Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Oct
03

Kayuhan Sihat Sejauh 100km Bersama Isuzu Malaysia!

3-10-2018 06:17 PM|Kandungan Tajaan | Dilihat: 151| Komen: 0

Seramai 1500 peserta menyertai kayuhan basikal untuk kesihatan anjuran Kelab Alor Setar LM Bikers dengan kerjasama Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia.



Program kali kesepuluh anjuran kelab itu berlangsung pada 16 September lalu dan kategori pertandingan merangkumi kayuhan sejauh 60 kilometer (km) dan 100 km bermula dari Isuzu Alor Setar, Alor Mengkudu, Pendang, Bukit Jenun, pit stop di Indah Utara Industri Sdn Bhd dan berakhir di pusat jualan itu.



Program itu diadakan bagi menggalakkan orang ramai berkayuh untuk gaya hidup sihat selain menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat sempena Hari Malaysia.



Presiden Kelab Alor Setar LM Bikers, Poh Cheng Hai menyatakan penghargaannya di atas usaha dilakukan Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia menjayakan program berkenaan.

"Kami sangat berterima kasih di atas kerjasama Indah Utara Auto dan Isuzu Malaysia Sdn Bhd menjayakan program ini, sekali gus menjadikan program kayuhan ini sebagai salah satu program terbesar di Malaysia," katanya.


Dari kiri: Poh Seng Keong (Pengarah Indah Utara Auto), Atsunori Murata (COO CV Isuzu Malaysia), Poh Seng Hooi (Pengarah Urusan Indah Utara Auto) dan Masayuki Suzuki (COO LCV Isuzu Malaysia)

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, program ini sinonim dengan jenama Isuzu yang menggalakkan gaya hidup sihat juga penting bagi setiap individu dan juga negara.

"Program ini penting bagi kami kerana kami mahu mengambil kesempatan ini untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat kami. Ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara kami dan komuniti.



"Kami juga berbangga kerana berkesempatan bekerjasama menjayakan program kali ke-10 yang sangat bermakna ini," ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.039031s Gzip On
To Top