Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Burger Ala-ala McDonalds Homemade - Mudah Pula Tu

8-10-2018 11:42 AM|Oleh: faizal | Dilihat: 837| Komen: 8

Burger! Siapa yang tak suka? Kadang kala malam-malam buta pun boleh juga layan sebiji burger untuk makan lewat malam. Lagi menarik sekarang ni banyak restoran makanan segera yang dibuka 24 jam. Tidak kira waktu dan masa, bila-bila kita boleh menikmati burger.

Nak lebih umph? Apa kata buat sendiri burger. Resipi yang dikongsi oleh Shafique Shahareen ini mendapat perkongsian ramai di laman sosial selain mencipta resipi daging burger, dia turut menghasilkan resipi sos istimewa bagi melengkapkan rasa sempurna burger ini. Burger tersebut dibuat untuk isteri tersayang, perkongsian secara santai namun dia tak sangka ia boleh menjadi viral.


Macam mana nak cerita iya. Ok macam ni, wife saya sekarang ni pelik sikit.Dulu beliau peminat tegar burger McD. Tapi lepas je saya buat burger home made ni, minat beliau terhadap McD kian memudar.Ini yang merisaukan saya.Bila kami jalan depan restoran McD, beliau buat donoo je.Selalunya dah melenting-lenting dah suruh singgah.Korang tengok la ye sama-sama bahan-bahannya dekat bawah ni.Khas untuk suami yang tak de keje nak buat time cuti.

Bahan-bahan:

(Perapan Daging)

800gram daging kisar Ramly
Dua sudu lada putih
Satu sudu kecil lada hitam
Setengah kiub stok daging
Satu sudu besar sos worcestershire
4 ulas bawang putih (hiris/cincang)
2 biji bawang merah (hiris/cincang)

(Sos Istimewa)

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar sos worcestershire

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam daging kisar dan gaul sebati.


2. Bahagikan daging tersebut kepada beberapa bahagian, bergantung pada ketebalan daging burger yang diingini.


3. Lapikkan dengan plastik atau baking paper, leperkan ia seperti bentuk daging burger.


4. Lapiskan secara bertindih (seperti dalam gambar) bagi memudahkan untuk memasak.


5. Boleh juga terus digoreng atas kuali.


6. Sementara itu, untuk menghasilkan sos istimewa pula, hanya perlu campurkan bahan-bahan tersebut dan kacau rata.


Bolehlah masak burger seperti biasa. Tambahkan dengan keju, sos istimewa, sayur-sayuran seperti kobis, timun jeruk, tomato dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.



Siap! selamat mencuba! - CARI 

Kredit : Shafique Shahareen Via Vi Wanita

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 8
Komen

Previous : Segarnya! Air Rebusan Kacang Hijau Dan Halia, Atasi Lenguh Dan Bisa Badan

Next       : Nasi Lebih Boleh Buat Keropok? Ini Resipinya

Komen Terbaru

Quote makciktijah 11-10-2018 11:41 AM
makcik rajin buat beger tp cincang sndiri tenderloin pakai mincer.  roti beli kat bakeri village grocer, 4 bijik rm5 atas penuh bijan. pastu makan kekonon beger premium. kalau beger pakai minced meat ramly or saudi or beger readymade, makcik beli roti beger biasa je.

skrg sume kena buat sndiri. nk gi makan kat beger bakar ke fuelshack ke mahal kemain. harga sebijik beger dia da boleh beli daging buat 3-4 keping patty da.

Lain-lain Komen

Quote jue10 8-10-2018 11:46 AM
Ank Aku suka sgt ni. Tp aku yg MLS nk membuat nye
Quote misc 8-10-2018 12:27 PM
my feveret
Mana nak cari cheese kaler kuning mcm mcd punya. Baru nampak mcm betul2 bigmac.
Quote whitePoison 8-10-2018 01:27 PM
Ok noted..nanti nak try.
Quote Zielathefatlady 8-10-2018 02:25 PM
Suka makan burger tp nak buat patty tu fail sokmo
Quote abangadek 8-10-2018 02:36 PM
renyah, baik beli jurrr
Quote RatuDunia94 8-10-2018 08:15 PM
Kalau nk buat yg ank ramai ok la.. tp kalo sotang dua yg nak makan rasa errr renyah nye...
Quote mamaezah 10-10-2018 04:54 PM
mana bley dapat roti burger yg tak hancur
mama sakit hati btui selalu silap beli sekali beli dapat yg cepat hancur.
Quote makciktijah 11-10-2018 11:41 AM
makcik rajin buat beger tp cincang sndiri tenderloin pakai mincer.  roti beli kat bakeri village grocer, 4 bijik rm5 atas penuh bijan. pastu makan kekonon beger premium. kalau beger pakai minced meat ramly or saudi or beger readymade, makcik beli roti beger biasa je.

skrg sume kena buat sndiri. nk gi makan kat beger bakar ke fuelshack ke mahal kemain. harga sebijik beger dia da boleh beli daging buat 3-4 keping patty da.

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053108s Gzip On
To Top