Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'The Star' Digesa Minta Maaf Kepada Dr Mujahid Dalam Tempoh 24 Jam

8-10-2018 11:54 AM |Dilihat:613| Komen: 14
Selain menafikan tajuk laporan yang memetik beliau sebagai berkata bahawa serbuan ke atas premis persendirian yang disyaki menjadi lokasi khalwat atau maksiat akan dihentikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut menggesa syarikat media,The Star memohon maaf secara terbuka.


Kredit foto: http://buletindunia.com

Memetik laporan Berita Harian, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu,  Siti Zulaikha Zulkifli berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.

Tegas Siti Zulaikha, ketika temu bual bersama media berkenaan, menteri terbabit langsung tidak mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada beliau (Mujahid), katanya

"Jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil."

Semalam, akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk No More Moral Policing serta versi online No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid. (Tiada lagi kepolisan moral dan Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid).- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 9-10-2018 09:57 AM
Pencegah maksiat perlu dipilih hanya dari kalangan sukarelawan Muslim yang sudah ada pekerjaan bermakna; yakni produktif dari segi ekonomi. Golongan ini lebih berakal dan sopan. Menggaji individu haprak haprak sebagai pencegah maksiat seperti yang dilakukan sekarang hanya akan menyebabkan pelbagai masalah.  Monyet monyet yang digaji itu bukan saja biadab dari peringkat mengetuk pintu dan memperkenalkan diri lagi, malah mereka akan sentiasa takut kehilangan kerja hinggakan jika mendapati tiada sebarang maksiat dalam bilik yang diperiksa, mereka akan frust tahap gaban dan melatah soalan bodoh bodoh serta memarahi penghuni bilik kerana tidak berkhalwat

Lain-lain Komen

Quote tobby 8-10-2018 12:05 PM
udah x menaku pulak..  u-turn lagi ka mujahid??  walhal atok n mahacai dah sokong mati matian  ..  hehehehe
Quote ahyue 8-10-2018 12:14 PM
x baik sapa u turn cite ni. sapa betul ni
Quote MadameOnion 8-10-2018 12:28 PM
tapi kan ada video statement mujahid ketetas pasal isu ni..i rasa the star tak spin pun
Quote CiliPadiSedap 8-10-2018 12:28 PM
sebelum ni isu lgbt, lepas tu khalwat.  cerdik habis berbanding ahmad maslan
Quote Knowlee 8-10-2018 12:32 PM
MadameOnion replied at 8-10-2018 12:28 PM
tapi kan ada video statement mujahid ketetas pasal isu ni..i rasa the star tak spin pun

Yes, ada video. Taktau la apa dia nak spin lagi.
Quote lkick2113 8-10-2018 12:34 PM
aku sokong no more moral policing lagi.......org kita je yg kononnya nak amal makruf nahi mungkar cara serbu rumah org khalwat...siapa mengajar ntah........
Quote JohnnySins 8-10-2018 12:51 PM
tobby replied at 8-10-2018 12:05 PM
udah x menaku pulak..  u-turn lagi ka mujahid??  walhal atok n mahacai dah sokong mati matian  ..  h ...

"sampai nak panjat" tu ka? wakakakkakakakakkaka
Quote tobby 8-10-2018 01:20 PM
Knowlee replied at 8-10-2018 12:32 PM
Yes, ada video. Taktau la apa dia nak spin lagi.

walaupun ada video menteri ph tetap akan coba spin sampai hancing..  contoh dah byk
Quote tobby 8-10-2018 01:21 PM
lkick2113 replied at 8-10-2018 12:34 PM
aku sokong no more moral policing lagi.......org kita je yg kononnya nak amal makruf nahi mungkar ca ...

mujahid dah nafikan    dia kata akhbar spin
Quote Knowlee 8-10-2018 04:14 PM
tobby replied at 8-10-2018 01:20 PM
walaupun ada video menteri ph tetap akan coba spin sampai hancing..  contoh dah byk

Haha. Kerja dia spin saja.
Quote tobby 8-10-2018 04:49 PM
Knowlee replied at 8-10-2018 04:14 PM
Haha. Kerja dia spin saja.

Tun Mahathir sokong Mujahid.

Tapi Mujahid nafi dia kata apa yang Mahathir sokong.

Jika perkara mudah pun kena spin, apatah lagi hal2 besar lain lg byk la spin
Quote naina 8-10-2018 04:53 PM
Ayat apa dalam video tu sampai kena troll habis dia ni
Quote highcastle 8-10-2018 04:58 PM
tobby replied at 8-10-2018 04:49 PM
Tun Mahathir sokong Mujahid.

Tapi Mujahid nafi dia kata apa yang Mahathir sokong.

Saya tak menyebelahi mana2 pihak, cuma saya agak keliru di mana Mahathir & Majlis Belia Malaysia menyokong kenyataan Mujahid sedangkan dalam masa yg sama Mujahid menafikan pernah keluar kenyataan camtu. Jadi yg mana satu betul ni? Mujahid, Mahathir atau The Star?
Quote pokaibanktokyo 9-10-2018 09:57 AM
Pencegah maksiat perlu dipilih hanya dari kalangan sukarelawan Muslim yang sudah ada pekerjaan bermakna; yakni produktif dari segi ekonomi. Golongan ini lebih berakal dan sopan. Menggaji individu haprak haprak sebagai pencegah maksiat seperti yang dilakukan sekarang hanya akan menyebabkan pelbagai masalah.  Monyet monyet yang digaji itu bukan saja biadab dari peringkat mengetuk pintu dan memperkenalkan diri lagi, malah mereka akan sentiasa takut kehilangan kerja hinggakan jika mendapati tiada sebarang maksiat dalam bilik yang diperiksa, mereka akan frust tahap gaban dan melatah soalan bodoh bodoh serta memarahi penghuni bilik kerana tidak berkhalwat

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092696s Gzip On
To Top