CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bosannya Makan Sate Biasa-Biasa. Pernah Cuba Sate Tulang? Serbu Port Di Senawang

19-9-2018 03:45 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 7180| Komen: 23|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Kebiasaannya kalau pergi kedai sate, sate biasa yang anda akan jumpa dan pesan ialah sate ayam, daging atau pun kambing.
Kebiasaannya kalau pergi kedai sate, sate biasa yang anda akan jumpa dan pesan ialah sate ayam, daging atau pun kambing. Ada juga yang menjual sate arnab, rusa dan sebagainya. 


Foto:sedapfood.com 
Tapi pernahkah anda dengar atau makan sate tulang? Kalau belum pernah, inilah masanya anda mencuba sate yang agak jarang dijual ini!


Foto:sedapfood.com
Sate Tulang Senawang memang terkenal dan kebiasaannya ramai orang makan di sini. 


Memang cepat habis, jadi kalau nak merasa cubalah datang awal. 

Foto:sedapfood.com
Anda tentu terfikir sedap atau puas ke makan sate tulang? Sebenarnya sate tulang menggunakan bahagian ayam yang bertulang. 

Tidak seperti sate yang kita selalu makan. Saiznya juga lebih besar daripada biasa dan mengambil masa lebih untuk menjamahnya. 

Bagi yang tak kuat makan, pesan 5 batang pun sudah cukup dan jumlah itu sebenarnya cukup untuk 2 orang! Siapa yang gemar ratah ayam bertulang, sate ini memang sesuai untuk anda. 

Foto:sedapfood.com
Bagaimana untuk ke sini? Anda boleh guna peta Google dengan menaip Sate Bone Senawang. 

Ia terletak di deretan kedai dan merupakan kedai paling hujung atau lot corner. Kami pasti anda dah terliur melihat gambar-gambar yang dilampirkan. 

Tunggu apa lagi, jom serbu! -CARI
7

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 19-9-2018 03:53 PM
Overrated



Quote Foxey 19-9-2018 04:03 PM
Dah kenapa fox nak makan yang bertulang, kan nak kena buang tulang gak bila makan. Dah jadi satu keje. I'll stick to sate ayam biasa, makan with no hassle.
Quote MissVixen 19-9-2018 04:29 PM
Sate willy juga paling sedap
Quote bonggo 19-9-2018 04:40 PM
Xsedap mana pon.  Mahal dah tu byk tulang je. Yang orang nak makan daging ayam nya bkn tulangnya
Quote gummygummy 19-9-2018 04:49 PM
da pernah try. hampeh aku rela makan sate yang isi ye. koser i ols nak gegigit tulang temulang yang mmg isi payah ko nak gigit2. da ler mahal dri sate isi. tulang buat sup je ler
Quote myakayina 19-9-2018 04:58 PM
MissVixen replied at 19-9-2018 04:29 PM
Sate willy juga paling sedap

kann...sedap dan puashati...
Quote Orgkgdukobesi 19-9-2018 05:19 PM
Satay kajang juga sudah hilang kesedapannya.
Quote Daintymerry19 19-9-2018 10:49 PM
Nampak sedap je sate ni
Quote RatuDunia94 19-9-2018 11:03 PM
Baik ko BBQ je..
Quote pearl.silver 20-9-2018 07:03 AM
Apa specialnye
Dah mcm mkn ayam bkr guna perap sate je
Quote lyza2474 20-9-2018 10:22 AM
ala biasa2 je..tak sedap pun... dahlah ayam tak fresh
Quote EvieWanKenobi 20-9-2018 10:51 AM
nape rentung?
Quote dewi_rina 20-9-2018 12:40 PM
Sate pasar malam pun sedap dari yg nie

Nak buat lain dari yg lain,sekali rasa hampehh,sekali rasa jelah
Quote greantea 23-9-2018 03:37 PM
hari tu ajak asben makan. dia boleh cakap "dah kenapa nak makan tulang? isi sikit. xkan byr mahal2 makan tulang jek". i pon mcm, ok la.......
Quote syadail 24-9-2018 08:59 AM
Makan kat pekan Kuantan. Tak ingat nama kedai.

Best. Terkejut yg datang ayam bertulang yg byk isi dan besar. RM1 je secucuk.
Quote yuuki_snowy 1-10-2018 02:32 PM
sedap sate tulang ni.. pernah mkn secucuk Rm1.50 tp makan 4 cucuk pun dh kenyang giler sbb besar isinya..
Quote EncikRhoma 4-11-2018 12:12 AM
yuuki_snowy replied at 1-10-2018 06:32 AM
sedap sate tulang ni.. pernah mkn secucuk Rm1.50 tp makan 4 cucuk pun dh kenyang giler sbb besar isi ...

bukan restoren ni ke yg kecoh dapor kotor baru ni. sate letak kat tepi longkang je. patut la makan sedap
Quote Juju89 3-3-2019 04:55 PM
sedap nampak macam menarik kena cuba ni.
Quote AppleJack 22-3-2019 02:47 AM
pernah makan...tak minat sangat

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.082421 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top