Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Awak Orang Kampung, Guna Jalan Kampung"- YB Biadap Terhadap Warga Emas?

Oleh: Azza|9-10-2018 04:20 PM |Dilihat:1947| Komen: 12



Tular di media sosial sebuah video yang membabitkan 'perbincangan' antara YB Pengkalan Batu, Melaka dengan penduduk di kawasannya. Apa yang membuatkan netizen marah ialah YB tersebut, Norhizam Hassan Baktee telah bersikap biadab terhadap penduduk (majoriti adalah warga emas) yang mengadu kepadanya.

Dengan suara kasar, tinggi serta langsung tidak mendengar aduan penduduk setempat menjadikan suasana semakin panas. Antara kata-kata yang berlegar dalam video tersebut ialah "Awak orang kampung, gunakan jalan kampung" - membuatkan ramai yang semakin bengang dengan individu yang baharu bergelar Yang Berhormat ini.




Menurut Hermy, Norhizam menutup jalan di depan rumahnya dengan alasan keselamatan penduduk taman itu, sedangkan itulah jalan yang sentiasa digunakan oleh penduduk setempat selama bertahun-tahun lamanya. Jalan Kampung Sungai Putat itu adalah laluan untuk orang kampung pergi ke surau berhampiran taman tersebut.

Yang sebenarnya ini bukanlah kejadian biadab pertama dilakukan oleh YB Pengkalan Batu. Sebelum ini sudah berlaku isu baja tetapi ia tidak ditularkan. Kemudian ada aduan mengenai isu baja terhadap Norhizam berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.


Kredit foto: Google


"YB : Saya tak nak bercakap dengan orang tak bersekolah"

Tidak hanya dengan suara tinggi, kata-kata yang dikeluarkan oleh Norhizam juga langsung tidak beradab. Apatah lagi kononnya 'berbincang' dengan penduduk setempat yang majoritinya adalah warga mas. Hal ini membuatkan ramai netizen memberi komen yang pedas terhadap tindakannya.

Hal ini turut membuatkan ramai yang menyerang peribadi YB ini.


Selain itu, netizen juga turut marah dengan kata-kata YB yang menyalahkan seorang warga emas, juga pengundi Barisan Nasional kerana tidak mahu memahami situasi tersebut. Walhal, kebajikan penduduk tidak boleh mengira perbezaan parti. Oleh itu, ada netizen mencadangkan setiap calon yang bertanding perlu mempunyai kelayakan pendidikan minimun supaya tidak berlaku kekasaran seperti ini.

Selain itu, mungkin perlu diadakan satu buku khas menjelaskan apa fungsi wakil rakyat yang sebenar, iaitu hamba kepada rakyat, bukannya menyalahgunakan kuasa hingga menyusahkan pengundinya.



"Jenis kurang ajar macam ni, mati kena simen pun orang tak kisah."


Kredit foto: Google

Kejutan budaya bagi mereka yang baru bergelar Yang Berhormat ini perlu dianalisis dan diatasi oleh setiap pucuk pimpinan parti. Mereka perlu diberi pendedahan mengenai komunikasi serta cara untuk menang di hati rakyat setempat. YB tempat anda okey ke? - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mieymiey 10-10-2018 01:16 PM
Babi betul. Rakyat bagi kuasa, terlebih lebih pula kuasanya

Lain-lain Komen

Quote cairel_azlie 9-10-2018 04:54 PM
Dah macam kepala gangster perangai dia...humakaiiiii!!
Quote vasepecah 9-10-2018 05:01 PM
omak aiiiiiii
Quote salmon-suki 9-10-2018 05:06 PM
Abes tu knp org sana still pilih dia time pru aritu?kesian pacik tu..nak g masjid je kot..ape kes YB (yang bodoh) tu sesedap je pggil pacik tu org kg x sekolah..bongkak pny yb
Quote buapakperut 9-10-2018 05:42 PM
dah tua ade hati cuqoq rambut mcm cr7
Quote zie_indah 9-10-2018 09:25 PM
Yb pakatan tepok ajalah..hahaaaa
Quote RatuDunia94 10-10-2018 12:13 AM
X boleh buat jalan alternatif ke?
Cara YB tu mmg kasar la. Masa suruh undi kemain pijak semut pon x mati.
Quote devilito2 10-10-2018 08:19 AM
Anda adalah wakil rakyat bukan wakil parti... sekian...
Quote Sang_Pencinta 10-10-2018 08:32 AM
Tinggi sangat ke sekolah dia sampai menghina orang?
Quote purplebear 10-10-2018 09:31 AM
Korang tengok lah video full. Kesimpulannya 2 2 bangang.
Quote MadameOnion 10-10-2018 12:41 PM
purplebear replied at 10-10-2018 09:31 AM
Korang tengok lah video full. Kesimpulannya 2 2 bangang.

YB dilantik oleh rakyat utk jadi wakil kepada rakyat..kalau bangang la pakcik tu sekalipun yb tak boleh tengking dan maki2 org camtu..masa nak undi kemain lembut gigi dari lidah bila bercakap..bila dah menang..disuruhnya ikut jalan kampung..mana peginya amanah yg diberikan? sebaliknya dapat caci maki..
Quote mieymiey 10-10-2018 01:16 PM
Babi betul. Rakyat bagi kuasa, terlebih lebih pula kuasanya
Quote mieymiey 10-10-2018 01:16 PM
Babi betul. Rakyat bagi kuasa, terlebih lebih pula kuasanya

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055918s Gzip On
To Top