Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kembar Siam Bhutan Jalani Pembedahan Pemisahan Hasil Sumbangan Rakyat Dan Kerajaan Australia

27-12-2018 03:06 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 1

Pasangan kembar Siam kanak-kanak dari Bhutan, Nima dan Dawa yang tular akan menjalani pembedahan pemisahan dengan kos $250,000 yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Victoria di Australia. 


Sebanyak $100,000 lagi sumbangan rakyat Australia akan digunakan untuk kos rehabilisasi kembar itu selepas pembedahan nanti.


Kredit Foto: Herald Sun

"Kami bangga untuk membantu Nima dan Dawa dan memberikan mereka rawatan yang akan mengubah hidup mereka menjadi lebih sihat," kata Daniel Andrews, Ketua kerajaan Victoria dalam kenyataannya kepada BuzzFeed.


Kredit Foto: Herald Sun

Nima dan Dawa, 14 bulan, yang bersambung di bahagian dada menjadi berita muka depan apabila ibu mereka Bhumchu Zangmo membawa anak mereka ke Australia dari Bhutan untuk menjalani pembedahan tersebut.


Kredit Foto: Trendsmap

Ketua bahagian pembedahan di Royal Children's Hospital memberitahu Stesen TV ABC bahawa pasangan kembar Siam itu berkongsi sebahagian besar hati. 


Ibu anak-anak itu, Zangmo memberitahu The Herald Sun bahawa beliau ingin mereka dipisahkan supaya mereka dapat menjalani masa depan yang berkualiti. 'Jika sekiranya pembedahan ini mengorbankan salah seorang daripada mereka, saya sanggup' katanya lagi.


Kredit Foto: Herald Su

Menteri Kesihatan Voctoria, Jill Hennessy memuji kebolehan dan kualiti Royal Children's Hospital. 'Hospital ini mempunyai sejarah yang panjang dalam memberikan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang memerlukan dari seluruh dunia' katanya dalam kenyataan kepada BuzzFeed. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 1
Komen

Previous : Tragedi Chadrak: Kanak-Kanak Autistik Ini Berjaya Ubah Polisi Sekolah Di Britain

Next       : Malangnya Nasib, Macam Tu Je Anak Hancurkan Wang Tabungan Bernilai Lebih RM4 Ribu!

Komen Terbaru

Quote airmineral 31-12-2018 10:35 AM
semoga selamat semuanya. aminnn

Lain-lain Komen

Quote airmineral 31-12-2018 10:35 AM
semoga selamat semuanya. aminnn

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044198s Gzip On
    To Top