Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Filem Legenda Ini Pasti Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak

9-10-2018 12:23 PM|Oleh: nameera | Dilihat: 2544| Komen: 25


Zaman kanak-kanak adalah suatu kenangan  terindah bagi setiap orang. Tentu sahaja pada ketika itu anda mempunyai drama/filem kegemaran sehingga membuatkan anda lupa atau sengaja tidak belajar atau melakukan tugasan kerana hanya untuk menonton filem/drama kegemaran? Wow, penulis benar-benar memahami bagaimana perasaannya.

Kali ini, penulis akan mengingatkan anda sekali lagi tentang  siri filem/drama yang pernah menyinari hidup anda penuh warna-warni pada suatu ketika dulu. Rasa-rasa yang mana anda sudah banyak kali menonton, tetapi masih tidak bosan juga?


Home Alone (1990)

Filem ini menjadi kegemaran semua kanak-kanak dari filem pertama hinggalah keempat. Bahkan, apabila ditayang kembali pasti anda akan menontonnya banyak kali termasuklah ibu-bapa anda juga turut terhibur dengan teletah Kevin McCallister melawan dua penjahat yang hendak merompak rumahnya.

Haishh! Sudah tentu anda akan ketawa melihat kesengsaraan penjenayah ini apabila Kevin berjaya mengenakan mereka dengan idea kreatifnya. Ia adalah sedikit kesakitan untuk melihatnya, tetapi ia masih benar-benar menyeronokkan untuk ditonton.




Honey, I Shrunk the Kids (1989) dan Honey, I Blew Up the Kid (1992)

Honey, I Shrunk the Kids menceritakan seorang ilmuwan bernama Wayne Szalinski yang membuat eksperimen dengan alat yang dapat memperkecil barang-barang di sekitarnya. Plot bertambah rumit tatkala anak-anak Szalinski dan anak-anak tetangganya secara tidak sengaja mengaktifkan alat tersebut dan membuat mereka menjadi kecil seperti saiz serangga. Bahkan ada serangga yang lebih besar dari mereka. Berikutnya pada tahun 1992, filem yang dihasilkan oleh Disney ini dilanjutkan pula dengan filem yang berjudul Honey, I Blew Up the Kid. Kali ini, Szalinski sekali lagi berjaya menghasilkan eksperimennya. Berbeza dengan filem pertamanya, Szalinski sebaliknya menjadikan anaknya berusia dua tahun sebagai gergasi bahkan setinggi rumah teres!



The Parent Trap (1998)


Tentu anda masih ingat filem yang dibintangi oleh Lindsay Lohan ini kan? The Parent Trap, mengisahkan tentang sepasang suami istri yang bercerai dan masing-masing memutuskan untuk membawa satu dari dua anak kembarnya yang masih bayi. Anak kembar ini kemudian secara kebetulan bertemu lagi setelah belasan tahun berpisah dan berencana untuk mempersatukan orang tua mereka kembali. Malah mereka juga menukar tempat buat seketika, kerana masing-masing terlalu merindukan ibu dan bapa mereka.



Stuart Little (1999)


Filem yang ditayangkan pada tahun 1999 ini,  adaptasu dari novel kanak-kanak pada tahun 1945 oleh E.B White dengan judul yang sama, Stuart Little yang  menceritakan tentang keluarga Little yang memutuskan untuk mengambil anak angkat iaitu seekor tikus putih untuk menjadi 'saudara' untuk anak mereka, George. Meskipun pada awalnya George dan Stuart tidak bersependapat,  mereka akhirnya menjadi sangat rapat dan saling menyayangi. Malah terdapat banyak adegan menarik , salah satunya apabila stuart perlu berdepan dengan kucing kesayangan keluarga ini yang sentiasa mencuba untuk menjamah Stuart.  Bukan itu sahaja, filem ini juga dilanjutkan dengan filem Stuart Little 2 dan Stuart Little 3.  



Chiquititas (2000)


Chiquititas ialah cerita telenovela kanak-kanak dari Argentina. Ia telenovela pertama yang ditayangkan di Malaysia di saluran Astro Ceria dalam dua bahasa iaitu Bahasa Sepanyol dan Bahasa Melayu. Drama ini menceritakan tentang kisah kehidupan sekumpulan anak yatim yang tinggal di sebuah rumah bersama seorang gadis cantik yang manis sebagai penjaga mereka.


Apa yang menarik mengenai drama ini ialah mengenai kisah kehidupan mereka di rumah yang penuh dengan magik di samping pemilik rumah yang penuh bermisteri sehingga membuatkan kanak-kanak ini menyiasat dan mencari jawapan mengenai rumah  ini.  Namun yang lebih menarik  mengenai drama ini adalah lagu dan nyanyian mereka yang semestinya sangat berbakat dan menghiburkam.  Ada yang masih ingat lagu Tilin-Tilin? Cuba dengar di sini. Imbau kenangan zaman kanak-kanak anda. 



Wai Rai High School & Wai Rai Freshy (2001 -2002)


Suatu ketika dulu drama komedi ini amat digemari di samping karakter di dalamnya yang begitu tampan dan cantik membuatkannya menjadi tumpuan remaja-remaja sekolah ketika ia ditayangkan. Bagi drama Wai Rai Highschool , ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kelas paling bermasalah  yang sering membuat prank terhadap rakan-rakan dan guru mereka.  Suatu hari datang seorang guru baru yang sanggup mengambil risiko menggantikan guru-guru kelas yang tidak sanggup untuk menguruskan mereka kerana sebelumnya pernah menjadi mangsa "prank" mereka. Namun dengan ketabahan dan kebijaksanaan guru ba menderu itu,  pelajar-pelajar nakal ini akhirnya  berjaya di ubah.  Mereka juga menjadi  lebih rapat dengan berkongsi minat yang sama iaitu, Muzik.


Setelah itu, drama ini juga dilanjutkan ke musim 2, dengan judul Wai Rai Freshy yang mana masih mengekalkan beberapa  orang pelakon yang sama dan menambah karakter yang baru. Di drama ini, mereka bukan lagi pelajar yang nakal , tetapi masih suka membuat prank kepada  musuh yang sering mengganggu. Dalam drama ini, penulis menjanjikan sesiapa yang pernah menonton pasti merasakan kekuatan persahatan mereka. Sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah persahabatan. Apa kata stand by tisu untuk ke sekian kali bila nak kena tengok part Rye meninggal dunia tu.. Sedeeeehhhhh! 

Opening drama Wai Rai High Schoool

Opening drama Wai Rai Freshy



Meteor Garden I & II(2001)


Sesiapa sahaja pada zaman ini begitu jatuh cinta dengan dramayang mana watak utamanya  sangat kacak dan tampan. Malah setelah kemunculan drama ini, ia telah diangkat kembali dengan pelbagai versi seperti Boys Over Flower (versi Korea), Hana Yori Dango(versi Jepun) dan Meteor Shower (versi Chinese) dan yang terbaru Meteor Garden 2018. Drama menceritakan tentang seorang gadis biasa yang tanpa sengaja telah masuk ke sekolah elit dan bertemu dengan  F4 merupakan 4 jejaka kacak yang bersekolah di situ dan memiliki latar belakang keluarga terkaya. 


Mereka berempat  juga agak ditakuti oleh pelajar-pelajar di situ kerana sikap yang luar jangkaan . Namun kemunculan gadis biasa ini telah mengubah kehidupan mereka dan akhirnya gadis itu sentiasa dilindungi oleh mereka.  Malah dia juga amat dicemburui oleh gadis-gadis. Bahkan cinta antara gadis biasa itu dengan salah seorang jejaka F4 turut di halang oleh ibu kepada jejaka tersebut. Ada yang rindu nak tengok cerita ni tak?  


Yang mana satu jadi kegemaran anda? - CARI 


Sumber : https://www.idntimes.comhttps://mydramalist.com/https://en.wikipedia.org/wiki/Meteor_Shower_(TV_series)


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 25
Komen

Previous : Pakar Sejarah Curi, Jadikan Mayat Kanak-kanak Patung Mainan

Next       : Malangnya Nasib, Macam Tu Je Anak Hancurkan Wang Tabungan Bernilai Lebih RM4 Ribu!

Komen Terbaru

Quote K_Lily 17-10-2018 02:52 PM
besntnya meteor garden!! tapi i lagu suka versi Jepun Hana Yori Dango

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 9-10-2018 12:27 PM
Paling best tgk honey, i shrunk the kids. Mmg kelakar dan best, first time tgk kat tv3. Home alone pun best..kevin!!!
Quote buragazz 9-10-2018 01:33 PM
First 3 tu aku tgk dan best la lain samaada tak tgk atau tak best
Quote aleesyasofia 9-10-2018 01:43 PM
menggamit memori.. rindunya.. nk tgk balik..
Quote delia3003 9-10-2018 02:03 PM
Edited by delia3003 at 9-10-2018 02:04 PM

Teringat pulak kenangan zaman sekolah kumpul duit saku semata-mata nak beli vcd Meteor Garden, lepas tu sorok tak nak bagi mak tau beli vcd tak berfaedah  Minat giler Hua Ze Lei walaupun Vic Zhou tu kayu. Kayu pun kayu ler janji handsome boleh cuci mata Kalau tak silap MG1 tayang kat Malaysia tahun 2003

Home Alone tu dah macam filem 'wajib' tiap kali Christmas
Quote nisako 9-10-2018 02:35 PM
wah mmg mengamit memory ..
Quote dauswq 9-10-2018 03:17 PM
citer ninja jepun tu pun patut masuk dlm list
Quote kivio 9-10-2018 06:37 PM
Wai Rai High School is win haha
Quote NmeeraR 9-10-2018 06:57 PM
kivio replied at 9-10-2018 06:37 PM
Wai Rai High School is win haha

cerita fav saya jugak
Quote munchkin 9-10-2018 06:58 PM
Parent trappppp
Quote lilacomot 9-10-2018 07:50 PM
Back to the future xtersenarai ke
Quote GreenPeas310 9-10-2018 09:04 PM
edward scissorhands
casper
the never ending story
Quote adila39 9-10-2018 10:29 PM
sweet memory ni..all movies best...masa tu la...now tgk balik sure ketawa kot
Quote RatuDunia94 10-10-2018 12:35 AM
Cite Honey I Shrunk The Kids tu dulu seronok je berkumpul adik beradik dpn TV tgok sama2.. pastu esoknya buat review dgn anak jiran2.. oh time flies so fast!
Quote kroit92 10-10-2018 01:29 AM
masa sekolah menengah, asal lalu depan tv je, mesti adik2 tengah tengok wai rai dengan chiquititas tu. yang adik kecik dok nyanyi tilin-tilin non-stop.. yang adik baru puberty, dok cari laki hensem kat tv

zaman takde smartphone.. memang tv la budak2 cari

bukan rindu nak tengok rancangan2 ni
tapi rindu zaman takde smartphone.
macam lively je interaction dengan orang waktu tu

sekarang ni tengah bersembang, mesti ada sorang dua ngadap phone
sedih
Quote oak.balustrade 10-10-2018 01:55 AM
Jumanji pun best! Very thrilling & hilarious. Back to the future takde ke TT? Itu 1st time iols tgk movie curi2 dgn geng sekolah iols. Ahhh those were the days...
Quote oak.balustrade 10-10-2018 01:57 AM
dauswq replied at 9-10-2018 03:17 PM
citer ninja jepun tu pun patut masuk dlm list

Ninja jepun yg mana uols?
I suka cerita maero attack tu. Tak pernah miss ;)
Quote NmeeraR 10-10-2018 09:04 AM
oak.balustrade replied at 10-10-2018 01:55 AM
Jumanji pun best! Very thrilling & hilarious. Back to the future takde ke TT? Itu 1st time iols tgk  ...

Yezaaa .Jumanji pun best....
Quote mawar_mustika 10-10-2018 10:19 AM
btul2 mengimbau kenangan cerita2 ni....dlu minat gle dgn vic @ hua zhe lei dlm meteor garden tu sbb crush zmn sekolah dlu ade iras2 die
Quote azradila 10-10-2018 10:24 AM
power rangers, shin chan n sailormoon

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046212s Gzip On
    To Top