Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kecewa Sukakan Gadis Sama, Dua Pelajar Bakar Diri Sendiri

Oleh: Myeonir|22-10-2018 11:34 AM Komen: 27
Fuhh! Betul-betul macam babak filem Hindustan apabila dua pelajar lelaki berusia 16 tahun berasal dari Telangana, India bertindak membakar diri sendiri kerana 'tersuka' pada gadis sama!


Gambar Hiasan

Menurut The Pioneer, polis memaklumkan Mahinder dan Ravi mengalami kemurungan selama beberapa hari selepas rahsia tersebut terbongkar selain mereka takut hal ini diketahui keluarga dan guru. Mereka juga risau akan dihukum selain tidak mampu hidup tanpa gadis tersebut.

Mendapat inspirasi daripada filem Telugu 'RX100', dua sahabat itu membuat keputusan untuk menamatkan hidup mereka kerana pasti percintaan mereka akan menemui kegagalan. 

Pada hujung minggu 30 September lalu, mereka berdua pergi meminum arak di suatu kawasan tersorok pada lewat petang. Mereka kemudiannya dikatakan menyimbah petrol pada badan masing-masing sebelum menyalakan api.

Orang awam melaporkan kejadian kepada pihak polis sejurus menyaksikan kejadian itu, namun nasib tidak baik kerana Mahinder meninggal dunia ketika dikeluarkan dari ambulans di hospital, manakala Ravi pula meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital berlainan di daerah Karimnagar.

Polis mengesahkan keluarga mereka tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi dua sahabat itu selain mendakwa ada pihak ketiga di tempat kejadian ketika insiden berlaku. Apapun kes ini masih lagi di bawah siasatan polis.

Apalah perasaan gadis tu apabila mendapat tahu berita ni. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
14
Terkejut
14
Sedih
9
Lawak
2
Bosan
4
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote batmana 25-11-2018 05:31 PM
rx100 cam filem lucah aku tgk

tak mcm filem tamil dulu2

camne la leh lepas

Lain-lain Komen

Quote chazey 22-10-2018 11:37 AM
Hati2 la kau dik playgirl di sana. Takut hada yang gila karna dendam pi ambik nyawa ko pula. Indians.
Quote tumpanglalu74 22-10-2018 11:48 AM
Lagi bodoh takde..
Quote myoujin 22-10-2018 11:50 AM
Sepatutnya yg sorang lagi acah2 la bakar..
Quote orgsepang 22-10-2018 11:50 AM
Mudahnya buat benda bodoh
Quote mieymiey 22-10-2018 11:51 AM
Astagaaaa
Quote genUmi 22-10-2018 11:51 AM
alahai drama tamil di realitikan
Quote raihaneem 22-10-2018 11:52 AM
Hmmm....awat la pikir cetek sgt..
Quote Artemesiaa 22-10-2018 11:53 AM
Kerja sia2 je akibat terlalu ikut perasaan
Quote FanTasyCreaTioN 22-10-2018 11:56 AM
sempat tu iklan
Mendapat inspirasi daripada filem Telugu 'RX100'



Quote FanTasyCreaTioN 22-10-2018 11:57 AM
tapi camne tau dua dua bunuh diri sebab pompuan tu?

Quote Foxey 22-10-2018 03:19 PM
sebab ni je nak bakar diri? tak baloi
Quote cekelatkopi 22-10-2018 03:22 PM
FanTasyCreaTioN replied at 22-10-2018 11:57 AM
tapi camne tau dua dua bunuh diri sebab pompuan tu?

Tu lah terpikir benda yg sama.kot lah ada tulis dalam diari ke kan? Tp tak ada pulak yer. Sempat pulak bercerita ke org lain kot?
Quote gummiebear 22-10-2018 03:29 PM
Ramai lagi dekk pompuan kat yindia tuh
Quote pai.kacang 22-10-2018 03:38 PM
ke cinta sesama sendiri?
Quote chinta89 22-10-2018 04:08 PM
ape yg drama/filem hindustan buat, adalah memaparkan realiti hidup masyarakat mereka.

apepun katanya ad epihak ketiga di tempat kejadian. hrp bukan sb kes perempuan tu mbuatkan mereka menghabiskan nyawa deols..
Quote meklalala 22-10-2018 04:33 PM
Kuat sangat tgk drama budak 2 orang ni..cinta mati betui...
Quote FanTasyCreaTioN 22-10-2018 04:36 PM
cekelatkopi replied at 22-10-2018 03:22 PM
Tu lah terpikir benda yg sama.kot lah ada tulis dalam diari ke kan? Tp tak ada pulak yer. Sempat p ...
Persoalan yang tak kan ada jawapan kot..
esok berita baru lagi bunuh diri .. bakar diri ..

mungkin juga ada salah sorang atau kedua dua nya bercerita .. mengadu ngan kawan baik ke ..
tapi .. kalau betul.. kira andaian saja lah kan .. sebab sebenar kita pun tak tau

sebab kalau ikut logik..
nak ke bersama-sama bunuh diri untuk sorang gadis? sama sama mati gtu?

dah tu untung la orang kemudian kemudian tu .. kan

bertumbuk nak ler kot


Quote JohnnySins 22-10-2018 04:55 PM
rentung kalau dah bercinta..wakakakakakakakkaa
Quote armin 22-10-2018 06:04 PM
Apa rupa perempuan tu nk jugak tau. Padahal by kau umur 20 berlambak lg perempuan bagus2 kau akan jumpa

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.109216s Gzip On
To Top