Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sungai Tenang, "Kepala Air" Datang. Apa Tandanya?

23-10-2018 12:32 PM|Oleh: CIK KACAMATA| Komen: 13




Bila cakap berkaitan sungai dan air terjun, sudah tentu kedamaian dan kesegaran airnya membuatkan kita teruja.

Menjadikan ia destinasi yang patut di kunjungi selain di laut bagi menghilangkan tekanan kerja dan tempat merehatkan diri.

Tidak sah jika pergi ke sungai dan air terjun tanpa bermandi manda atau bermain dengan air.

Dalam keseronokan dan keterujaan, kita perlu beringat dan berjaga-jaga supaya kita tidaklah menjadi mangsa kepala air.

Kepala air?

Siapa pernah dengar? Siapa pernah lihat depan mata? tahu tak apa itu kepala air?

Eh, itu bukan singkatan kepala orang di atas air ye atau pun hantu kepala. Bukan ya.

Fenomena kepala air (water column) merupakan limpahan aliran air yang datang secara mengejut dan deras dalam kuantiti besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama dan kebiasaannya ia berlaku ketika waktu hujan.





Jadi pastikan kita tahu, apa tanda-tanda kepala air datang.

Jika anda datang pada musim hujan. Tanda-tanda kepala air datang adalah seperti ini :
Air sungai kelihatan keruh secara tiba-tiba.
Kelihatan daun, ranting dan buih-buih yang banyak di permukaan air.

Paras air tiba-tiba tinggi dari kebiasaannya.
Kederasan air luar biasa.

Foto: Suara Perak

Cara mengetahui paras air sungai dengan mudah:-
Tandakan aras air dengan ranting pokok di tepi tebing atau guna batu besar yang timbul dan berada di tengah sungai atau ditebing sungai sebagai rujukan anda.

Jadi jika anda merasakan kepala air datang semasa anda sedang bermandi manda, adalah lebih baik anda terus keluar dari sungai dengan cepat dan berada di kawasan yang tinggi.

Boleh jadi paras ketinggian kepala air sangat tinggi dan diluar jangkaan kita. Jadi berhati-hatinya dan pastikan anda peka dengan persekitaran. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
10
Terkejut
9
Sedih
9
Lawak
4
Bosan
13
Komen: 13
Komen

Previous : Pencemar Nombor Satu Bumi. 8 Fakta Kenapa Anda Perlu Sokong Kempen Anti Plastik

Next       : 9 Jambatan Haiwan Yang Menarik Dan Indah Di Seluruh Dunia. Laluan Ketam Pun Ada?

Komen Terbaru

Quote kucing02 27-11-2018 05:26 PM
Tq for info..

Lain-lain Komen

Quote Foxey 23-10-2018 12:45 PM
jarang p area air terjun
Quote moonbug 23-10-2018 12:59 PM
Betul lah tu. Selalu berkelah mandi sungai dengan mak aku, dia dok perati air sungai. Tiba-tiba dia ajak naik tu, mmg terus naik. Sendiri boleh tgk byk ranting, daun tiba-tiba dalam air.
Quote nolya 23-10-2018 01:19 PM
Orang2 yg gi berkelah, dah seronok  main air sungai  lupa nak awasi segala petanda  trs.  Mungkin perlu dipasangkan tanda amaran untuk makluman pengunjung. "Awas kepada terjangan Kepala Air.  Perhatikan  tip2 yg berikut:  bla, bla,bla."  Pacakkan di tempat2 yg mudah dibaca.
Quote insulin 23-10-2018 02:26 PM
Foxey replied at 23-10-2018 12:45 PM
jarang p area air terjun

Mohon jangan pergi sana lagi...
Quote saviour_09 23-10-2018 02:51 PM
betul la tu tips ni
selalu  mandi sungai & air terjun
b4 mandi dah pacak siap2 dahan ke letak batu ke
tanda paras air
agak2 air naik sampai ke tanda tu memang stop mandi la

datang tak datang kepala air tu lain cerita
tak nak tanggung risiko

Quote meklalala 23-10-2018 03:19 PM
tak suka pergi waterfall tapi suka hiking..kadang kadang kena lintas sungai..kalau pergi gunung yong yap tu berpuluh sungai kena cross..mudah mudahan tak terkena kepala air kalau repeat..
Quote EvieWanKenobi 23-10-2018 05:40 PM
memang tak gemar waterfall, sungai bagai..
somehow info yang berguna..
Quote mamasaffiya 23-10-2018 09:58 PM
Mmg betul.
Pengalaman saya masa kecik2. Dulu sumber air kami sungai. Situlah tempat mandi manda kami. Nak g sekolah pukul 6 pagi dah turun sungai mandi.
Satu petang tu bawak adik2 mandi. Cuaca elok je tapi tengah2 mandi tu tiba2 air sungai jadi keruh. Terus ajak adik2 naik atas.
Lepas tu ranting2 kayu pulak lalu .. Dalam berapa saat air terus naik sampai tebing. Paling takut sbb kayu balak pun lalu. Mmg bersyukur sgt sbb dpt bawak adik2 naik. Masa tu hujan x lah lebat sangat.
Quote annabellaruz2 24-10-2018 10:16 AM
nolya replied at 23-10-2018 02:19 PM
Orang2 yg gi berkelah, dah seronok  main air sungai  lupa nak awasi segala petanda  trs.  Mungkin pe ...

Aku pernah pergi Matang Family Park kat Kuching ..
tak jauh dari Matang Wildlife Centre..
kat situ tempat mandi manda...air terjun..
yang bagusnya ada lifeguard yg akan mengawasi pengunjung dan keadaan air sungai..
Klu pergi musim hujan, mmg tak dibenarkan mandi..
Bila start hujan jer, lifeguard bunyikan siren amaran untuk naik ke atas.
Sesuatu yg bagus sebab menjaga keselamatan pengunjung.
Dan banyak papan tanda amaran dan peringatan terdapat di sekitar tebing sungai.

Walaupun dikenakan tiket masuk untuk mandi manda, tetap berbaloi.


Quote Eva_yy_Ellin 24-10-2018 10:21 AM
Good info

Memang ngeri kalau nampak kepala air
Quote skinsandstars 24-10-2018 10:51 AM
Wow. Walaupun i tak pegi mandi manda kat sungai. tapi this is good info, man. Thanj you. Dan video itu... amatlah menakutkan. {:cryrun
Quote Artemesiaa 24-10-2018 11:19 AM
Info berguna tak kira yang suka beriadah di kawasan sungai atau tidak.  Kadang bahagian yang mereka mandi manda tu tak hujan tapi hujan dibahagian hulu sungai pun boleh mengakibatkan kepala air.  Jadi dengan nyatanya tanda2 yang dinyatakan tu elok ler cepat2 beredar dari situ.
Quote kucing02 27-11-2018 05:26 PM
Tq for info..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042000s Gzip On
    To Top