Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

4-10-2019 05:27 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 18

SpaceNews baru-baru ini melaporkan Yusaku Maezawa, antara orang terkaya di Jepun akan menjadi pelancong pertama menjejakkan kaki ke bulan.


Kredit Foto: Forbes


Yusaka menandatangani perjanjian dengan syarikat SpaceX milik Elon Musk untuk 'melancong' ke bulan menggunakan Big Falcon Rocket yang sedang dalam fasa terakhir untuk disiapkan. Kedua-dua pihak bagaimanapun tidak mengumumkan jumlah yang akan dibayar Yusaku untuk perkhidmatan itu. 


Yusaku, seorang peminat seni dijangka akan menjemput beberapa ahli seni untuk menyertai rombongannya dan mempromosikan seni.


Kredit Foto: Mashable


Setakat ini, hanya 24 orang yang pernah menjejakkan kaki ke bulan dan kesemuanya merupakan angkasawan berpengalaman. 


Elon Musk berkata, langkah menghantar Yusaku ke bulan adalah satu langkah yang tepat untuk mengembangkan kehidupan manusia ke alam semesta. 


'Ini kerana sudah banyak kejadian ciptaan manusia seperti perang yang hampir menghapuskan tamadun kita di bumi, jadi sudah sampai masanya kita menerokai kehidupan di luar sana,' katanya.


Kredit Foto: Business Insider


Yusaku, 47, ialah pengasas syarikat Start Today, sebuah laman web yang menjual pakaian dari Jepun. Beliau juga memulakan syarikat Zozo, yang menjual pakaian custom-made untuk pelanggan kelas tinggi. 


Sebagai peminat seni, beliau pernah membeli karya Jean-Michel Basquiat dalam sebuah lelongan dengan harga ASD110.5 juta (RM462.4 juta). Roket yang membawa Yusaku dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023 dan beliau sudah memilih enam hingga lapan ahli seni yang dipanggilnya projek Dear Moon untuk menyertainya


Ahli seni yang terdiri daripada pelbagai jurusan antaranya muzik, lukisan, arkitek dan sebagainya dikehendaki menghasilkan karya berdasarkan lawatan ini kelak.


Kredit Foto: Business Insider


Elon Musk bagaimanapun tidak menolak risiko yang pasukannya mungkin tidak dapat menyiapkan roket itu 100 peratus pada 2023. 


'Ini sekadar tarikh jangkaan,' katanya lagi. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 18
Komen

Previous : Raya Dah Nak Dekat Tapi Rambut Bermasalah? Cuba 5 Petua Rawatan Tradisional Ini

Next       : Haiwan Yang Paling Mewah Di Dunia, Kaya Macam Jutawan. Untung Lah!

Komen Terbaru

Quote azman124 5-10-2019 05:40 PM
Elon Musk ni bagus dan bjiak orangnya. Billionaire and visionary.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 4-10-2019 05:32 PM
Untunglah jadi jutawan nak kemana pun manpu asal mampu bayar
Quote RatuDunia94 4-10-2019 05:51 PM
Buat konsert muzik kat bulan lah.. confirm sejarah baru dlm tamadun manusia. Tp persoalannya siapakah artis plg layak?
Quote Sang_Pencinta 4-10-2019 05:54 PM
RatuDunia94 replied at 4-10-2019 05:51 PM
Buat konsert muzik kat bulan lah.. confirm sejarah baru dlm tamadun manusia. Tp persoalannya siapaka ...

Sy calonkan U2, Beyonce, Rolling Stone, Aerosmith, JayZ,
Quote dino 4-10-2019 06:39 PM
ambi cadangkan bwk sekali makcik army bts.. sbb die peminat seni yg unggul

Quote Boomibulat 4-10-2019 06:45 PM
Semoga encik ysuku selamat pgi dan blk..
Quote epuepy 4-10-2019 06:50 PM
Huhu.. Bape juta la dia baya? Siap sponsor 6 org kawan lagy
Quote Perawankota 4-10-2019 07:00 PM
Berapalah dia bayar yer
Quote Psfzi 4-10-2019 07:31 PM
Wondering how much dia byr nk ke sana? Perghhh
Quote riyadhK 4-10-2019 09:15 PM
dino replied at 4-10-2019 06:39 PM
ambi cadangkan bwk sekali makcik army bts.. sbb die peminat seni yg unggul

Pastu tinggal je kat sana. Hahahahaha
Quote Konahhh 4-10-2019 10:33 PM
Ni kira macam lawatan sambil belajar la ya. Balik kena hasilkan sesuatu dari pengalaman ke bulan agitchewww
Quote lalalxlx 4-10-2019 11:35 PM
entah2 dorang ni sekadar eksperimen je...
Quote Intanterpilih09 5-10-2019 07:43 AM
Minta2 dia dpt pergi n blk.jgn x blk2 sudah.terus jd warga bulan.
Quote CiliPadiSedap 5-10-2019 08:36 AM
Billionaire ni xtakut ke? Pg angkasa lepas bukan cm naik bas rapid kl. Kalau akak takut kut. Terhempas kt bulan, xde tabung oxygen, lepas tu asteroid bintang langgar kapal angkasa?

Nak call 911 memang xdapatlah. Sometimes succesfull people ni orang gila dan memang gila. Mereka high risk crazy people.

Instead pergi bulan baik cikcur kt sogo hari2 ada diskaun
Quote Themilo 5-10-2019 09:43 AM
CiliPadiSedap replied at 5-10-2019 12:36 AM
Billionaire ni xtakut ke? Pg angkasa lepas bukan cm naik bas rapid kl. Kalau akak takut kut. Terhemp ...

meols terfikir camtu gak. sedangkan syeikh muzaffar pergi 10 hari tu pun, dia punya training nauzubillah. tak sanggup meols nak melancong bersusah payah.
Quote CiliPadiSedap 5-10-2019 03:32 PM
Themilo replied at 5-10-2019 09:43 AM
meols terfikir camtu gak. sedangkan syeikh muzaffar pergi 10 hari tu pun, dia punya training nauzu ...

mungkin billionaire dah tahu umur dia xpanjang, jadi pe salahnya di pendekkan lagi umurnya
Quote RatuDunia94 5-10-2019 03:52 PM
Edited by RatuDunia94 at 5-10-2019 03:53 PM
CiliPadiSedap replied at 5-10-2019 08:36 AM
Billionaire ni xtakut ke? Pg angkasa lepas bukan cm naik bas rapid kl. Kalau akak takut kut. Terhemp ...


Sbb tu lah deols BILLIONAIR. Sbb deols berani take risk.. bukan mcm kita. Nk jual karipap depan rumah pon x berani. Takut tak laku.. takut kena kutuk dgn jiran2. Takut tak sedap.. serba takut..
Quote CiliPadiSedap 5-10-2019 04:00 PM
RatuDunia94 replied at 5-10-2019 03:52 PM
Sbb tu lah deols BILLIONAIR. Sbb deols berani take risk.. bukan mcm kita. Nk jual karipap depan  ...

setuju billionaire maksudnya a lot of fucking failure and dont give up. mereka ada dalam dunia sendiri. billionaire ni ada skills laser fokus..kita hidup di dunia distraction.. kaka sekarang banyak study pasal founder serba dinamik. insya allah one day dapat jumpa dia. mana2 saham dia beli kaka beli guna duit saving.
Quote azman124 5-10-2019 05:40 PM
Elon Musk ni bagus dan bjiak orangnya. Billionaire and visionary.

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.085161s Gzip On
    To Top