Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Model Peraga Pakaian Dengan Tiga Payudara Di Minggu Fesyen Milan!

24-9-2018 03:31 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 2008| Komen: 9


Tiada yang tidak pelik degan pentas peragaan fesyen luar negara. Setiap kali diadakan peragaan fesyen jenama terkenal, pasti ada gaya aneh dan menjengkelkan cuba ditampilkan pereka demi meraih perhatian. 

Baru-baru ini, label GCDS mengejutkan peminat fesyen apabila memperkenalkan koleksi 'rave-ready' mereka pada model yang memakai payudara prostetik. Ketiga-tiga payudara itu tersembul keluar dari bawah pakaian dalam sukan jenis lycra. 

Peragaan itu adalah sebahagian daripada acara Minggu Fesyen Milan.


Foto: Mirror UK

Fesyen aneh itu mengingatkan kepada pelakon wanita berpayudara tiga dalam filem dibintangi Arnold Schwarzenegger pada tahun 1990  iaitu 'Total Recall'. 

Kesemua model tersebut melakukan solekan tambahan payudara, memakai but paras lutut, topi neon dan seluar pendek ketat.


Foto: Mirror UK

Mereka memaparkan pilihan pakaian dari koleksi musim bunga/musim panas 2019 jenama GCDS keluaran Itali yang bermaksud 'God Cant Destroy Streetwear'. 

Menurut The Zetty, jenama ini menjadi salah satu daripada jenama paling dinanti-nantikan dan disenangi kerana grafiknya yang  ikonik dan slogan yang menarik.

Dengan adaptasi luar biasa pada bentuk badan wanita, jenama ini turut mempamerkan koleksi Pikachu dan Jigglypuff dengan wajah watak kartun itu pada beg dan kasut. 

Biarpun pelik, peragaan fesyen itu mendapat perhatian serta pujian daripada peminat fesyen di laman Twitter. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
5
Terkejut
14
Sedih
3
Lawak
5
Bosan
3
Komen: 9
Komen

Previous : Tak Sangka Senang-senang Boleh Dapat Voucher Percuma Di H&M, Ini Caranya

Next       : Wanita Dikecam Peragakan Gaya Mewah Untuk Raih Ribuan 'Likes' Di IG

Komen Terbaru

Quote Foxey 25-9-2018 11:43 PM
Dah kenapa nak peraga fesyen macam ni? Weiirddd...

Lain-lain Komen

Quote fushimi 24-9-2018 03:33 PM
setakat  tayang tutup tutup cam gitew baik tak payang tayang

kopek pun kecik je

tak tajam

eerrrmmmmmmmmmmmmmm
Quote buapakperut 24-9-2018 03:41 PM
haha teringat citer alien yang paul tu
Quote BabyJane 24-9-2018 07:37 PM
hahahah bodoh ja apsal x buat 6 atas 3 bwh 3 nk tgk rave mcmana baju dia nak reka
Quote Spicymami 24-9-2018 07:55 PM
Luasnya longkang bole tambah sebiji lagi ketet di tengah2
Quote matkpop 24-9-2018 11:03 PM
pelik2 zaman sekarang ni
Quote chicozinn 25-9-2018 10:52 AM
Spicymami replied at 24-9-2018 07:55 PM
Luasnya longkang bole tambah sebiji lagi ketet di tengah2

baru nak cakap..selera ke kopek sampai 3 ni?yiihhhh
Quote sofiazara 25-9-2018 05:29 PM
model ni balik kampung raya krismas mak dia tak marah ke orang kampung tak kecam ke
Quote Laylamajnun123 25-9-2018 09:22 PM
Peliknyaaaa la hai
Quote Foxey 25-9-2018 11:43 PM
Dah kenapa nak peraga fesyen macam ni? Weiirddd...

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042772s Gzip On
    To Top