Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Saya Janda, Tapi Tak Perlukan Sugar Daddy," -Syura Rasa Terhina

13-9-2018 01:25 PM|Oleh: Amirah| Komen: 45

Tidak sangka ada individu yang tidak bertanggungjawab tergamak menawarkan Syura perkhidmatan ‘sugar daddy’.

Sungguh pun Syura sedar statusnya sebagai janda dan ibu tunggal, dia tidak akan sesekali cari ‘lelaki poket tebal’ ini untuk kesenangan dirinya.


Dia begitu sedih kerana rasa terhina dengan tawaran yang diterima ini. Dia sendiri tidak mengenali individu tersebut dan terkejut sama sekali dengan Whatsapp yang diterimanya.

"Saya terkejut kerana saya tidak kenal dan dia berani menawarkan perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa yang dilihat dan menilai saya menerusi Instagram sehingga merasakan saya perlukan 'sugar daddy'.

Foto: IG Syura
"Ini kali pertama saya mesej daripada orang tidak dikenali di laman sosial namun saya akui ada beberapa kali juga tawaran itu datang daripada orang yang saya kenal dan mereka cuba memperkenalkan saya dengan orang-orang macam ni.

"Mungkin mereka lihat saya janda dan ibu tunggal mereka fikir saya perlu benda tu semua?," ujarnya kepada mStar Online.

Entah dari mana agaknya ejen tersebut mendapat nombor telefon bimbit Syura kerana begitu berani menawarkan khidmat tersebut.

Walau susah hidup Syura sekalipun dia tidak akan mengambil jalan mudah untuk mendekati golongan ‘sugar daddy’ ini.


"Walaupun seburuk mana kehidupan saya, 'sugar daddy' tidak berada dalam senarai saya untuk selesaikan masalah.

"Sejak sembilan tahun saya sudah menyanyi dan meniaga untuk bantu keluarga, tidak terlintas langsung untuk cari 'sugar daddy',” katanya.

Syura juga sedar akan pandangan masyarakat yang sering memandang serong apabila kehidupan golongan artis yang pasang surut apabila tiada tawaran. 


Mereka tidak tahu sebenar-benarnya keadaan hidup artis tersebut dan mula membuat andaian sendiri. Tidak kurang juga mempersendakan golongan wanita seperti Syura.

Menggunakan khidmat ‘sugar daddy’ samalah seperti melanggan pelacur dan gigolo untuk kepuasan dan kemewahan diri. Apa pun moga rezeki Syura sentiasa ada untuk membantu keluarga. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
14
Marah
16
Terkejut
16
Sedih
16
Lawak
16
Bosan
18
Komen: 44
Komen

Previous : Syafiq Kyle Masam Muka Dengan Hannah Delisha?

Next       : Mahu Cari Jodoh, Elizabeth Tan Pernah Terfikir Nak Main Tinder

Komen Terbaru

Quote aznizazzadele 22-11-2018 12:00 PM
gedikssss. edisi nak upkan diri ler tuuuu

Lain-lain Komen

Quote red_velvet 13-9-2018 01:39 PM
Macam mana orang tak offer kalau caption kau dalam ig semua menggeletis  macam lapar jantan...
Quote shernazz 13-9-2018 01:51 PM
Alahai zuraidah...
Eh syura...
Nyanyi pung sendu...
Quote mieymiey 13-9-2018 01:56 PM
Huduhnya bibir ko kak
Quote kiah_mai_pulak 13-9-2018 01:57 PM
Mcm jelmaan Ijering Azzundal dah... moga2 perangai x membabi mcm ijering azzundal
Quote buapakperut 13-9-2018 02:05 PM
ig sheols ala2 joyrepah tapi dia ni reality repah alam fairy
Quote Star_el 13-9-2018 02:16 PM
apsal muka dia nampak lain ek? Sbb veneer tu ke?
Quote pavlovachoc 13-9-2018 02:19 PM
dulu minat kat dia mase kt masterchef.. lepas cerai ok lg tp bile dia dh kurus mcm ade something yg buat x minat dia
Quote chicozinn 13-9-2018 02:19 PM
aduh bibir tu..nmpak nau hodohnye..ini xtipu ok..
Quote AshkieLa 13-9-2018 02:19 PM
sian.. berapa byk kali try nak dptkan lime light setaraf siti nana.. tapi masih sejuk beku walau lagi cun dari siti nana.. buat statement gituh ni ayat pancing ke ape...
Quote abangadek 13-9-2018 02:22 PM
owh twin iols
Quote Carcosa 13-9-2018 02:22 PM
Gigi kauuuu Syura. Dah mcm pagar rumah warna putih!!! Pls lah. Veneer terlebih putih. Gila huduh ok.
Quote princessmiang 13-9-2018 02:25 PM
baiklah zuraidah
Quote pipigebu 13-9-2018 02:28 PM
kes tangkap basah tu dh settle ke?
ahahahah
bye
Quote Aneem 13-9-2018 02:37 PM
Kalau tak gelenyah takkan ada org offer, ye tak..
Tgk miss j lain yg jaga adab perilaku, aman2 je hidup diorang..
Quote mieymiey 13-9-2018 03:10 PM
Nak hencap sekali lagi, sheols makin huduh. Dedulu manis jer sheols ni. Lepas dah repair sana sini, upgrade itu ini terus jadi huduh. Buat rugi duit jer kak.
Quote Sonneblume 13-9-2018 03:31 PM
Lain gila muka dia dulu dgn skrg..
Quote nazzse 13-9-2018 03:53 PM
Carcosa replied at 13-9-2018 06:22 AM
Gigi kauuuu Syura. Dah mcm pagar rumah warna putih!!! Pls lah. Veneer terlebih putih. Gila huduh ok. ...

Iols perasan muka dia terlampau putih sampai pelik..tang gigi tak perasan plak putihnya
Quote rayray28 13-9-2018 03:57 PM
red_velvet replied at 13-9-2018 01:39 PM
Macam mana orang tak offer kalau caption kau dalam ig semua menggeletis  macam lapar jantan...

Itulaaa dia xmau sugar daddy..dia nk daddy baru utk anak2 dia hihiii
Quote MadameOnion 13-9-2018 03:58 PM
terpaksa la cari jugak sugar daddy

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.188603s Gzip On
To Top