Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Pekerja Bangladesh Ini Menangis Kerana Ibunya Meninggal, Runtun Hati Netizen

Oleh: Azza|10-10-2018 11:15 AM |Dilihat:1244| Komen: 9


Adat orang merantau, memang perlu banyak bersabar serta menyerahkan urusan kepada Yang Maha Esa. Begitu juga dengan pekerja dari Bangladesh ini yang hanya mampu berdoa dari kejauhan apabila mendapat berita ibunya meninggal dunia. Hanya itulah termampu dilakukan oleh setiap perantau, kerana tidak dapat pulang bagi menguruskan jenazah yang tersayang. 

Status ini mengundang simpati ramai netizen lain sekaligus menyeru orang lain untuk tidak memandang hina pekeja Bangladesh. Ini kerana kita tidak tahu sejauh mana pengorbanan mereka meninggalkan keluarga semata-mata untuk mencari rezeki di Malaysia.

Kredit foto: Twitter

"Hanya pada Allah dia mengadu sedihnya."

Menurut Hafizi, pekerja Bangladesh ini juga meminta jemaah untuk membuat tahlil kepada arwah ibunya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia telah dilaksanakan atau belum. Kesedihan ini hanya mampu dirasai oleh mereka yang pernah mengalaminya sahaja. Maklumlah kebanyakan pekerja asing ini datang ke Malaysia di bawah seliaan agen yang menyatakan mereka cuma boleh pulang selepas kontrak dan hutang selesai. 



Kredit foto: Carian Internet
Justeru, ramai juga netizen berkongsi cerita mengenai pekerja Bangladesh ini yang ahli keluarganya turut meninggal ketika mereka bekerja di Malaysia. Betapa mereka terpaksa berkorban hati dan perasaan mendengar berita tersebut. Bagi majikan yang prihatin, mereka akan memberi cuti ihsan untuk pekerja ini menenangkan dirinya.



Di sebalik kesedihan ini, segelintir netizen tetap mengharapkan setiap individu berhati-hati dengan pekerja asing, kerana ada juga yang membuat onar. Tetapi, janganlah disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga.


Kredit foto: Kehidupan daif di Bangladesh membuatkan mereka terpaksa mencari rezeki di Malaysia

"Ia adalah penghambaan zaman moden."

Tidak kira apa bangsa sekalipun, yang membezakannya hanyalah takwa. Warga Malaysia yang bekerja di negara asing ini turut memberi pandangannya.

Jadi, sebelum anda memarahi atau memandang rendah kepada pekerja asing ini, fikir terlebih dahulu situasi mereka. Mungkin mereka tidak biasa dengan kecanggihan teknologi di Malaysia dan itu adalah kesalahan kali pertama mereka. Ini kerana tidak semua memahami apa yang perlu dilakukan dek perbezaan pemikiran negara masing-masing.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 10-10-2018 04:14 PM
bangla so far yg ayah aku kenal, semua ok2.

bangsa lain sorry byk buat hal.

Lain-lain Komen

Quote umbut 10-10-2018 11:31 AM
Pd aku bangla kat malaysia ni ok.. boleh borak2.. diorang ok.. kalau kat stesen minyak or mall, byk bantu dan baik2 je..  yg sombong indon je.. buat mcm negara dia.. eeeeee
Quote Nonones 10-10-2018 11:40 AM
umbut replied at 10-10-2018 11:31 AM
Pd aku bangla kat malaysia ni ok.. boleh borak2.. diorang ok.. kalau kat stesen minyak or mall, byk  ...

Weh betul weh, setakat ni bangla memang ok. ramah pun ramah cuma kdg2 aku sbg perempuan pun takut jugak dgn dorg ni. tp kalau indon mmg hanat perangai, kes2 jenayah pun byk indon ja yg buat.
Quote greantea 10-10-2018 11:57 AM
bangla ni kalo baik, baik sgt. ada jek y pembersih. laki aku selalu jek mkn umah diorg. basuh ayam, sayur mcm kita jugak. kagum diorg sanggup jln kaki berkilometer utk semayang.
Quote makton 10-10-2018 12:14 PM
yg bagusnya bangla ni, time solat jumaat mmg tak missed.

sanggup jalan kaki panas2 & jauh utk tunaikan solat.

Quote EvieWanKenobi 10-10-2018 12:19 PM
tapi ada yang suka ngulat..
kerja malas..
pas tu claim overtime..
Quote CikNano 10-10-2018 01:14 PM
perasaan juga warga bangladesh & pakistan ni syg betul dekat mak mereka
Quote talapia 10-10-2018 01:36 PM
pekerja bangla kt Msia.. memang lelaki je eh? Ada x pompuan dtg Malaysia keje?
Mcm Indonesian kan... lelaki pompuan smua bersepah kt Msia.. So aktiviti sosial dorang susah nak dikawal.
For Bangla pulak... dorang sesama dorang je.. lelaki.. kurang la kot masalah sosial. Entahla kan... Tpi betulla klau Bangla ni... islamik sket.. kt stesen minyak bagi salam... cakap elok2... gi smayang jumaat jalan kaki berderet2... bukan dedekat.. Kalau bebudak bujang kita.. ada motor pon malas gi solat jumaat.
Quote saviour_09 10-10-2018 03:56 PM
aku bangla ni so far ok la gi
takde lg jumpa yg musibat

tapi rohingya
haaaa ni memang menyirap
pantang betul aku
biar pun asal usul sama, rohingya ni memang biadap
Quote chinta89 10-10-2018 04:14 PM
bangla so far yg ayah aku kenal, semua ok2.

bangsa lain sorry byk buat hal.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056458s Gzip On
To Top