Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Lelaki Yang Cakap Elok Kahwin Dengan Kanak-Kanak Ni Memang Otak Letak Kat Skrotum!"

Oleh: Azza|26-9-2018 10:37 AM |Dilihat:895| Komen: 14


Isu nikah bawah umur memang panas. Apatah lagi apabila masing-masing bebas memberikan pendapat sama ada bersetuju atau pun tidak dengan hujah tersendiri. Bagi pihak yang mencadangkan kanak-kanak atau remaja yang telah baligh sebenarnya sudah pun bersedia menjadi isteri berpandangan nikah itu sendiri akan menyelesaikan masalah terlanjur seterusnya pembuangan bayi.

Manakala pihak yang membangkang pula berpendapat ianya idea dangkal dan hanya dilakukan oleh orang malas berfikir.

Kredit foto: Twitter

Mereka yang bersetuju berpendapat tujuan berkahwin (walaupun di bawah umur) sebenarnya adalah untuk menghalalkan seks dan juga membasmi kemiskinan. Betul ke?


Perkahwinan kanak-kanak berusia 14 tahun dengan gurunya berusia 23 tahun pada tahun 2010 - Carian Internet

Kebanyakan lelaki yang menulis komen ala-ala alim ini sebenarnya berhujah mengikut nafsu. Kononnya bila sudah akil baligh, perubahan hormon akan membuatkan kanak-kanak/remaja tersebut sudah bersedia menerima tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.

Timbul persoalan adakah puak ini apabila sudah berkeluarga satu hari nanti, akan membenarkan anak mereka berkahwin di bawah umur?





Kredit foto: Carian Internet

"Mungkin bila berjimak, puak ni dapat lupa segala masalah. Otak mereka ni simpan kat scrotum agaknya."

Hal ini sebenarnya membuatkan masalah semakin rumit. Adakah kanak-kanak wajar dijadikan pengantin? Bukankah sepatutnya di usia ini, mereka perlu menimba ilmu dan tidak berkahwin? Nampaknya lebih ramai yang memandang perkahwinan kerana faedah disebalik ijab dan kabul itu, bukannya asas nikah itu sendiri.

Jadi, benarkah seks halal adalah penyelesaiannya?



Kredit foto: Carian Internet

"Apa dah jadi dengan lelaki kita di luar sana? Terlalu bernafsu hingga kemaruk dengan semua perempuan sampai tak boleh berfikir?"

Tidak dinafikan, terlalu banyak kesimpulan yang kononnya memudahkan iaitu kahwin. Tetapi yang sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan jika kita sama-sama mengembleng tenaga mencari penyelesaiannya.



Memang nikah bawah umur adalah sah kerana pengantin perempuan telah pun baligh. Tetapi, di sebaliknya, kita perlu memikirkan kesannya di masa akan datang. Bagaimana dengan pelajaran mereka dan semua tanggungjawab. Adakah mereka sudah bersedia? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
5
Sedih
9
Lawak
7
Bosan
8
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote teha86 3-12-2018 01:32 PM
kesiannya... umur belas tahun da kena kawin...

Lain-lain Komen

Quote chinta89 26-9-2018 10:45 AM
itu aje yg diorg tahu. fikir lah panjang sikit.
Quote Lily_Ku 26-9-2018 10:57 AM
Perempuan umur 25 kahwin pun aku rasa terlalu muda. Apatah lagi 15. I kenot brain
Quote Lily_Ku 26-9-2018 10:57 AM
Perempuan umur 25 kahwin pun aku rasa terlalu muda. Apatah lagi 15. I kenot brain
Quote Gingerly 26-9-2018 11:19 AM
Mungkinkah mental maturity anak dara 14ans ini sudah cukup bersedia bgerak aktif mencipta kebahagiaan hidup berumah tangga setanding kepesatan ekonomoney, tak mengapa kerana sexually mature itu yg penting dari emotionally mature bak kata pro lobais lobainitas?
Quote matkpop 26-9-2018 11:22 AM
what do u expect from lobai?
Quote chicozinn 26-9-2018 11:24 AM
mak aku yang 30 thun lpas pun kawen umo 27 thun padahal time umo dia 16 tahun ade jahhh laki (read : umo 31 tahun) nak kan mak aku..disebabkan mak aku menentang mak pak dia time tu, terpksa sheollss gi tumpang duduk uma akak dia kat bandar sebab dia pkir time tu nak habiskan skola xnak kawen awal..she still think that she was underage at that time..tu citer 30 thun lepas tau..n skang aku pun ikut jejak langkah dia kawen umo 27 sbab dia slalu ingatkan aku sepanjang aku membesar yang kawen ni bukan untuk hidup ngan laki je..kne kawen masa kita rasa kita da leh diri kita nak pikul tanggungjawab bsar..
Quote buapakperut 26-9-2018 11:39 AM
sebab tu bangsa kemunduran,budak ketagih seks bukan nak dicegah dengan ilmu,agama dan kasih sayang. tapi dikawenkan terus. pastu tak sekolah,kalau sekolah pun tah kemana. cemana nak dapat keje helok. silap2 makin meroyan pas kawen kene jaga anak tapi tak pandai,berturutan lah generasi bawah tempurung.
Quote fly_in_d_sky 26-9-2018 12:53 PM
voting age sudah tukar jadi 18 tahun
Quote apalancut 26-9-2018 02:19 PM
kalau yang pengkomen dalam ni yang bangkang adalah straight ok la..

tapi kalau korang LGBT jgn nak bangkang sangat.. lobai2 nih pon memperjuangkan hak dia.. prffftttttt
Quote ussopp 26-9-2018 04:40 PM
Bnyk benda yg Tuhan halal orang bising...

Yg tk halal org Cuba halalkan....
Kau ingat ingat dunia ni kau punya ka
Quote arm_band 26-9-2018 06:57 PM
boleh tak nak mintak letak syarat kat yang mengidam bini kanak-kanak ni  :
kau nak kawen ngan minors, kau kena basuh pad & poen berdarah bini kanak-kanak kau tu time dia menstrual.

bukan apa, umo belas-belas ni, basuh pad pun tak bersih lagi.

lagipun, kalau sanggup nak hadap darah kotor bini, moga-moga sanggup juga laa nak hadap flaws lain child bride kau tu
Quote sayahantu 26-9-2018 10:17 PM
nak kawin je kejanya. tanggungjawab x nak. huhu...
Quote ayjay 3-12-2018 08:34 AM
Kalau orang Islam ni kahwin dengan kanak kanak dikira sunnah dan dapat pahala juga kah?
Quote teha86 3-12-2018 01:32 PM
kesiannya... umur belas tahun da kena kawin...

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057303s Gzip On
To Top