Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Tempoh Sebulan Diberi Untuk Serahkan Lesen Terbang"- Menteri Pengangkutan

14-9-2018 10:14 AM |Dilihat:688| Komen: 18
Berita Harian melaporkan, kira-kira 14,000 orang disyaki pemegang lesen memandu terbang diberi tempoh sebulan untuk menyerah kembali lesen berkenaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau berdepan tindakan undang-undang.

Kredit foto: www.bharian.com.my

Amaran itu dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Logistik Kebangsaan di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya semalam.

Menurut menterinya, selain turut menghasilkan pemandu-pemandu tidak kompeten dan membahayakan keselamatan jalan raya, sindiket yang menyasarkan warga tempatan dan warga China yang berada di Malaysia itu telah mengakibatkan ketirisan hasil negara serta kerugian kepada institut-institut pemandu.

Sekarang kami beri peluang untuk mereka serah balik lesen kepada JPJ, tampil ke depan menjadi saksi pendakwaan bahawa anda beli dari siapa, kami tidak akan mengambil tindakan kalau anda datang secara sukarela."

Tambah Anthony, modus operandi sindiket itu adalah dengan memalsukan maklumat menerusi Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara bagi mengeluarkan lesen memandu terbang yang dijual pada harga antara RM2,000 dan RM3,500.

"Mana-mana pihak yang memegang lesen memandu tanpa mengikut prosedur ditetapkan, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, hukuman minimumnya denda RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali."- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 16-9-2018 11:08 AM
ejans replied at 16-9-2018 01:05 AM
Ni mesti ada org dlm punya kerja. Key in kn je n registerkan. Duit dia yg cilok..
Minta2 lah ada c ...

Sepatutnya memerlukan kerjasama erat antara jpj n sekolah memandu utk melahirkan lesen terbang ni..

Sebab system jpj require rekod sekolah memandu n kputusan exam lisan n practical baru lesen boleh dikeluarkan..

Lain-lain Komen

Quote zulka 14-9-2018 10:21 AM
open je org promote kat fb aritu....giler la
Quote BoLapciOus 14-9-2018 10:42 AM
Cmne nk taw lesen torbang ke idok?senang je idop dorg ek yg kt ni beriye duk tukar2 gear smpai mati enjin depa sng2 je beli lesen noo..hamjadah
Quote Nonones 14-9-2018 10:45 AM
Nampak macam menteri ni je banyak buat kerja
Quote fox. 14-9-2018 10:54 AM
skangkan dah guna kereta auto untuk belajar memandu, haper lembik, susah sangat kau sampai nak beli lesen terbang. dasar pemalas dan mengada2 lebih nih. sebat bontot dorang sekali
Quote buapakperut 14-9-2018 11:37 AM
90% adalah chinese ya. 60% pempuan atas 40
Quote buapakperut 14-9-2018 11:40 AM
fox.: skangkan dah guna kereta auto untuk belajar memandu, haper lembik, susah sangat kau sampai nak beli lesen terbang. dasar pemalas dan mengada2 lebih ni ...

banyak yang tercirit kat bukit sis, meskipun auto. yang jahanamnya orang jpj makan duit haram ni macam biasa ja walaupun amoi tak reti start enjin,tukar gear,tak reti seatbelt.nampak sangat tak penah belaja alih2 terus amik test
Quote Nurul8001 14-9-2018 12:55 PM
Pemilik lesen terbang ni boleh renew lesen ke?
Quote kelana36 14-9-2018 02:21 PM
sebab tu la gejala rasuah ni kena banteras habis habsan, dari yang paling atas sampai kebawah. kalau yang kat atas relak relak jer makan duit rasuah yang lain lain macam normal jer la..  
mujur lah PH menag..
Quote TuntungReturn 14-9-2018 02:41 PM
jpj ada data ke spa yg ada lesen terbang ni? aku rasa xda
Quote spankee_fili 14-9-2018 02:54 PM
TuntungReturn replied at 14-9-2018 02:41 PM
jpj ada data ke spa yg ada lesen terbang ni? aku rasa xda

tapi kalau roadblock dorang boleh check guna no IC ada dalam system ke tak..unless lesen terbang tu hack system jpj & add nama driver untuk official..
Quote Mary_jane 16-9-2018 12:59 AM
Macam mana dia nak tangkap si lesen terbang tu?
Quote ejans 16-9-2018 01:05 AM
Ni mesti ada org dlm punya kerja. Key in kn je n registerkan. Duit dia yg cilok..
Minta2 lah ada cara diorang boleh trace.
Quote kyrana 16-9-2018 09:55 AM
Patutla ramai perangai mcm beruk dijalanan sekarang.
Quote ResellerMaxis 16-9-2018 11:04 AM
fox. replied at 14-9-2018 10:54 AM
skangkan dah guna kereta auto untuk belajar memandu, haper lembik, susah sangat kau sampai nak beli  ...

Ramai yg beli sebab malas nak cuti untuk pergi kelas memandu n so on tu
Quote ResellerMaxis 16-9-2018 11:04 AM
fox. replied at 14-9-2018 10:54 AM
skangkan dah guna kereta auto untuk belajar memandu, haper lembik, susah sangat kau sampai nak beli  ...

Ramai yg beli sebab malas nak cuti untuk pergi kelas memandu n so on tu
Quote ResellerMaxis 16-9-2018 11:05 AM
TuntungReturn replied at 14-9-2018 02:41 PM
jpj ada data ke spa yg ada lesen terbang ni? aku rasa xda

Zaman it ni bukan susah uol..

Mesti ada persamaan antara semua lesen terbang tu..

Cuma perlu dapatkan logic n wat query je..dapat ar list semua pemilik lesen terbang..
Quote ResellerMaxis 16-9-2018 11:06 AM
spankee_fili replied at 14-9-2018 02:54 PM
tapi kalau roadblock dorang boleh check guna no IC ada dalam system ke tak..unless lesen terbang t ...

Lesen terbang tu memang pri n valid..

Kena g jpj renew mcm org lain..
Quote ResellerMaxis 16-9-2018 11:08 AM
ejans replied at 16-9-2018 01:05 AM
Ni mesti ada org dlm punya kerja. Key in kn je n registerkan. Duit dia yg cilok..
Minta2 lah ada c ...

Sepatutnya memerlukan kerjasama erat antara jpj n sekolah memandu utk melahirkan lesen terbang ni..

Sebab system jpj require rekod sekolah memandu n kputusan exam lisan n practical baru lesen boleh dikeluarkan..

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061158s Gzip On
To Top