Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Beg Selalu Lebih Muatan? Ini 4 Trick Yang Traveler Boleh Cuba..

11-10-2018 11:50 AM|Oleh: faizal | Dilihat: 911| Komen: 10

Satu masalah yang seringkali dialami bila melancong atau bercuti ialah masalah beg terlebih muatan apabila hendak berkemas untuk balik. Apa tidaknya, semasa bercuti macam-macam buah tangan hendak dibeli untuk diri sendiri, keluarga dan juga sahabat handai sehinggakan tidak sedar apa yang dibeli sudah melebihi muatan maksimum beg sendiri.

Berikut antara tips dan trick yang anda boleh cuba untuk mengelakkan beg anda terlebih muatan serta dapat memaksimumkan ruang yang ada di dalam beg anda.

1. Pakai pakaian yang paling berat, jangan simpan dalam beg

Sebenarnya anda boleh memakai seberapa banyak dan berat pakaian yang boleh. Pihak pemeriksaan di lapangan terbang tidak boleh menghalang anda untuk memakai seberapa banyak lapis baju yang anda pakai.

2. Pastikan beg anda mudah untuk dicari

Kehilangan beg semasa bercuti ataupun pulang bercuti sudah pasti amat merisaukan kita. Jadi, bagi memastikan beg anda mudah dicari, pastikan anda meletakkan sehelai kertas yang mengandungi nama, nombor telefon dan juga maklumat penerbangan. Maklumat ini akan membantu anda untuk mencari semula beg anda jika beg anda hilang.

3. Jangan letakkan alamat penuh rumah anda pada tag beg anda

Meletakkan alamat penuh di tag beg anda adalah sangat bahaya. Anda harus ingat alamat penuh rumah anda jika diketahui oleh orang yang tidak diingini sudah pasti akan membahayakan dan mengancam penghuni rumah dan keluarga anda. Adalah lebih baik jika anda letakkan alamat pejabat tempat kerja anda.

4. Bawa beg tambahan untuk hadiah dan cenderahati

Cari beg yang boleh anda bungkus di dalam beg lain supaya anda boleh mempunyai lebih banyak kapasiti dalam perjalanan pulang nanti.

Kredit : The Insider

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Previous : Inilah Rahsia Sebenar Gunung Soputan Di Sulawesi..

Next       : Penuhkan Tabung Anda Cepat, 10 Lokasi Di Paris Buat Ramai Tak Sabar Nak Terbang Ke Sini

Komen Terbaru

Quote ayjay 14-10-2018 06:11 PM
Tak boleh hampeh lagi ke artikel ni?

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 11-10-2018 12:12 PM
Dah lama amalkan semua tu tiap kali gi overc
Quote harkktuih 11-10-2018 12:35 PM
dari 4 point yg diberi, hanya 2 jer relate pada tajuk..
Quote umbut 11-10-2018 12:36 PM
Baju gulungkan kecik2
Quote lumie 11-10-2018 01:36 PM
Apo bondo tips tak kena tajuk....
Quote nisako 11-10-2018 02:16 PM
tip biasa je ni..
Quote airisa 11-10-2018 03:25 PM
2 tips je yg kena dgn tajuk .. duhhhh ... mcm mana la boleh jadi penulis berbayar utk cari
Quote merrissa 12-10-2018 02:24 PM
jenuhhh la nk pakai baju berlapis2

lagi2 kalo kat airport dubai ka qatar ke ...panas yg hamat

lepas tu dh la jauh nak jalan time nak boarding nya

xpon pakai time nak timbng beg jer..then bukak ......wakakakkakakakaka
Quote leyassi 12-10-2018 04:05 PM
Ahaha, gigih click link sb nak baca tips. Sekali aih, mcm x kena je dgn tajuk. hahaha
Quote korokure 14-10-2018 07:49 AM
saya bawak minimal baju, kalau sempat basuh dan keringkan. kurang sikit berat beg

https://www.malaysiatravelforum. ... save-your-bag-space
Quote ayjay 14-10-2018 06:11 PM
Tak boleh hampeh lagi ke artikel ni?

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049227s Gzip On
To Top