Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Oct
03

Bulan Seram Di GSC, Kempen Screens Of Terror Bakal Menghantui Anda

3-10-2018 05:35 PM|Kandungan Tajaan | Dilihat: 720| Komen: 13

Bersempena dengan kegembiraan dan keghairahan menyambut Halloween, Golden Screen Cinemas menawarkan tawaran-tawaran 'menakutkan', yang bakal tersedia sepanjang bulan Oktober ini.

Bermula dari pemberian gula-gula sehinggalah penampilan spooktacular raksasa, GSC akan memastikan setiap orang akan menjerit keseronokan semasa kempen Screens of Terror.

Sepanjang kempen ini dijalankan, semua pengunjung yang menonton wayang di pawagam yang terpilih boleh menebus gula-gula semasa mereka melangkah masuk ke bilik tayangan, dengan hanya menunjukkan tiket kepada staf yang memakai topi ahli sihir dan membawa labu.

Bersempena Witching Hour Weekend, tawaran ini hanya tersedia setiap Khamis hingga Sabtu, dari pukul 8 malam di lokasi pawagam yang terpilih.


Bukan itu sahaja, peminat filem seram juga akan menerima kejutan bila dapat bergambar dengan Freddy Krueger, karakter ikonik dari filem seram klasik, Elm Street selain pontianak kesayangan ramai, Count Dracula.

Nak lagi seronok, pengunjung boleh juga menyertai Spookiest Instagram Contests di mana sesiapa yang mengambil gambar paling kreatif berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat.

Selain itu ada juga pelbagai aktiviti dan roadshow sepanjang kempen untuk menyambut Halloween secara besar-besaran.

Bermula pada 13 Oktober di pawagam-pawagam terpilih, pengunjung juga boleh mencuba nasib di Booth Trick O' Treat Pumpkin, di mana mereka akan menerima pelbagai manisan dan pelbagai hadiah.

Kanak-kanak pun akan diberi kejutan di mana sesiapa yang datang pada 19 Oktober boleh menyertai permainan berdasarkan filem, Goosebumps Haunted Halloween dan memenangi hadiah menarik.

Bulan Oktober akan dipenuhi dengan pelbagai filem seram termasuk: 

Kempen ini akan berakhir pada 4 November 2018. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web GSC atau laman Facebook GSC

Jadi jangan lepaskan peluang anda! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ninigs82 4-10-2018 11:33 AM
1 lagi benda yang seram pasal GSC ni, belum ada orang beli tiket lagi untuk seisi tu dah tunjuk ada 4 seats occupied

Lain-lain Komen

Quote AbukRokok 3-10-2018 07:13 PM
wahh best best saya suka saya suka
trick or treats
Quote neo_5050 3-10-2018 07:25 PM
Edited by neo_5050 at 3-10-2018 07:26 PM

Alamakkkk... jenuhlah kena paksa tengok cerita hantu bulan ni. Laki aku tu suka tengok cerita seram. Pastu kadang-kadang tgh2 malam buta, dia tau pulak takut nak masuk toilet!!
Quote dani-rox 3-10-2018 07:28 PM
Jarum2 halus™ pagan
Quote hayrin86 4-10-2018 08:10 AM
Hari-hari pun harus la ada kisah seram, takyah tunggu Halloween apa semua
Quote Chesire_Epilog 4-10-2018 08:36 AM
neo_5050 replied at 3-10-2018 07:25 PM
Alamakkkk... jenuhlah kena paksa tengok cerita hantu bulan ni. Laki aku tu suka tengok cerita seram. ...

Hahaha..laki u macam i sis. I suka tengok cite seram tp penakut. Pastu laki i jadi mangsa kena teman pg toilet tgh2 malam
Quote Ferr_Remy 4-10-2018 08:43 AM
Yesss i love it
Quote bottombikini 4-10-2018 09:00 AM
aigoooo...moviethon la iols di gsc kalo cegini
Quote Foxey 4-10-2018 09:31 AM
tak p tengok wayang laaa kalau macam ni... tak suke cite horror...
Quote Foxey 4-10-2018 09:32 AM
neo_5050 replied at 3-10-2018 07:25 PM
Alamakkkk... jenuhlah kena paksa tengok cerita hantu bulan ni. Laki aku tu suka tengok cerita seram. ...

kelakar laaa komen sis ni

mesti comel je husband and wife nih
Quote lurve82 4-10-2018 09:43 AM
bulan halloween...anak2 aku pun suka sebut..mama..trick or treat?...ntah sape yg mengajar...libas dgn rotan baru tahu...
Quote sinalegna 4-10-2018 09:56 AM
Ye ke.. rege cinema F&B lagi seram kot
Quote MsKathryn 4-10-2018 11:00 AM
Menarik ni..
Quote ninigs82 4-10-2018 11:33 AM
1 lagi benda yang seram pasal GSC ni, belum ada orang beli tiket lagi untuk seisi tu dah tunjuk ada 4 seats occupied

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043235s Gzip On
To Top