CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Senarai Gempa Bumi Di Indonesia Dari Tahun 2000 Hingga September 2018

4-10-2018 05:58 PM| Diterbitkan: geretsey| Dilihat: 4085| Komen: 4|Original author: Oleh: CIK KACAMATA

Description: Gempa Bumi Indonesia 2000-2018

Sumber: https://id.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_dan_tsunami_Sulawesi_2018

Sebanyak 25 gegaran gempa bumi yang telah berlaku di negara Indonesia sejak 2000 hingga September 2018. 

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan bencana gempa bumi serta tsunami yang berlaku di Sulawesi, Palu dan Donggala, Indonesia yang juga meragut beratus nyawa dan kemusnahan harta benda serta kediaman. Berikut beberapa senarai gegaran gempa bumi serta tsunami yang pernah berlaku di negara Indonesia yang dicatat oleh sumber media lain:-

Pada tahun 2000, terdapat 2 kali gegaran gempa bumi yang berlaku di Kepulauan Banggai (6.5 Skala Richter) dan Bengkulu (7.3 Skala Richter) diikuti pada tahun 2004 dengan 2 gegaran gempa bumi pada 7.3 Skala Richter di Alor dan  9.4 Skala Richter di Aceh dan Sumatera Utara, ini merupakan bencana paling dahsyat yang berlaku secara tidak langsung telah memberi impak besar kepada negara lain juga, seperti Malaysia. Seterusnya sekali gegaran gempa bumi pada tahun 2005 dengan 8.2 Skala Richter di Pulau Nias. Pada tahun 2006 pula, sebanyak 3 gegaran gempa bumi yang berlaku di Daerah Istimewa Yogyakarta dan Klaten dengan ukuran 5.9 Skala Richter, di Ciamis dan Cilacap dengan ukuran 7.7 Skala Richter dan 6.0 Skala Richter di Pulau Simeulue.


Pada tahun 2007 pula sebanyak 3 kali gegaran yang belaku, berlainan tempat pertama di Kota Solok, Tanah Datar dan Bukittinggi dengan ukuran 6.4 Skala Richter, Kedua di Kepulauan Mentawai dengan ukuran 7.7 Skala Richter seterusnya di Sumbawa, 6.7 Skala Richter. Di Sulawesi Tengah pernah digegarkan gempa bumi pada tahun 2008 dengan 7.7 Skala Richter dan pada 2009 telah mencatatkan angka gegaran paling banyak yang telah berlaku di Manokwari (7.2 Skala Richter), Tasikmalaya dan Cianjur (7.3 Skala Richter), Padang & Kota Pariaman, Kota Padang dan Agam (7.6 Skala Richter), Kerinci (6.6 Skala Richter), dan yang terakhir di Pulau Sumbawa (6.7 Skala Richter).

Pada tahun 2010,2012 dan 2013 hanya sekali gegaran di Sumatera Barat (7.7 Skala Richter), Pulau Sumatera (8.5Skala Richter) dan 2013 sekali lagi di Aceh dan kali ini dengan ukuran 6.2 Skala Richter. Pada tahun 2016 sebanyak 2 gegaran yang berlaku di Kepulauan Mentawai (8.3 Skala Richter) dan Kabupaten Pidie Jaya (6.5 Skala Richter). Bencana terbaru berlaku pada 28 September 2018, sebanyak 3 gegaran yang mewakili 2 gegaran terjadi di Lombok  pada bulan Julai dengan ukuran 6.4 Skala Richter seterusnya sekali gegaran dengan 6.7 Skala Richter seterusnya menyebabkan bencana Tsunami yang berlaku di Sulawesi, Pulau Palu dan Donggala dengan gegaran 7.5 Skala Richter. Malah bencana ini juga seakan sama teruknya dengan gempa bumi & Tsunami yang terjadi di Aceh dahulu.


Gambar sebelum & selepas bencana, Masjid Apung Palu atau Masjid Arkam Bab Al Rahman
Sumber gambar dari: 
https://pojoksatu.id/news/berita-nasional/2018/09/29/pasca-tsunami-palu-masjid-berdiri-utuh-laut-lihat-fotonya/
https://www.bengkulutoday.com/sites/default/files/styles/article_big


Bagi negara Malaysia, kita perlu berjaga-jaga juga walaupun kita tidak di kawasan lingkaran api Pasifik seperti yang dinyatakan oleh Profesor Madya Mustaffa Kamal Shuib, pensyarah di Jabatan Geologi Universiti Malaysia Malaya (UM) dalam temubualnya bersama Mingguan Malaysia (2015). Tetapi Malaysia juga akan turut merasai impak yang berlaku di kawasan lingkaran tersebut. Malahan, gegaran gempa bumi yang pernah berlaku di negara kita seperti di Ranau, Sabah sudah cukup memberi impak besar kepada kita. 
Indonesia merupakan salah satu negara yang terletak di lingkaran api pasifik.
Sumber: https://breakingnews.co.id

Tetapi Malaysia juga akan turut merasai impak yang berlaku di kawasan lingkaran tersebut. Malahan, gegaran gempa bumi yang pernah berlaku di negara kita seperti di Ranau, Sabah sudah cukup memberi impak besar kepada kita. - CARI 
26

Bagus
21

Marah
14

Terkejut
29

Sedih
11

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 4-10-2018 06:01 PM
Mcm tu pun ade yg ckp pasal org indon bnyk dosa.. sgt tak sensitif langsung..
Quote hanakikan 4-10-2018 07:20 PM
san Francisco yg byk maksiat tu x kena pun. tunggu masa je san andreas tu tunggu masa je
Quote Artemesiaa 9-10-2018 11:49 AM
Risiko mereka2 yang duduk dilingkaran api sebegitu tapi apa nak kata dah itu kampung halaman mereka.  Harap mereka terus kuat dah bersemangat mengharungi dugaan.
Quote tikusmontok 16-10-2018 02:26 PM
Nana_Man replied at 4-10-2018 06:01 PM
Mcm tu pun ade yg ckp pasal org indon bnyk dosa.. sgt tak sensitif langsung..

cuba baca tentang gunung kemukus.

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.066508 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top