Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Jom Detoks Tapi Tanpa Libatkan Makanan Dan Minuman, Bagaimana Tu?

11-10-2018 12:46 PM|Oleh: Amshar Sofyan | Dilihat: 1056| Komen: 10

Detoks atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. 


Detoks tidak semestinya dengan makanan, malah boleh juga tanpa minuman. Detoks boleh dilakukan tanpa keduanya. Macam mana tu?
Detoks tanpa makanan dan minuman adalah fenomena baharu mengganggu cara hidup tradisi dahulu. Berikut diterangkan 3 cara detoks moden menurut Dr. Rizal Abu Bakar, seorang pakar otak.


 1. Detoks digital 

Kurangkan masa berdigital atau hidup dalam dunia digital. Hadkan kepada 4 jam saja sehari. Detoks minda anda dari segala anasir kurang sihat di dunia digital. Tak perlu terlalu lama menghadap komputer, atau telefon pintar. Berikan masa yang lebih kepada dunia sebenar anda.

2.  Detoks Socmed

Otak manusia adalah otak socmed. Bercakap  secara berdepan adalah kaedah paling baik untuk berinteraksi.  Cukup-cukuplah hidup di socmed, membawang sana membawang sini 24 jam. Kalau nak membawang jugak, ajak jiran rumah sebelah anda membawang bila dah habis membawang kat pejabat. Boleh macam tu?





3. Detoks Komplen 

Orang yang suka komplen memanjang ni sebenarnya sedang menjemput hormon stres yang kita panggil kortisol. Akibatnya kulit mula berkedut, wajah nampak tua dan perut mula memboyot.  Kurangkan komplen, cuba bertolak ansur,pasti kita akan sentiasa awet muda.


Menurut Dr Rizal, 3 detoks ini boleh memberikan semula kejernihan minda dan mengembalikan semula potensi kita dalam kehidupan. Jom sama-sama amalkan. Ingat ya, kejayaan datang dari minda yang cerdas dan cemerlang. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : Autisme: Sejauh Manakah Faktor-Faktor Persekitaran Mempengaruhi?

Next       : Anda Tak Tahu Betapa Mujarabnya Bawang Putih Di Kala Sakit Gigi Menyerang!

Komen Terbaru

Quote kucing02 27-11-2018 01:37 PM
ingtkn detox utk kesihtn bdn td..

Lain-lain Komen

Quote mieymiey 11-10-2018 02:19 PM
Tak perlu terlalu lama menghadap komputer


Kang kalau bos marah, cakap pada bos 'iols tengah buat detox digital ni'
Quote gerbera.memopad 11-10-2018 02:30 PM
mieymiey replied at 11-10-2018 02:19 PM
Kang kalau bos marah, cakap pada bos 'iols tengah buat detox digital ni'

good idea. kalau ada no.fon/emel doktor ni lg bagus. senang nak suruh bos refer kat dia kalau dia tak percaya
Quote mieymiey 11-10-2018 02:40 PM
gerbera.memopad replied at 11-10-2018 02:30 PM
good idea. kalau ada no.fon/emel doktor ni lg bagus. senang nak suruh bos refer kat dia kalau dia  ...
Dr. Rizal Abu Bakar, seorang pakar otak.
Dah boleh start google sis. Dah jumpa details nanti, jangan lupa share
Quote Artemesiaa 12-10-2018 11:36 AM
Fikir yang buruk pasti yang buruk2 dan tak baik bakal datang sebab tu kena berfikiran positif selalu
Quote bakingsoda 12-10-2018 12:38 PM
detoks digital boleh la buat kalau kerja tak kena hadap komputer hari2
Quote al-tapahi87 13-10-2018 04:39 PM
kena positif sokmo....jom detoks digital
Quote salmon-suki 15-10-2018 04:54 PM
Detox ape y sesuai kalau tmpt keje kita tu ada org2 y spesis emosi?time dtg bulan je emosi teruk,mcm die seorg je y dtg bulan...tak leh lgsg nak balance out private life ngn work life..
Quote Foxey 15-10-2018 04:59 PM
ingatkan detoks puasa tadi. baru fox tau ada detox macam ni.
Quote puanbintang 17-10-2018 12:55 PM
alamak..detox camni lagi susah dari minum air detox...ok, postif..positif..
Quote kucing02 27-11-2018 01:37 PM
ingtkn detox utk kesihtn bdn td..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042445s Gzip On
    To Top