Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Dikecam Kerana Asyik Kibar Bendera Negeri Kelantan Di Luar Negara. Ini Alasannya...

Oleh: Whitney|18-9-2018 01:11 PM Komen: 16

Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun ada sesetengah netizen yang dilihat begitu bersikap kenegerian, tetapi mereka tetap berada di bawah satu negara. Contohnya rakyat negeri Kelantan yang sering dilabel mempunyai sifat kenegerian yang terlalu kuat sehingga ia dipandang negatif oleh sesetengah netizen.  

Seorang pengguna Facebook ni turut dikecam kerana telah menjelajah ke 37 buah negara tetapi sering mengambil gambar bersama bendera negeri kelahirannya. Netizen seakan tidak berpuas hati dan mengecamnya kerana tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Untuk membetulkan salah faham netizen, dia telah memuat naik status menerangkan mengapa dia sering mengibarkan bendera negeri Kelantan ketika mengambil gambar di luar negara. 



 Tak pelik pun kibar bendera negeri
Ramai netizen yang berasa tiada salahnya lelaki ini mengibarkan bendera negeri Kelantan kerana itu adalah hobinya dan dia begitu bangga dengan negeri kelahirannya. Malah, negeri Kelantan turut berada di dalam negara Malaysia dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dianggap pelik. Netizen tetap menyokong tindakan lelaki ini dan berasa bangga dengan usaha yang dilakukan.

 

Abaikan kata-kata negatif

Rata-rata netizen menasihatkan agar lelaki ini tidak mengambil hati dengan kata-kata negatif dan kecaman yang diterima. Apa yang dilakukan itu tidak menyalahi  malah ia dilihat begitu rare kerana jarang-jarang dilakukan oleh orang lain yang mana sentiasa membawa bendera Malaysia apabila melancong ke negara luar. Apa salahnya jika membawa bendera negeri pula kan?


Lain kali bawa dua bendera
Tetapi, ada netizen yang berpendapat agar lelaki ini membawa kedua-dua bendera iaitu Jalur Gemilang dan bendera negeri Kelantan apabila dia menjelajah ke negara lain selepas ini. Ia lebih tampak gah dengan semangat patriotiknya kepada negara dan juga negeri tercinta. 


Apa-apa pun, semangat cintakan tanah air bukanlah pada kibaran bendera atau Jalur Gemilang semata-mata, tetapi usaha rakyat negara ini dalam menjaga nama baik negara walau dimana sahaja mereka berada. Setuju tak? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
23
Marah
21
Terkejut
37
Sedih
25
Lawak
23
Bosan
30
0
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote bangcak 5-10-2018 11:36 AM
buapakperut replied at 18-9-2018 01:40 PM
teringat budak kelas iols orang tanah merah tapi bila ditanya asal mana? die jawab saye key el.. huh ...

member i pon sama
"kawe oghe juhho, mu maghi mano?"

Lain-lain Komen

Quote Skuau 18-9-2018 01:23 PM
wa talak ckp mau kasi 20%.....wa talak cakap kasi hapus gst masuk sst....wa pon talak angkat itu 2.6B.....'Apa salah wa....'????
Quote shernazz 18-9-2018 01:24 PM
Bior la dia
Nakmkibar soender sendiri pon xde ape lah
Amboi amboi..
Quote buapakperut 18-9-2018 01:40 PM
teringat budak kelas iols orang tanah merah tapi bila ditanya asal mana? die jawab saye key el.. huhuhu
Quote salmon-suki 18-9-2018 01:49 PM
Lorrrrr..biar ler nk kibar bndera ape pn,y jenis busuk hati ni bley pasni g travel n kibarkn bendera negeri masing2..xyah nak dengki2 sakit hati sgt ye...lain org lain preferences die,xperlu nak 24jam ikut patuh tunduk pd kehendak macik pacik onion shallot garlic whatsoever tu..

Dasar busuk hati pny manusia!
Quote chinta89 18-9-2018 01:58 PM
netizen dh kenapa. buat itu ini semua x btl... ko je la buat kalau org lain buat x mcm ko nak.
Quote yellowfish 18-9-2018 02:10 PM
Suka ati dialah... asyik cari salah org je.. x penatkah?
Quote gummiebear 18-9-2018 03:17 PM
Biar la dia nak kibar bendera negeri pun.. kalau netizens tak puas hati sangat, sila travel dan kibarkan sendiri bendera pilihan masing2 k. Kosser laa semua nak ikut cakap netz. Lain lah deme yang bagi fund untuk orang tu travel.. layak la jugak nak kecam khenn
Quote Iema5008 18-9-2018 03:28 PM
Aku salah sorg friend dgn jeroong wia.ni d fb.. entah mcm mna bleh friend aku pun x tau hahaha. Tp suka baca pengalaman dia dok bilik kecik kat jepun dulu...
Mcm mna orang sekeliling mabuk area dia mginap tu..
Anyway info travel dia okay2..so aku layan kan ja..
Quote DollahRepek 18-9-2018 03:54 PM
Apa nak heran sebab kalo tgk dekat kereta/moto diaorg pun sanggup tampal lambang negeri mereka
Quote prettyuglybabe 18-9-2018 04:23 PM
geng sek sek kita jange pecoh ni, pi mana-mana pun sama..
alang kalau boleh kereta pun nak cat bendera mereka
Quote raxief 18-9-2018 07:45 PM
bior le dia.. bukan salah pun nak kibor bendera ape
Quote RatuDunia94 18-9-2018 11:16 PM
Lari topik.. iols nak tanya la... apa maksud "bossku" da plak "boskur".. dr mana ye muncul perkataan tu? Knp ramai sgt yg guna dlm media sosial?
Quote Mary_jane 18-9-2018 11:59 PM
Gigihnya komen gambar orang. Go get a life people.
Quote mawar_pink 19-9-2018 01:20 PM
la..salah ke nk kibar bendera negeri sendiri..kecoh je..
Quote anisanim 5-10-2018 09:09 AM
Serba x kena di mata netizen... Next.. {:nose
Quote bangcak 5-10-2018 11:36 AM
buapakperut replied at 18-9-2018 01:40 PM
teringat budak kelas iols orang tanah merah tapi bila ditanya asal mana? die jawab saye key el.. huh ...

member i pon sama
"kawe oghe juhho, mu maghi mano?"

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top