang lain. Pandai buat pandai tanggung.

dunia sekarang. ditegur salah, tak tegur pun salah. nak apa sebenarnya?
kalau mengaku Islam.
penghujungnya, nanti kita semua bertutup litup jugak. baik lelaki, baik perempuan

bila dah kena KAFAN
Quote bakingsoda 10-10-2018 09:52 PM
menyampahnya dgn ummah nak buat dosa pastu justify dengan meyalahkan orang lain, tak nak pakai tudung diam2 dah la. bg saya spesis yg gigih begini sangat bongkak. patut la dalam hadis kata seorang pon tak masuk syurga kerana amalan tapi dengan rahmat Allah swt. Ada orang mesti rasa tak aci la but amalan banyak2 hujung2 Allah pilih jah sesapa yg Dia nk masukkan dalam Syurga. Tapi logik je sebenarnya sebab Allah Maha Mengetahui, boleh baca apa yg terdetik dalam hati manusia. tengok je la realiti skrg, sesetengah yg alim bangga dengan ilmu amalan sampai mengaibkan orang terang terangan, yang liberal masuk bakul angkat sendiri merasakan hatinya sudah terlalu baik, menutup aurat dianggap personal choice, small matter. setazah2 yg dikeji mmg bongkak jua, TAPI bezanya diorang merendah2kan orang, twittards tu bukan setakat merendahkan orang, hukum tuhan pon di who are yusss kan saje.
Quote chazey 10-10-2018 11:51 PM
Edited by chazey at 10-10-2018 11:53 PM

Ya sis. Jangan la paksa2 orang pakai tudung. Korang born Moslem ini bila berdakwah kat mualaf kemain la kata Islam is easy, but celah mana easynya bila dah paksa2 orang?

Akak teringat kosmet akak. Sangat kasihan tiap kali kelas Islam Dan Isu2 Semasa, musti setaz bahan sheol hinggalah sheol gigih bertudung gi kuliah (je). Pastu bff akak kat U pon, bila kuar campus je sheol free hair, so bila jah naik teksi pakcik Melayu ai is very tak selesa bila pakcik Melayu setat membebel cakap pasal dosa pahala nuraka segala kat sheol karna sheol tak bertudung, as if wanita Moslem free hair ini jahat sangat. Hanjz.

Padehal yang menyundal dengan ex akak SEMUAnya born Moslem bertudung. Gimana tuh?
Quote akudracula 11-10-2018 08:40 AM
ayat paling senang...jangan paksa walaupong wajib....
kite dh bg tahu dosanye dia tak nak ikut dia punye pasal...dia jwb le sendiri...

ni tak sekolahkan bagai2 takutkan mcm2 sudahnye dia ikut tp terpaksa...
Quote makkenits 11-10-2018 09:22 AM
aku senang je.. kalo org x nak buat, jgn dok paksa org tu... just cakap je dosa masing2 sendiri tanggung.. termasuklah ketua keluarga (bapa/ayah) yg x mampu menasihati tanggungan dia..
Quote mawar_mustika 11-10-2018 09:58 AM
aku igt lg time skolah rendah dlu ade sorang class mate aku bangga gile die bertudung dari tahun 1....pastu aku yg xbertudug ni di kejinye kate byk dosa nnt msk neraka...aku blk rmh bg tau mak...mak aku ckp xpe nnt dh baligh br wajib bertudung...aku mmg menyampah gile dgn bdk prempuan tu sbb hari2 duk ckp dosa aku bertambah sbb xbertudung...sampai 1 hari aku bengang aku tarik tudung die..puas hati aku walau kene marah dgn cikgu beberapa thn lps aku terjumpa fb die...free hair siap gambr berpelukan dgn bf lagi...mase kecik takut sgt dosa ble bsr hancusss
Quote mieymiey 11-10-2018 10:27 AM
Nak buat apa, buat la. Tapi rasanya takyah la nak gigih justify gitu gini (iols tak salah, orang lain yang sibuk bla bla bla). Buat dendiam dah la.
Quote tri-max 11-10-2018 10:53 AM
i start bertudung pon lambat, form 3
tp waktu tu proses hormon tgh mencanak2 rasa nk berfashion macam mat saleh
rambut kaler2, skirt fendek-fendek  so bertudung ni on off gitu
anyway skrg aku bersyukur sgt dgn pemilihan bertudung di kala usia remaja
bila da masuk remaja purba ni titik kesedaran tu datang sendiri , bertudung bukan paksaan
ia dtg dgn pakej tauhid, penghambaan, ketaatan..
Quote AznieBunnie 11-10-2018 11:54 AM
mawar_mustika replied at 11-10-2018 09:58 AM
aku igt lg time skolah rendah dlu ade sorang class mate aku bangga gile die bertudung dari tahun 1.. ...

teringat kenalan sekolah. dok kelas agama. sombong. pakai tudung labuh.
kutuk kami yang tak pakai tudung dan berboipreng bagai ni.
8 thn lepas jumpa, pakai baju tutup mana perlu je. tgh nak pi clubbing dgn boipreng.
DeHel sgt org mcm ni. zaman dulu tak pernah rasa, dah tua bangka baru nak up.ceh sgt. hahahha

satu lg, sekolah menengah dulu, semua student wajib bertudung, tapi ada sekor dua cikgu perempuan muslim tak pakai tudung.
bengong!

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057760s Gzip On
To Top