Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Suami Tergamak Penggal Kepala Isteri Hanya Kerana Perasaan Cemburu

14-9-2018 11:45 AM |Dilihat:857| Komen: 7
Perasaan cemburu sering dikaitkan dengan mesej kasih sayang. Bagaimanapun perasaan cemburu yang gagal diurus boleh mendatangkan masalah besar dalam satu-satu perhubungan.

Kredit foto: www.thenewsminute.com

Memetik laporan Astro Awani, seorang suami yang dikenali sebagai Satish tergamak memenggal kepala isterinya yang bernama Roopa kerana mendakwa wanita itu curang kepadanya.

Masalah rumah tangga yang berlaku di Chikkamagaluru, India itu berpunca daripada si suami yang berusia 35 tahun berang terjumpa mangsa sedang berbual dengan seorang pemuda berhampiran rumah mereka.

Sebelum kejadian, suspek difahamkan beberapa kali gagal menghubungi mangsa sekaligus mendorong dia mengesyaki sesuatu, lalu bergegas pulang ke rumah malangnya Roopa tiada.

Akibatnya si suami bertindak luar kawalan dengan mengambil sebilah parang cuba membunuh pemuda namun dihalang oleh Roopa.

Berang dengan tindakan isterinya, Satish terus mencekik Roopa dengan menggunakan sari yang dipakainya lalu memenggal kepala.

Pemuda berjaya melepaskan diri dengan mengalami beberapa kesan luka.


Kredit foto: www.deccanherald.com

Menurut jurucakap polis, si suami membawa kepala isterinya sejauh 20 kilometer yang disimpan dalam plastik hitam ke balai polis Ajjampura untuk menyerah diri.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chicozinn 14-9-2018 02:10 PM
bukan da ade ke thread ni?

Lain-lain Komen

Quote Spicymami 14-9-2018 11:59 AM
Sndiri potong kapala binik sndiri pigi balai pulis
Quote supernaturalee 14-9-2018 12:03 PM
wow
he seems happy bout it



Quote paz 14-9-2018 12:06 PM
Ikut hati sangat.
Quote afie_m 14-9-2018 12:25 PM
bagus serah diri..x yah polis susah2 cari...
Quote samasam90 14-9-2018 01:16 PM
Nehi nehi nehi, juut bo lo...mcm tulah dialog terngiang dlm kepala..
Quote kookie92 14-9-2018 01:58 PM
eww loyaaaa
Quote chicozinn 14-9-2018 02:10 PM
bukan da ade ke thread ni?

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046756s Gzip On
To Top